[14] Masa Lalu

24.5K 1.2K 10
                                    

12 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12 tahun yang lalu..

Hud mendekati Mia yang sedang bermain di perkarangan rumah Tok Aki.

"Mia.. Saya rasa saya sukakan awak!" Mia melihat ke arah Hud dengan wajah serius.

"Awak dah gila ke?" Jawab Mia lalu menghumban kumbang yang di pegangnya itu di baju Hud.

"Maa!!" Jerit Hud sekuat hati. Hud kaku disitu. Dia tak berani untuk bergerak kerana kumbang itu sudah melekat di baju Hud.

"Kumbang pun takut, ada hati nak suka orang.." Mia berkata dengan kasar. Hud sudah menangis teresak-esak.

"Kenapa Hud?" Tanya Nana yang baru sampai.

"Kum.. Bang.." Kata hud pelan. Mia hanya melihat ke arah Nana dengan pandangan tajam.

"Siapa yang letak?!" Marah Nana gadis yang sebaya dengan mereka. Nana pun membuang kumbang itu jauh-jauh.

"Itu kumbang saya lah!" Marah Mia.

"Kalau awak tak suka Hud, janganlah buat dia macam ni! Awak tak kesian ke dengan Hud?!" Marah Nana.

"Kenapa awak marah Mia? " Tanya harris yang juga baru sampai.

"Dia buli Hud.." Jawab Nana pelan.

"Betul ke Mia?" Tanya harris inginkan kepastian. Mia melihat Hud dengan pandangan tajam sebelum berlalu pergi.

Tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Aku tak buli kau.." Kata Mia sebelum pergi meninggalkan mereka bertiga di halaman rumah Tok Aki.

Keesokan harinya, sedang Mia bermain dengan patung beruangnya tiba-tiba Hud datang sambil tersenyum.

"Miaaa.." Panggilnya ceria.

"Nak apa.." Kata Mia pelan. Tiada senyuman di bibirnya kerana di malas nak layan Hud.

"Tengok.." Kata Hud.

Mia pun melihat ke arah Hud. Lalu Hud menunjukkan kumbang yang berada di telapak tangannya. Tangan Hud luka keran terkena kaki kumbang itu. Mungkin Hud tak perasan.

"Hud dah boleh pegang kumbang. Mia nak tak jadi kekasih Hud?" Tanya Hud sambil tersenyum.

"Tengok tangan hud tu, berdarah." kata Mia sambil menunjuk ke arah telapak tangan Hud.

"Da.. Darah?" Hud yang terkejut pun terus pengsan di situ. Hud memang tak boleh nampak darah.

"Hud!" Panggil Mia panik.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 8 malam.

"Mia.." Panggil Tok Aki. Saat itu Mia sedang melukis di dalam bilik Tok Aki.

"Yaa Tok?" Sahut Mia sopan.

"Kenapa Mia selalu buli Hud?" Tanya Tok Aki.

"Mana ada Mia buli Hud, Mia cuma tak suka Hud dekat dengan Mia." Jelas Mia. Dia masih focus dengan lukisannya.

"Tak baik macam tu Mia, nanti Mia terkahwin dengan Hud itu macam mana?" Soalan Tok Aki itu membuatkan Mia menjadi takut.

"Lebih baik Mia kahwin dengan Harris.." Jawab Mia.

Ternyata Perbualan mereka di dengari oleh Hud, yang berada di luar bilik. Hud cuma mampu menahan tangisannya.

"Kenapa Hud?" Tanya Puan Sofia yang kebetulan lalu di situ. Tiba-tiba air mata Hud mengalir di pipi. Hud terus cepat-cepat mengesat air matanya.

Mia dan Tok Aki pun terus melihat ke arah pintu yang terbuka kecil itu.

"Takde ape mama.." Kedengaran suara hud disebalik pintu.

"Hud nak pergi mana tu?" Tanya puan Sofia setelah melihat Hud ke pintu utama.

"Pergi ke luar kejap." Jawab Hud singkat.

"Hud dengar ke tadi?" Tanya Tok Aki pelan kepada Mia.

Mia hanya diam. Dia memandang Tok Aki dengan pandangan kosong.

"Mungkin.." Jawabnya singkat.

HUD POV

Aku duduk di tangga seorang diri. Kenapalah aku lalu kat situ. Kalau tak mesti aku takkan dengar semua tu.

Aku teringat kata-kata terakhir Mia..

"Lebih baik Mia kahwin dengan Harris."

"Hud.." Tiba-tiba aku terdengar suara Mia memanggilku dari arah belakang. Aku terus melihat ke arahnya.

"Mia..." Sapaku. Mia duduk di sebelahku. Aku tersenyum sambil melihat ke arah Mia.

"Kenapa Hud duduk sorang-sorang dekat sini?" Tanya Mia.

"Hmm saja.." Kataku. Aku tak boleh tunjukkan pada Mia yang aku sedih. Lagipun dia tak tahu yang aku terdengar perbualan dia dan Tok Aki tadi. Dan aku takkan putus asa! Aku akan kahwin dengan Mia!

"Betul ke?" Tanya Mia. Dia melihatku.

"Hmm." Aku mengangguk sebanyak dua kali.

"Tengok tangan Hud yang luka tu.." Katanya. Aku terus menunjukkan tangan kananku.

"Kenapa Hud pegang kumbang tu?" Tanyanya Mia sambil melihat ke arah telapak tanganku.

"Sebab Mia.." Jawabku. Supaya Mia tahu yang aku betul-betul suka dia.

"Jadi, Hud cedera disebabkan Mia?" Tanyanya lagi. Bukan tu maksud aku.

"Eh, bukan.. Hud yang nak pegang kumbang tu." Aku melihatnya berharap Mia tak salah faham.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi." katanya. Dia pun terus berdiri.

"Mia nak pergi mana?" Tanyaku.

"Tadi Mia nampak ada kain putih kat dalam semak tu, jomlah masuk." Katanya lagi. Aku terus faham apa yang dimaksudkan Mia.

"Tunggu.." Aku berdiri lalu memegang hujung lengan baju Mia. Berharap Mia tak tinggalkan aku.

"Jom." Kata Mia. Kami berdua pun terus pergi ke ruang tamu. Kelihatan mama, papa, aunty Shila dan Tok Aki duduk di sofa ruang tamu.

"Dari mana aje kamu dua ni?" Tanya mama.

"Dari luar ma." Jawabku.

"Nanti nyamuk gigit." Kata mama. Aku hanya mendiamkan diri.

"Jom teman Mia melukis." Kata Mia. Aku pun terus mengikuti Mia pergi ke bilik Tok Aki. Aku tersenyum.

Akhirnya Mia dah tak marahkan aku lagi.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now