HUD : SPECIAL

17.7K 810 24
                                    

Mia POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia POV

"Hud ni.. " Aku mendekati Hud.

"Hud.. Bangun." Aku menarik selimut Hud.

"Hmm.." Jawabnya pelan.

"Hud tak kerja ke harini?" Tanyaku. Hud mencelikkan matanya. Lepas solat subuh tadi, Hud terus sambung tidur sebab tak sedap badan katanya.

"Tak, Hud sakit." Hud melihatku. Tipulah, Hud tak pernah sakit sebelum ni.

"Jangan nak mengada, cepatlah bangun nanti lewat pergi kerja." Marahku. Hud memegang tanganku dan meletakkan tanganku di dahinya. Panas!

"Kan.. Hud tak tipu." Hud meletakkan tanganku di pipinya.

"Yaa.. Lepas, panas." Kataku. Namun Hud tetap tak lepaskan tangan aku dari genggamannya. Aku mengeluh kecil.

"Tangan Hud panas lah.. Mia nak turun kejap." Kataku kerana ingin pergi ke dapur. Hud memejamkan matanya.

"Jangan tinggalkan Hud.." Katanya pelan.

"Yaa.. Mia nak ambil tuala basah." Kataku. Dah lah pipi Hud ni panas, Kool fever pun dah habis.

"Jangan tinggalkan Hud." Hud melepaskan tanganku dari genggamannya.

"Yelah." Aku pun terus pergi ke arah pintu.

"Miaa.."Kelihatan Hud sudah duduk bersila di atas katil.

"Apa?" Tanyaku.

"Mia nak pegi mana?" Hud melihatku dengan pandangan layu.

"Tuala basah ada kat bawah." Aku memulas tombol pintu.

"Tunggu Hud." Hud terus turun dari katil lalu berjalan ke arahku. Hud memegang tanganku.

"Panas.." Aku cuba untuk melepaskan tanganku dari gengaman Hud.

"Maaf." Hud memegang lengan bajuku. Dia tersenyum menampakkan gigi arnabnya.

"Sakit tu buatlah cara sakit.." Marahku. Kalau dah sakit tu rest jelah dulu.

Sampai saja di dapur, aku terus membasahkan tuala putih yang bersaiz kecil.

"Mia?" Panggil Hud yang sedang duduk di bangku meja makan.

"Yaa.." Sahutku.

"Mia kat mana? Hud tak dapat tengok Mia." Kedengaran Hud batuk sebanyak dua kali. Aku mengeluh kecil.

"Kenapa?" Aku pergi ke arah Hud.

"Hud nak tido." Katanya pelan. Tadi aku suruh tunggu kat atas, Hud tetap juga nak ikut kan.

"Tido lah kat atas." Kataku.

"Teman kan Hud." Kata Hud pelan.

"Hud ni biar betul?" Tanyaku.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now