[13] Princess And Two Cats

25K 1.3K 22
                                    

Subuh-subuh lagi Tok Aki sudah mengejutkan aku dan Mia untuk solat subuh bersama

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Subuh-subuh lagi Tok Aki sudah mengejutkan aku dan Mia untuk solat subuh bersama. Aku pun terus bangun lalu mengambil air wudhu di bilik air.

Selepas selesai, kini giliran Mia pun untuk masuk ke dalam bilik air. Aku pun terus pergi ke ruang tamu kerana Tok Aki sedang menunggu di sana.

"Ngantuknya.." Kataku sendiri. Aku menguap beberapa kali di hadapan Tok Aki.

"Budak ni." Tok Aki hanya mampu menggeleng.

"Maaf Tok, semalam Hud tido lewat." Kataku jujur.

"Malam ni kamu jangan tidur lewat pula." Pesan Tok Aki.

"Baik Tok." Aku akan cuba untuk tidur awal malam ni.

Tidak lama selepas itu kelihatan Mia mendekatiku kami. Mia sudah memakai telekung yang berwarna putih.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 7 pagi. Aku duduk di pangkin depan pokok mangga sambil menghirup udara segar.

Tiba-tiba kelihatan Tok Aki masuk ke perkarangan rumah bersama skuternya.

Tok Aki parking skuternya di tepi pokok bunga kertas. Aku hanya memerhati saja.

"Hud." Panggil Tok Aki. Aku pun terus berdiri lalu pergi ke arah Tok Aki.

"Kenapa Tok?" Tanyaku.

"Tolong Tok angkat kuih ni naik ke atas lepastu bagi Mia." Arah Tok Aki.

"Baik Tok." Aku pun terus mengambil plastic yang dipegang oleh Tok Aki.

Aku naik ke atas lalu masuk ke dalam bilik. Kelihatan Mia sedang duduk di birai katil sambil membaca novel.

"Mia." Panggilku. Mia terus melihat ke arahku.

"Ni Tok Aki ada belikan kuih." Aku menyerahkan plastic yang berisikan kuih itu pada Mia.

"Jomlah makan sama-sama." Kata Mia padaku. Aku pun terus duduk di sisi Mia.

"Hud dari mana?" Tanya Mia sambil membuka plastic itu.

"Dari pengkin depan rumah." Jawabku.

"Tok Aki beli goreng pisang lah, mesti sedap ni." Kata Mia dengan wajah teruja.

Ternyata goreng pisang boleh buatkan Mia happy.

"Jom basuh tangan dulu, kita makan dekat dapur." Kata Mia. Kami berdua pun terus pergi ke dapur lalu mencuci tangan di sinki. Kelihatan Tok Aki masuk ke dalam dapur lalu meletakkan beberap plastic di atas meja makan.

"Tok ada beli nasi lemak ni." Kata Tok Aki.

"Kenapa Tok tak suruh Hud je yang beli Tok?" Tanyaku.

"Kamu bukannya tau mana gerai Pak Samad tu." Kata Tok Aki. Aku hanya mendiamkan diri. Betul juga. Lagipun jalan di sini masih cukup asing bagiku.

Aku dan Mia pun terus duduk di kerusi meja makan. Tok aki pergi ke singki untuk mencuci tangan.

Aku meletakkan nasi lemak ke atas pinggan kaca yang Mia bagi lalu aku memasukkan sesudu nasi lemak ke dalam mulut. Sedapnya!

"Ni Pak Samad yang masak." Kata Tok Aki.

"Semua yang Pak Samad masak mesti sedap kan Tok." Kata Mia.

"Pak Samad tu dah macam chef." Kata Tok Aki. Siapa agaknya Pak Samad yang sedari tadi di sebut-sebut oleh Tok Aki.

"Pak Samad tu siapa Tok?" Tanyaku.

"Pak Samad tu teman baik Tok, dari kecil lagi kami berteman." Jawab Tok Aki.

"Ohh macam tu." Kataku.

"Goreng pisang ni favorite Tok Aki." Kata Mia padaku. Patutlah Tok Aki akan beli goreng pisang setiap hari.

~°~

Aku membuka mataku. Entah kenapa aku tak boleh tidur malam ni. Kelihatan Mia juga masih belum tidur. Jam sudah menunjukkan angka 12:30 malam.

"Mia.." Panggilku sambil melihatnya.

"Yaa?" Pandangan kami bertemu.

"Memang ni kedengaran pelik.. Tapi boleh Mia tolong Hud?" Tanyaku.

"Apa dia.." Katanya lagi.

"Can you tell me a story? I can't sleep.." Kataku pelan.

"Hud tu bukannya budak kecil lagi.." Katanya lalu menarik rambutku.

"Ahh! Tolonglah.. Hud tak boleh tido.." Kataku lagi. Sakitnya rambut aku!

"Okey.. Cerita dia macam ni, pada zaman dahulu-

"Zaman bila?" Belum sempat Mia menghabiskan katanya, aku sudah memotong.

"Dengarlah dulu!" Marah Mia.

"Okey.. Sorry.." Aku kembali diam. Bahu kami bersentuhan kerana katil yang kecil.

"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang pergi bercuti ke kediaman mummynya... " Mia memulakan cerita.

"What princess? Tell me another story." Malas nak layan cerita princess dia tu. Mesti tak best.

"Dengar atau Mia diam?" Tanyanya. I have no choice.

"Fine.." Kataku pelan. Aku diam dan focus memandang wajah Mia.

"Lepas tu, puteri tu gembira sangat. Dia ada 2 kucing yang selalu ikut dia ke mana je dia pergi. Mulanya puteri tu gembira, tapi setelah dia tau kedua kucing tu mencintainya, dia menjadi tidak selesa dengan dua ekor kucing dia tu. Satu kucing tu warna dia putih, satu kelabu." Kata Mia.

"Kenapa boleh jadi cerita kucing pula ni?" Tanyaku tak puas hati.

"Ish.." Mia mencubit bahuku tapi kali ni lebih sakit dari tarik rambut. Aku hanya mampu menahan sakit.

"Boleh tak Hud diam?!" Katanya dengan wajah serius.

"Maaf! Teruskan." Aku tak berani nak melawan.

"Kucing kelabu tu baik, pendiam. Tapi kucing putih tu bising! Dah lah bising, menyakitkan hati pula tu!" Katanya. Dia melihatku dengan ganas.

"What?" Janganlah tengok aku macam tu.

"Puteri tu memang tak suka kucing putih tu sebab dia tu penakut. Tapi puteri tu seronok kenakan dia. Itulah sebabnya puteri itu rapat dengan dia.. " Dalam tak sedar, aku dah tertidur. Tak sempat nak tahu apa akhirnya. Mungkin sebab cerita tu bosan.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 8:00 pagi. Aku duduk di sofa ruang tamu bersama Tok Aki.

Aku tiba-tiba teringat tentang cerita yang Mia ceritakan semalam.

Apa akhir cerita tu ya? Siapa kucing yang puteri itu pilih?

Hm, tu cuma cerita kucing je. Malas nak fikir benda yang bukan-bukan. Mesti lah happy ending kan?

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora