[8] What Is Wrong With Me?

46.4K 1.6K 24
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 12:00 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam sudah menunjukkan angka 12:00 malam. Aku masih duduk di sofa ruang tamu kerana rasa segan nak masuk bilik Mia.

Sudah beberapa kali aku menguap, aku pun terus baring di sofa ruang tamu. Sedari tadi aku hanya menukar-nukar channel tv kerana takut terlelap.


'Mia tengah buat apa ya? Aku seganlah nak naik atas.' Tanyaku dalam hati. Tanganku masih menekan-nekan remote tv.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki dari arah tangga. Aku pun terus melihat ke arah tangga, Mia lah! Mia buat apa dekat sini?! Kenapa Mia tak tido lagi?!

Calm down Hud.. She's not a monster, she is your wife... Wife? Now you call her your wife. Aku pun terus duduk bersila di sofa.

"Kenapa hud tak tidur lagi?" Tanya Mia lalu duduk di sebelahku. Aku tiba-tiba jadi tak senang duduk.

"Hah? Nak tengok tv. Hud nak tengok movie.." Cepat aku dapat idea tu. Mia ni kenapa tak tidur lagi.. Tunggu aku ke? Eh, takkanlah Hud. Bodoh lah kau ni.

"Hud tengok cerita apa?" Tanyanya lagi. Aku sudah mula cemas. Kenapa dengan aku ni?

"Ni lah.." Kataku sambil menunjuk ke arah screen tv, namun mataku masih focus melihat ke arah Mia. Tolonglah jangan curiga. Tiba-tiba Mia merampas remote dari tanganku.

"Tak ada pun.." Katanya. Tak ada?

"Hah??" Aku melihat ke arah screen tv.. Tamat... Siaran?

"Dah habis.. Tapi ada movie lain lagi.." Kataku, lalu aku terus menukar channel lain.. Tengok Pickle & peanut pun best ni. Aku menekan channel 637.

"Yaa memang ada.." Sekali lagi Mia merampas remote dari tanganku.. Dia menekan channel BOO. Channel keramat. Tanganku sudah mula sejuk.. Mia Ni! Aku tak nak tidur kat atas tu dengan dia.. Aku malu.. Malu? Bukannya malu.. Tak selesa.

"Cerita hantu.." Katanya dengan pelan. Aku telan air liur.

"Hud!" Panggil Mia sedikit kuat. Bahu aku terangkat kerana terkejut.

"Hud ni." Mia tergelak kecil. Apa yang lawak? Mia ni sengaja nak takutkan aku. Aku rasa lebih baik aku tidur.

"Hud tiba-tiba rasa ngantuk." Kataku. Aku tak sanggup tengok movie seram, nanti masuk dalam mimpi.

Mia pun terus berdiri, selepas itu aku menyusulnya.

"Dah, jom tido." Kata Mia. Aku hanya mengangguk. Hmm.. Aku dan Mia pun terus mendaki setiap anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

Setelah sampai ke dalam bilik, Mia terus baring di atas katil. Aku menutup pintu bilik lalu berdiri di tepi katil.

"Kenapa Hud?" Tanya Mia sambil melihat ke arahku.

"Mungkin Hud patut tido dekat sofa." Kataku.

"Kenapa? Kita kan dah kahwin." Kata Mia dengan wajah tenang. Mia ni tak kekok ke? Aku je ke yang kekok sekarang ni?

"Hud tido lah, dah lewat kan." Kata Mia lagi. Aku pun terus naik ke atas katil lalu baring di sebelah Mia.

Beberapa minit telah berlalu, tapi aku tetap tak dapat tidur. Mia hanya diam sedari tadi. Dah tidur ke? Aku melihat ke arah Mia yang sedang baring di sebelahku.

Kenapa aku tak berani nak tanya? What is wrong with me? Kenapa aku nervous? Do I like her? Of course not right? Aku akan cabar diri aku. Kalau aku berani pegang tangan Mia maksudnya aku tak cintakan dia.

Aku memberanikan diri untuk merapati Mia. Bahu kami bersentuhan.

"What are you doing?" Tanya Mia sambil melihatku.

"I just want to sleep with you.." Aku memeluk lengan Mia. Pandangan kami bertemu, tiba-tiba jantungku berdegup kencang.

"Tido lah.. Tapi kenapa Hud peluk lengan Mia?" Mia mengerutkan dahinya.

"This is how husband and wife sleep.. Don't you know that?"

"Tapi Mia tak selesa lah.." Kata Mia.

"Okey.. Hud minta maaf.." kataku lalu terus menjauhkan diri. I did it! Tapi jantungku berdegup kencang. Aku tak tau kenapa, I feels like we know each other. No, maksud aku, aku rasa macam dah lama kenal Mia. Selama ini aku jaga dia macam kekasih aku sendri. Sedangkn aku boleh je layan dia buruk kan? Tapi hati aku tak izinkan. What is wrong with me?

Mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan.. Aku suka Mia ke?

Aku fikir apa ni? Memang tak lah! Aku tak cintakan Mia. Mia pelik! Hell no! Aku hampir tertipu dengan fikiranku sendiri.

~°~

Aku terbangun kerana terasa seseorang memegang hidungku.
Kelihatan Mia tergelak kecil di tepiku.

"Miaa.. Hud nak tidur.." Kataku pelan. Aku memejamkan mataku kembali.

Terasa Mia menyentuh hidungku lagi.

"Mia.. Hud nak tidur." Kataku. Aku melihatnya.

"Mia bosan.. Mia nak balas dendam sebab Hud peluk lengan Mia tadi." Katanya. Dia memandangku lama.

"No.. I want to sleep. Tadi Mia chat dengan Harris kan." Kataku. Aku memejamkan mataku kembali.

Aku terasa sesuatu berada di depan wajahku. Pasti tangan Mia. Aku pun mencuba untuk bangun tapi aku terasa sesuatu di bibirku. Sepertinya bibirku bersentuhan dengan sesuatu.

Aku terus membuka mataku. Kelihatan wajah Mia betul-betul di hadapanku. Mata Mia membulat. Mia terus menolakku.

Aku terkejut dan terus menyentuh bibirku. Aku cium Mia?

"Mi.. Mia.." Panggilku. Mia terus baring membelakangiku.

"Mia.. Hud minta maaf. Hud tak sengaja.." Kataku. Aku duduk bersila di atas katil.

"Kenapa Mia dekatkan muka Mia dekat muka Hud? Hud fikir tu tangan Mia.. Hud minta maaf.." Kataku lagi.

Namun Mia tetap mendiamkan diri. Aku tiba-tiba rasa bersalah. Aku dapat rasakan jantungku berdegup kencang.

"Hud nak pergi dapur kejap." Kataku. Aku pun terus turun dari katil lalu keluar dari bilik.

Saat sudah sampai di dapur. Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku memegang bibirku.

Aku cium Mia?

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now