S2 [38] Luth Lufias

3.3K 125 2
                                    

5 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 tahun kemudian..

"Sayang, jom sarapan sama-sama." Panggil Hud. Mia keluar dari dapur lalu melihat ke arah Hud yang sedang duduk di meja makan.

"Kenapa Wallif tak turun lagi?" Tanya Mia.

"Mungkin tengah bersiap." Jawab Hud lalu tersenyum ke arah Mia.

"Dah lewat ni abang." Kata Mia lalu mendekati Hud.

"Abang panggil Wallif kejap." Hud berdiri dari duduknya.

"Tak apa, abang sarapanlah dulu. Mia panggil Wallif." Kata Mia. Mia pun terus mendaki setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat atas.

Sampai saja di depan pintu bilik Wallif, Mia terus mengetuk pintu itu sebanyak tiga kali.

"Wallif." Panggil Mia. Namun tiada sahutan dari Wallif. Tanpa berfikir panjang lagi, Mia pun terus membuka pintu bilik. Kelihatan Wallif yang masih terbaring lena di atas katil.

"Ya Allah budak ni!" Mia terus pergi ke arah Wallif. Mia menggoncang bahu Wallif. Dahi Mia berkerut saat melihat bibir wallif yang merah. Mia menyentuh dahi Wallif ternyata Wallif demam.

"Wallif.." Panggil Mia pelan sambil mengusap rambut Wallif. Terpaksalah Wallif tidak pergi ke sekolah hari ini. Mia menaikkan selimut Wallif sampai ke paras leher.

"Wallif.." Panggil Mia lagi. Wallif pun terus membuka matanya. Matanya layu.

"Kita pergi hospital yaa, Wallif demam ni sayang." Kata Mia. Wallif hanya menggeleng.

"Baba beli lah ubat.." Jawab Wallif. Mia tahu Wallif tidak suka pergi ke hospital.

Tiba-tiba selimut Wallif bergerak dengan sendirinya. Terkejut Mia dibuatnya. Saat Mia menarik selimut Wallif, ternyata ada Luth Lufias yang sedang lena di situ.

"Luth." Mia membangunkan Luth Lufias yang masih lena. Anak lelaki Mia yang baru berumur 4 tahun itu.

Tidak lama selepas itu Luth mencelikkan matanya tapi Luth masih mendiamkan diri sambil melihat ke arah siling bilik.

Luth selalu tidur bersama Wallif walaupun dia ada bilik sendiri. Setiap malam dia pasti akan masuk ke dalam bilik Wallif tanpa pengetahuan abangnya itu.

"Jom sarapan sayang." Kata Mia. Luth pun terus bangun lalu turun dari katil. Belum sempat Luth pergi ke pintu bilik, Mia sudah mendukungnya.

"Yun." Kata Luth. Bermaksud turun. Tapi Mia tidak menghiraukan kata-kata Luth.

Mia pun terus keluar dari bilik lalu menutup pintu bilik Wallif. Mia menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah.

"Mana Wallif?" Tanya Hud.

"Wallif demam, dia tak nak pergi hospital. Abang belikan ubat yaa." Kata Mia.

"Teruk ke?" Tanya Hud risau.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now