[19] Mia Pelik

21.2K 1K 6
                                    

Hud POV

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Hud POV

Aku masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu bilik. Kelihatan Wallif sedang baring di katil kami.

"Wallif.." Panggilku. Aku baring di sebelah Wallif.

"Baba." Wallif tersenyum lalu memelukku. Aku mengusap rambut Wallif.

"Wallif tidur kat sini ke?" Tanyaku, kan selalunya Wallif tidur dekat bilik dia.

"Yaa, Mama yang suruh Wallif tidur dekat sini." Katanya dengan wajah ceria. Aku kerutkan dahi.

"Mama?" Tanyaku pelik. Mia? Selalunya kalau Wallif nak tidur dengan Mia. Mia tak bagi sebab Mia nak Wallif berdikari. Kesian Wallif, aku memeluknya Wallif dengan erat. Kesian anak baba, kecik-kecik dah berdikari.

"Mama kata dia rindukan Wallif." jawab Wallif. Rindu? Pelik Mia harini.

Tiba-tiba Kelihatan Mia keluar dari bilik air dengan badannya berbalut tuala putih paras peha.

"Kenapa Mia guna tuala tu?" Tanyaku pelik. Tu kan tuala aku. Selalunya Mia akan pakai tuala dia yang panjang sampai tutup betis.

"Kenapa?" Tanya Mia lalu memandangku.

"Hm, tak adalah.. Wallif Jom pegi luar.." Kataku lalu membawa Wallif keluar dari bilik. Aku menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke bawah.

Sampai saja di ruangtamu, aku terus duduk di sofa. Wallif pula duduk di pangkuanku.

"Kenapa Baba?" Tanya Wallif. Dia membetulkan baju tidurnya lalu melihatku.

"Wallif tak rasa ke Mama Wallif tu pelik harini?" Tanyaku. Hm, mungkin cuma aku yang rasa Mia pelik harini.

"Pelik juga.. Baba, harini Mama cerita banyak dengan Wallif. Lepastu mama peluk Wallif.." Katanya. Selalunya Mia tak manjakan Wallif sangat.

"Waa.. Kenapa dengan Mama Wallif tu ya?" Tanyaku pelik. Pelik tak boleh bincang dah ni.

"Wallif tak tahu, harini mama ceria sangat, tak ada marah Wallif langsung!" Kata Wallif lagi.

"Walaupun Wallif sepahkan mainan?" Tanyaku.

"Wallif tak sepahkan mainanlah, nanti mama marah." Jelasnya. Aku tersenyum melihat Wallif.

"Baik anak Baba ni." Aku memeluk Wallif dengan erat. Aku saja yang selalu memanjakan Wallif.

"Tengah borakkan apa tu?" Tanya Mia dengan tiba-tiba.

"Borak tentang Mama.." Jawabnya Wallif. Kenapa bagi tahu mama?!

"Ouh, teentang apa?" Mia duduk di sebelah Wallif. Mia tak marah ke?

"Baba kata mama pelik harini.." Jawab Wallif jujur. I'm dead!

"Betul ke Mia pelik Hud" Tanyanya. Dia melihat ke arahku. Aku telan air liur. Aku silap cakap, boleh perang dunia ni.

"Hah? Takdelah.. Mana ada." Aku tersenyum-senyum menyenbunyikan kerisauanku.

"Jomlah tidur, teman mama yaa." Tiba-tiba Mia memegang tangan Wallif.

"Yaa mama." Wallif pun terus turun dari pangkuanku.

Tiba-tiba Mia pegang tanganku pula.

"Hah?" Aku berasa pelik. Mia ni memang jarang sangatlah nak pegang tangan aku macam ni.

"Jomlah naik atas." Katanya. Mereka berdua melihatku.

"Hm, okey.." Tapi tak apalah, aku suka. Kalau lah Mia hari hari macam ni kan best.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Wallif dah tidur bersama Mia.

"Hausnya." Kataku saat aku keluar dari bilik air.

"Hud haus ke?"

"Maaa!" Jeritku kerana terkejut. Kelihatan Mia berdiri di depan pintu bilik air. Sejak bila Mia berdiri dekat situ?

"Maaf.." Kata Mia dengan nada pelan.

"Mia buat apa dekat sini?" Tanyaku pelik. Selalu Mia dah tido awal. Tapi harini Mia nak tido lewat sikit kot?

"Pen Mia jatuh dekat sini tadi.." Kata Mia lalu dia tertunduk melihat ke lantai. Aku tergelak kecil. Tulis apa tengah malam ni?

"Tak apa, biar Hud tolong carikan.." Kataku. Aku memegang tangan Mia.

"Terima kasih, Mia buatkan Hud air kejap yaa." Katanya lalu tersenyum. Aii, Pelik betul isteri aku ni.

"Mia.. Mia sakit ke?" Aku menyentuh dahinya. Tak panas.

"Mia okey.." Mia tersenyum.

"Hud nak air apa?" Tanyanya.

"Air oren.." Entah kenapa aku tiba-tiba nak minum air manis.

"Baik Hud.." Mia pun terus berlalu pergi meninggalkan aku. Aku sekadar tersenyum.

"Pelik pula bila Mia macam tu. Selalunya garang.." Aku tergelak kecil.

Aku pergi ke arah katil lalu melihat ke arah Wallif yang ternyata masih belum tidur.

"Wallif.. Kenapa tak tidur lagi ni?" Tanyaku lalu baring di sisi Wallif.

"Nak tidur lah ni Baa.." Wallif melihatku. Aku memeluk Wallif lalu mengusap rambutnya.

"Tadi mama nyanyikan Wallif lagu.." Katanya lagi. What? Aku tak pernah dengar Mia menyanyi!

"Mama nyanyi lagu apa?" Tanyaku sedikit terkejut.

"Wallif tak tahu apa tu lagu apa. Tapi suara mama best sangat! Mama pandai nyanyi." Jawabnya ceria. Bertuahnya Wallif dapat dengar Mia nyanyi.

"Mama kata dia sayang Baba." Wallif membisikku.

"Waa, betul ke?" Mia jarang cakap pasal sayang ni. Setahun sekali aje boleh dengar. Aku tersenyum-senyum sendiri.

"Yaa.. Dia kata macam ni.. Mama sayang baba sangat-sangat, Wallif pun. lepastu dia peluk wallif." Jelasnya Wallif.

Now i need to ask her what is going on.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Mia masuk ke dalam bilik bersama gelas yang berisikam air oren di tangannya. Aku melihat ke arah Mia.

Tanpa sedar ternyata Wallif sudah tertidur di pelukan ku.

"Hud minum lah dulu." Kata Mia. Aku pun terus duduk di birai katil. Aku mengambil gelas yang diberikan oleh Mia. Kini gelas itu bertukar tangan.

"Sedap tak?" Tanya Mia. Mia duduk di sisiku, bahu kami bersentuhan.

Aku pun terus minum air oren yang dibuat oleh Mia. Sedap!

"Sedap." Jawabku lalu tersenyum.

"Terima kasih Hud." Mia tersenyum ceria. Comelnya Mia bila senyum macam ni. Tapi nantilah aku tanya.

"Tadi Wallif kata Mia sayang Hud sangat-sangat. Betul ke Mia kata macam tu?" Tanyaku pada Mia.

"Yaa, Mia sayang Hud kan." Tiba-tiba Mia memeluk lenganku lalu mencium pipiku. Aku terkedu.

"Kenapa?" Tanya Mia setelah melihat riaksiku yang sedikit terkejut.

"Nothing.." Jawabku lalu mencium kembali pipi Mia. Mia tersenyum.

"Jom tido, dah lewat." Kata Mia sebelum dia berdiri dari duduknya. Aku terus baring di sebelah kanan Wallif. Mia pula baring di sebelah kiri Wallif.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin