S2 [37] Lipas Terbang

2.5K 111 0
                                    

Selepas solat bersama di ruang tamu, Hud terus membaca Al-Quran di dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas solat bersama di ruang tamu, Hud terus membaca Al-Quran di dalam bilik. Mia tidak dapat mengikuti Hud jadi dia hanya memerhati saja.

Wallif menunggu Hud selesai membaca Al-Quran kerana selepas itu Hud akan mengajarnya Wallif membaca iqro. Mia tersenyum.

Tiba-tiba kedengaran suara Puan Shila memanggil Mia. Mia terus keluar dari bilik lalu pergi ke dapur. Kelihatan Puan Shila dan Puan Sofia sedang menyediahkan makan malam.

"Hud mana?" Tanya Puan Sofia.

"Ajar Wallif mengaji." Jawab Mia. Puan Sofia hanya mengangguk tanda faham. Mia pun terus mengambil piring kaca lalu meletakkan piring kaca itu di atas meja makan.

"Mummy." Sapa Mia.

"Yaa." Puan Shila tersenyum.

Selepas makan makan bersama, Hud dan Mia pun terus mengemas mej makan. Hud pergi ke sinki kerana ingin mencuci pinggan mangkuk dan yang kotor.

"Nanti Mia sejuk." Kata Hud saat Mia ingin membantunya mencuci pinggan.

"Tak lah." Kata Mia.

"Sayang duduklah dulu, biar Hud yang cuci pinggan." Kata Hud. Mia pun terus mencuci tangannya lalu memeluk Hud dari belakang.

"Sayang.." Hud tersenyum kerana gelagat Mia.

"Mia tunggu Hud." Kata Mia.

"Nanti Mia penat berdiri." Kata Hud. Dia risau jika Mia sakit kaki nanti.

"Mia ok." Kata Mia.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Hud masuk ke dalam bilik lalu mematikan lampu bilik.

"Sayang." Panggil Hud namun tiada sahutan dari Mia. Hud terus baring di sisi Mia lalu memeluk tubuh Mia. Hud hairan kerana tubuh Mia terasa lembut. Hud pun terus membuka selimut yang menyelimuti tubuh Mia. Ternyata itu cuma bantal guling Mia.

Hud mengerutkan dahinya lalu duduk di atas katil. Hud melihat ke pintu lalu terlihat kain putih yang menyerupai pontianak di tepi pintu bilik.

'Mungkin telekung.' Kata Hud dalam hati.

"Maaaaa!!!!" Jerit Hud saat melihat kain itu bergerak pergi ke arahnya. Hud terus bersembunyi di bawah selimut. Mia ketawa terbahak-bahak kerana sudah berjaya mengejutkan Hud. Mahu tercabut jantung Hud di buatnya.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dengan kuat dari luar.

"Kenapa jerit Hud?" Kedengan suara Encik Ilham dari luar bilik. Hud masih mendiamkan diri di atas katil.

"Ada lipas terbang ni paa." Jawab Mia.

"Oh lipas." Kata Encik Ilham sebelum berlalu pergi. Mia terus membuka telekung putih yang dipakainya lalu pergi ke arah Hud.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now