S2 [1] Pujuk Hud

14.2K 602 24
                                    

Mia duduk di depan meja solek sambil menekan-nekan screen handphonenya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia duduk di depan meja solek sambil menekan-nekan screen handphonenya. Tiba-tiba satu panggilannya masuk, dan panggilan itu ternyata dari Harris.

"Assalamualaikum.." Kedengaran suara Harris di hujung talian.

"Waalaikumsalam!" Mia tersenyum gembira setelah terdengar suara Harris, sudah seminggu dia tidak berhubung dengan Harris.

"Mia tak balik kampung?" Tanya Harris. Sudah tiga hari dia kembali ke malaysia. seminggu lalu dia pergi ke dubai kerana dia ada fashion show di sana.

"Kenapa? Harris kat kampung ke sekarang?" Tanya Mia terkejut.

"Ya, Dah tiga hari saya kat kampung, cuti hujung tahun ni saya nak habiskan kat kampung. Rindu.." Jawab Harris lalu tergelak kecil.

"Oh.. Mia pun nak balik kampung juga, jumpa Umie dan Tok Aki." Kata Mia pelan. Umi adalah mak kepada Harris.

"Waa betul ke? Datanglah, Harris tunggu tau." Kata Harris.

'Tapi Hud nak ke balik kampung kalau ada Harris?' Kata Mia dalam hati.

Hud POV

Aku keluar dari bilik air lalu terlihat Mia yang sedang berdiri di depan tingkap bilik.

"Hud.." Panggil Mia.

"Hm?" Tanyaku lalu mendekatinya. Aku mengelap rambutku yang basah menggunakan tuala kecil.

"Kita balik kampung ya? Harris ada kat kampung, Mia rindu Harris.."

"Hah?" Mia sebut nama Harris ke? Atau aku silap dengar?

Mia mendekatiku lalu mengambil tuala yang berada di tanganku. Dia mengelap rambutku yang basah.

"Mia rindu Harris?" Tanyaku. Aku memandang tepat ke mata Mia dengan pandangan sedih.

"Kan Harris kawan kita waktu kecil. Lagipun Mia rindu Tok aki dan umi.." Mia tersenyum.

Kenapa lah Harris mesti ada. Harris tu dah ada girlfriend ke?

"Hud.." Mia buat muka kesian. Aku tiada pilihan lain.

"Ok.." Ish, tertekan aku dengan si Harris ni.

"Yess!" Mia meletakkan tuala kecil itu di tanganku kembali. Aku sekadar memerhati saja tindakannya.

Mia meninggalkanku lalu pergi ke arah almari baju.

"What are you doing?" Tanyaku.

"Packing!" Katanya dengan teruja.

Aku mengeluh kecil lalu melihat ke arah luar. Aku mengelap rambutku kembali.

"Hud.." Panggil Mia. Dia mendekatiku sambil tersenyum ceria.

"Kenapa?" Tanyaku. Kini Mia berdiri betul-betul di hadapanku.

"Terima kasih.." Mia memelukku. Aku tersenyum.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now