[4] Ghost Story

49.9K 2.3K 113
                                    

Puan Shila tak dapat untuk menemani Mia malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Shila tak dapat untuk menemani Mia malam ni. Jadi Puan Shila meminta tolong kepada aku untuk menemani Mia kerana dia percayakan aku katanya.

Tadi aku sempat balik ke rumah sekejap untuk mandi dan makan. Tapi sekarang aku terpaksa jaga si Mia malam ni. Harap dia tak buat kerja gila. Terjun tingkap ke.. Sikap dia tu susah untuk diramal.

Jam sudah menunjukkan angka 10:30 malam. Dah lenguh belakang aku kerana sedari tadi hanya duduk di kerusi yang berada di tepi katil Mia.

"Macam tu lah ceritanya." Kata Mia. Aku hanya mengagguk saja.

"Mia.. Mia tak penat ke?" Tanyaku. Malas nak layan cerita dia dari tadi. Entah apa entah, aku pun tak faham.

"Penat.." Jawab Mia pelan.

"Mia tidur lah, sebenarnya Hud penat sangat harini. Mia tidur ya.." Pujukku.

"Okey.." Katanya. Mia pun terus baring di katilnya. Aku yang sedari tadi duduk di kerusi tepi katil akhirnya dapat pergi ke sofa yang empuk itu.

'Selesanyaa..' Kataku dalam hati. Aku terus menyelimuti tubuhku hingga ke paras leher.

Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba aku dapat rasakan seseorang menggoncang pelan lengan kananku.

Apa pulak kali ni?

Aku mencelikkan mataku. Namun tiada sesiapa di situ. Aku telan air liur.

Biar betul? Tadi aku rasa ada orang goyang tangan aku. Jantungku mula berdegut kencang. Aku meletakkan telapak tangan di dada. Takkanlah..

"Hud.."

" Maaa!!!" Aku menjerit dengan sekuat hati saat melihat Mia yang tiba-tiba saja muncul di depan mataku.

"Hud kenapa jerit?" Tanyanya dengan wajah pelik.

"Mia dekat mana tadi?" Tanyaku lalu aku terus duduk, cuba untuk menyembunyikan wajah pucat ku.

Dia menunjuk ke arah lantai. Patut lah aku tak nampak.

"What are you doing there?" Tanyaku pelik. Sejak bila Mia ada dekat situ? Bukannya tadi dia dekat atas katil ke?

"Mia tak boleh tidur.." Katanya lalu duduk bersila di atas lantai. Lantai tu bersih ke?

Aduh.. Macam mana ni? Kalau dia nak buat benda gila lagi macam petang tadi, nahas aku. Cepat cari idea Hud!

"Mia tau tak? dekat hospital ni, siapa yang tak tidur lagi sampai jam 12 tengah malam.." Kataku mencuba nasib. Aku tidak meneruskan kata-kataku. Aku harap ideani berkesan.

"Kenapa?" Tanya Mia pelan. Mia kelihatan takut.

"Hantu datang! Nenek nenek.. Dia suka kalau orang tak tidur lagi. Hah! macam Mia ni lah, dah lah Mia ni banyak cakap, memang suka lah nenek tu dengan Mia nanti.." Kataku dengan wajah takut. Aku cuba untuk menyembunyikan senyumanku.

"Mana ada Mia banyak cakap.." Katanya pelan sambil tertunduk.

"Baik Mia tidur cepat sebelum jam 12.." Kataku dengan nada pelan.

"Yaa baik.." Mia pun terus berdiri dari duduknya. Penakut betul si Mia ni. Oh, rupanya ni kelemahan Mia. Kalau aku tahu dari dulu dia takut hantu, dah lama aku cerita banyak suruh dia diam.

"Teman Mia pegi katil, Mia takut.." Katanya pelan. Dia tersenyum tapi senyumannya kelihatan agak pelik sedikit. Agak menakutkan?

"Hmm.." Jawabku lalu terus menemaninya pergi ke katil.

"Terima kasih.." Katanya lalu terus menyembunyikan dirinya di bawah selimut. Aku pun berpaling ke arah sofa. Tiba-tiba aku ternampak ada seorang gadis sedang berdiri di depan pintu tandas.

"Mi.. Mia?" Aku kaku saat menyedari bahawa gadis itu adalah Mia.

"Hud? Tak tidur lagi?" Tanyanya lalu terus pergi ke arahku. Aku melihat ke arah katil Mia. Kosong! Jadi tadi tu siapa?!

Tanganku sudah mula sejuk. Sedari tadi aku hanya berdiri macam tiang electric. Betul ke apa yang aku baru nampak tadi? Jadi siapa yang berbual dengan aku tadi? Siapa yang..

"Hud buat apa kat tepi katil Mia ni? Kenapa muka Hud pucat? Hud Sakit ke?" Tanya Mia. Namun aku tetap membisu kerana masih terkejut. Mia hanya memerhatiku saja.

"Hud nampak dia?" Tanya Mia dengan nada pelan seakan-akan berbisik.

"Dia??" Tanyaku juga dengan nada pelan. Akhirnya aku berani bersuara setelah lama membisu. Dia yang Mia maksudkan itu siapa?

"Mia boleh nampak hantu.. Mia dah nampak dia dari hari pertama lagi kat sini, dia selalu dalam bilik ni." Jelasnya. Han.. Hantu?

"That ghost... Is so ugly.." Dia berbisik di telingaku. Mataku terus membulat.

"Di.. Dia kat mana sekarang?" Tanyaku takut-takut. Tapi aku masih cuba untuk menyembunyikan takutku.

"Sebelah Hud.." Katanya pelan. Apalagi, aku terus bersembunyi di belakang Mia. I don't care anymore.

"Hahahaha.." Mia tergelak.

What so funny?

"Mia gurau je lah, dia dah tak ada sekarang.. So you can sleep now.." Mia terus naik ke atas katilnya meninggalkan aku seorang.

"Kenapa masih berdiri dekat situ? Tidur lah, dah lewat malam ni. Tadi Hud kata Hud penat kan." Katanya lagi. Aku sekadar mengangguk lalu pergi ke arah sofa.

"Kat sini ni tak boleh tidur lewat sangat. " Kata Mia lagi. Langkahku terus terhenti lalu aku berpaling ke arah Mia.

"Kenapa?" Tanya Mia saat aku kembali mendekatinya. Aku memegang hujung selimut Mia. Aku tertunduk, aku dapat rasakan jantungku berdegup dengan kencang sekali.

"Can i.." Patutkah aku tnya?! Tuhan je yang tahu bertapa takutnya aku sekarang.

"Apa?" Tanya Mia lagi. Aku melihat ke arah Mia, pandangan kami bertemu.

"Can i sleep with you?" Aku melihatnya dengan penuh harapan yang dia akan benarkan. I won't do anything, i swear!

"Just sleep over there. Mummy kata Mia tak boleh tidur sekatil dengan lelaki." Mia menunjuk ke arah Sofa. Aku masih ragu-ragu. Macam mana kalau hantu tu datang ganggu aku lagi macam tadi?

"Hud takkan buat apa-apa." Kalau bukan sebab dia cerita benda tu tadi, aku takkan jadi macam ni.

"Buat apa?" Tanyanya dengan wajah pelik. Mia ni bodoh ke? Takkan dia nak aku sebut.

Aku mengeluh kecil.

"Hud akan tidur kat sofa.. Betul kan dia dah tak ada??" Tanyaku inginkan kepastian sambil melihat ke arah sofa.

"Ya." Jawabnya lalu tersenyum.

"Okay.." Aku pun terus pergi ke sofa. Aku baring lalu menyelimuti tubuhku sampai ke paras leher. Lepasni aku tak nak teman Mia lagi dekat sini.

"Goodnight Hud." Kata Mia.

"Goodnight.." Kataku.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now