[22] My Wife

19.7K 869 2
                                    

"Mia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mia.. Hud nak pegi kerja ni.." Bisik Hud pelan di telinga Mia.

Mia terjaga dari tidurnya. Lepas solat subuh tadi, mia terus sambung tidur kerana tak sedap badan katanya.

"Kenapa?" Mia memegang tangan Hud.

"Hm?" Hud mengaru leher yang tidak gatal.

"Kenapa Hud mesti kerja?" Tanya Mia dengan pelan. Hud tidak tau ingin menjawab apa.

"Mestilah.." Hanya itu jawapan dari Hud.

"Hud janganlah kerja harini yaa.." Kata Mia. Dia tak mahu melepaskan tangan Hud.

"Tapi."

"Hud..." Mia melihatnya dengan pandangan sedih.

"Okey.. Janganlah buat muka sedih macam tu." Kata Hud. Dia memujuk Mia.

"Mia bangunlah, mandi lepastu sarapan. Hud tunggu Mia." Kata Hud lalu mencium dahi Mia.

Mia mengangguk lalu turun dari katil. Mia pun terus pergi ke bilik air. Hud pula berniat ingin pergi ke bilik Wallif.

Hud keluar dari bilik lalu pergi ke bilik Wallif. Hud membuka pintu bilik Wallif lalu melihat ke arah Wallif yang sedang bermain lego di atas katil.

"Wallif. " Panggil Hud.

"Ya.." Jawab Wallif sambil melihat ke arah Hud.

"Kenapa Baba tak kerja harini?" Tanya Wallif pelik, tadi Hud berkata padanya bahawa dia dah nak pergi kerja.

"Tak suka kalau Baba kat rumah harini?" Tanya Hud saja nak usik Wallif. Hud pun terus mendekati Wallif lalu duduk di birai katil.

"Tak lah, Wallif suka!" Wallif tersenyum lalu memeluk Hud.

Hud sekadar tersenyum sambil mengusap rambut Wallif.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 1 petang.

"Hud, Mia risaulah." Kata Mia. Mia berdiri di sisi Hud sambil melihat ke arah Hud yang sedang memotong bawang. Hud memakai Apron yang berwarna biru muda.

"Tak apa. Harini biar lelaki yang masak, kan Wallif." Hud melihat Wallif. Petang itu Hud memberi cuti pada pembantu rumah kerana harini dia ingin masak untuk Mia dan Wallif.

"Ya!" Sahut Wallif. Dia membetulkan Apron kuningnya itu. Wallif juga sudah memakai apron kecil. Mia tak tau bila Hud beli apron tu.

"Okey, Wallif hati-hati." kata Mia risau.

"Baik mama.." Jawab Wallif lalu tersenyum.

Wallif hanya melihat saja Hud memotong bawang. Mia pun terus pergi ke meja makan.

"Baba pandai masak ke?" Tanya Wallif.

"Tak, tapi Baba dah belajar dari Nenda haritu. Kenapa? Wallif takut masakkan Baba tak sedap ke?" Tanya Hud lalu tersenyum ke arah Wallif.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now