[23] My Fault

18.2K 832 36
                                    

Harini aku tak kerja sebab Mia tak benarkan lagi, jadi harini aku nak teman Mia dan Walkif dekat rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harini aku tak kerja sebab Mia tak benarkan lagi, jadi harini aku nak teman Mia dan Walkif dekat rumah.

"Hud.. Biarlah Mia yang mop lantai ni. " Kata Mia. Dia berdiri tidak jauh dari aku. Sebenarnya tadi aku tumpahkan air dekat sini. Tak sengaja.

"Tak apa.. Hud boleh buat." Kataku. Aku memegang mop itu.

"Tapi Mia nak.." Mia berjalan ke arahku.

"No.. Kat sini licin.." Aku menghalang Mia namun dia tetap berjalan ke arahku.

Tiba-tiba Mia jatuh di hadapan mataku, tidak lama selepas itu kelihatan banyak darah yang mengalir. Mataku membulat.

"Mia!" Aku terus mendapatkan Mia.

Mia tidak membuka matanya.

"Miaa no! Open your eyes! Sayang!" Aku terus memeluk Mia.

~°~

Aku, mama, mummy, dan papa menunggu di luar wad kecemasan. Tidak lama selepas itu, kelihatan doctor syafiq keluar dari wad kecemasan.

"Macam mana dengan isteri saya?" Tanyaku kepada doktor Syafiq.

"Isteri encik keguguran.." Jawab Doctor Syafiq. Masa seakan-akan terhenti buat seketika.

"Ya Allah." Mama dan Puan Shila sudah menangis.

~°~

Aku duduk di kerusi yang berada di tepi katil Mia.

"Maafkan Hud.." Aku menatap wajah Mia yang sedang terbaring di atas katil hospital.

"Mama.. Kenapa mama tak sedar?" Tanya Wallif yang sedari tadi berdiri di sebelahku. Aku mengesat air mataku yang mengalir di pipi.

"Mama.." Aku tak tahu nak kata apa pada Wallif. Aku tak nak Wallif risau.

"Mama tak sihat.. Kita doakan mama cepat sembuh yaa." Aku memeluk Wallif.

"Hud." Tiba-tiba aku terdengar suara Mama memanggilku. Kelihatan mama dan papa berdiri di depan pintu bilik rawatan Mia.

"Mama.." Sahutku.

"Sini Wallif.." Panggil papa kepada Wallif. Wallif pun terus berjalan ke arah papa.

"Hud, papa bawa Wallif keluar ya.." Tanya papa kepadaku.

"Ya papa.." Kataku. Aku tersenyum ke arah Wallif.

"Wallif.. Jangan risau, everything is gonna be okey." Kataku. Wallif pun terus keluar bersama papa.

"Macam mana dengan Mia.." Tanya mama sambil melihat ke arahku.

"Mia.. Keguguran.." Kataku pelan. Aku tertunduk.

"What? Hud.." Mama pergi ke arahku lalu berdiri di sebelahku.

"Macam mana Mia boleh keguguran?" Mama memperlahankan suaranya.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now