S2 [29] Sara

1.3K 103 0
                                    

Jam menunjukkan angka 9:30 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan angka 9:30 pagi. Kelihatan Mia dan Hud sedang mengmas bilik tetamu kerana Ilham, Sofia dan Shila akan balik ke kampung esok.

"Harini kita masak ayam masak merah nak?" Tanya Mia pada Hud. Hud yang sedang focus menukar langsing terus melihat ke arah Mia.

"Ayam masak merah?" Tanya Hud inginkan kepastian.

"Yaa." Jawab Mia sambil mengangguk.

"Ok sayang." Kata Hud lalu meneruskan kembali kerjanya menukar langsir.

"Haritu umie dah ajar Mia. Umie masak sedap sangat." Kata Mia dengan nada teruja. Hud tersenyum.

"Tak sabar nak rasa yang sayang masak pula." Kata Hud.

"Nanti Hud tolong lah Mia." Kata Mia sambil membuka lapis tilam.

"Yaa sayang, mestilah Hud tolong." Kata Hud.

"Terima kasih." Mia tersenyum.

"Sama-sama sayang."

~°~

Harris melihat ke arah handphonenya yang sedari tadi berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Harris berdiri lalu mengambil handphonenya yang berada di atas meja tepi katil. Tanpa membuang masa lagi, Harris terus menjawab panggilan itu.

"U nak apa lagi Sara?" Tanya Harris.

"I nak u Harris." Kedengaran suara Sara di hujung talian.

Dulu Sara adalah teman sekelas Harris. Dia sangat menyukai Harris namun Harris tidak pernah menerimanya kerana Harris tidak pernah menganggap Sara lebih dari kawan. Sara sanggup lalukan apa saja sehingga berjaya menjadi rakan sekerja Harris. Banyak yang telah Sara lakukan untuk menunjukkan bertapa cintanya dia pada Harris tapi sedikit pun Harris tidak pernah memandang usahanya.

"Dah lah Sara." Harris mengeluh kecil.

"Sebab Mia kan? U masih harapkan Mia jadi isteri U? Sedarlah Harris! Mia tu dah kahwin!" Jerit Sara.

"This has nothing to do with Mia. I just don't like u." Kata Harris jujur.

"I tau U dah lama sukakan Mia." Kata Sara lagi.

"U ni dah kenapa Sara? U takde benda lain ke nak buat?" Sejujurnya Harris sangat tertekan dengan sikap Sara.

"Jangan sampai I apa-apakan Mia." Kata Sara cuba untuk mengugut Harris.

"U memang dah gila." Harris terus mematikan talian. Dia tidak menghiraukan kata-kata Sara kerana baginya Sara cuma ingin mengugutnya saja.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now