S2 [2] Pakcik Kacak

10.6K 586 24
                                    

Hud POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud POV

Keretaku masuk ke dalam perkarangan rumah Tok Aki. Suasana kampung masih tak berubah. Masih sama seperti kali terakhir kami pergi ke sini.

Aku pun sebenarnya rindu dengan kampung, rindu dengan Tok Aki. Banyak kenangan aku dan Mia kat sini. Tapi yang aku tak sukanya..

"Pakcik Harris!" Jerit Wallif dari dalam kereta. Aku mengerutkan dahiku. Apa pula yang Harris buat depan rumah Tok Aki ni?

"Baba! Baba! Pakcik Harris!" Wallif menunjuk-nunjuk ke arah Harris dan Tok Aki yang sedang berdiri di sisi pokok bunga kertas yang terletak di depan tangga rumah. Entah apalah yang dia buat kat situ pun aku tak tahu.

"Yaa Baba nampak." Kataku pada Wallif. Baba ni belum buta lagi Wallif. Bengang betul aku. Bukan setakat Mia saja yang gembira bila nampak Harris, Wallif pun sama. Tak boleh jadi ni. Aku mesti fikirkan sesuatu.

Dari dalam kereta aku sudah dapat melihat Harris melambaikan tangannya ke arah Wallif yang teruja seperti nampak artis korea.

"Tak sabar rasanya nak jumpa pakcik kacak." Kata Wallif lagi. Aku hanya mampu bersabar. Apa yang hebat sangat dengan si Harris tu?

"Wallif.. Kita balik kampung sebab nak jumpa Tok Aki bukannya Pakcik Harris. Dan lagi satu, nama dia bukannya pakcik kacak tapi pakcik Harris." Kataku pada Wallif dengan wajah tenang. Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarku.

"Apa salahnya Wallif panggil Harris dengan panggilan Pakcik kacak?" Mia menyampuk. Aku hampir lupa tentang Mia yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Hm." Jawabku singkat. Malas nak layan, buat sakit hati je. Tak ada sesiapa yang faham perasaan aku sekarang.

Aku memarking kereta lalu mematikan enjin kereta. Mia dan Wallif keluar dari perut kereta tanpa menunggu aku pun. Sabar jelah.

Aku keluar dari perut kereta lalu menutup pintu kereta.

"Hud!" Panggil Mia, namun aku tidak menghiraukannya. Aku melihat ke arah Wallif yang berlari mendapatkan Harris. Langkahku terhenti saat melihat Wallif memeluk Harris.

"Pakcik Harris.. Pakcik dah bertambah kacak!" Puji Wallif. Arg! Kacak mende?

"Assalamualaikun Tok Aki." Mia mendekati Tok Aki lalu menyalam tangan Tok Aki. Begitu juga dengan Wallif.

"Pakcik Harris dah semakin kacak!" Puji Wallif dengan kuat. Harris tersenyum.

"Terima kasih." Harris mengusap rambut Wallif. Aku masih mampu menyembunyikan perasaan sebenarku disebalik wajah tenang.

"Yang kamu tercegat lagi kat situ tu kenapa Hud?" Suara Tok Aki mematikan lamunanku. Aku pun terus pergi ke arah Tok Aki lalu menyalam tangan tua Tok Aki.

"Takdelah Tok." Jawabku singkat.

"Dah bermerah pipi kamu ni Hud." Kata Tok Aki lagi. Aku tersenyum kelat. Apa tidaknya, sedari tadi aku berdiri dekat panas.

"Kenapa balik tak bagi tahu Tok?" Tanya Tok Aki pada Mia yang sedari tadi tersenyum gembira.

"Surprise!!" Kata Mia secara mengejut. Aku memegang dadaku kerana terkejut. Mia ni kalau gembira memang terlebih aktif. Sabar ajelah dapat bini macam ni. But i still love her.. I love my wife so much. She is mine, always mine, forever and ever..

"Apsal kamu tersenyum-senyum ni Hud?" Tanya Tok Aki. Senyumanku terus mati. Aku tak sedar rupanya aku senyum sambil melihat ke arah Mia.

"Tak adelah." Jawabku lalu tergelak kecil. Malu..

"Hud." Harris menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.

"Harris." Kini aku bersalam dengan Harris. Dia tersenyum lalu aku membalas senyumannya. Walaupun sebenarnya aku terpaksa.

"Kamu tu penat, naiklah atas dulu rehat cukup-cukup." Kata Tok Aki kepadaku. Aku sekadar mengangguk lalu menaiki satu anak tangga.

"Harris buat apa ni?" Tanya Mia. Langkahku terhenti lalu aku melihat ke arah Mia, Harris dan Wallif. Mereka bertiga berdiri di sisi pokok bunga kertas yang sudah membesar.

"Saya tolong Tok Aki bersihkan halaman rumah ni." Jawab Harris lalu tersenyum. Aku mengerutkan dahiku sambil melihat mereka dengan pandangan tajam.

"Yang kamu tercegat lagi kat situ kenapa?" Tanya Tok Aki. Tak jadi aku nak marah.

"Hud naiklah ni.. Eh? Hud lupa ambil bagasi." Aku turun kembali ke bawah.

"Tok ni pun belum nyanyuk lagi Hud." Kata Tok Aki sambil menggeleng. Aku tergelak. Ini kes cemburu lah ni. Sampai aku lupa ambil bagasi. Aku memejamkan mataku untuk menenangkan fikiran.

Hud.. She is your wife and you need to trust her. Kami dah ada Wallif dan Harris tu cuma kawan biasa. Its normal untuk rindu kawan kan? Ya.. Calm dowm Hud. Everything is gonna be ok..

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 5 petang. Saat itu aku dan Tok Aki sedang duduk di sofa ruang tamu.

Tidak banyak yang berubah di rumah Tok Aki. Rindunya dengan kampung.

"Hud.." Mia dan Wallif mendekatiku.

"Kenapa Mia?" Tanyaku.

"Mia dengan Wallif nak pergi rumah umie kejap yaa." Kata Mia meminta izin kepadaku.

"Ok, hati-hati." Aku memberikan izin kepada Mia.

"Terima kasih." Mia terus menyalam tanganku begitu juga dengan Wallif.

"Tok Aki, Mia pergi dulu." Kata Mia pada Tok Aki sebelum menyalam tangan tu Tok Aki.

"Yaa." Jawab Tok Aki.

"Bye Baba, bye Tok Aki." Kata Wallif sambil tersenyum ceria.

"Bye.." Jawabku singkat.

"Nasib baik Tok dah bersihkan bilik tetamu, kalau tak tidur dekat luar lah kamu harini Hud." Kata Tok Aki. Aku tergelak kecil. Tok Aki ni memang pembersih dari dulu lagi. Tidak pernah sekali pun aku melihat rumah Tok Aki bersepah.

"Hud fikir Mia dah bagi tau Tok." Kataku. Rupanya Mia nak bagi surprise pada Tok Aki.

"Mesti Tok rindu Hud kan." Aku sengaja menyakat Tok Aki.

"Rindu juga, baguslah kamu balik kampung. Adalah juga teman Tok dekat sini." Kata Tok Aki lalu menghirup kopi suamnya. Aku tersenyum.

"Kamu tak rehat ke?" Tanya Tok Aki.

"Nak rehat lah ni Tok." Jawabku. Aku pun terus berdiri dari dudukku.

"Hud masuk ke bilik dulu yaa." Kataku pada Tok Aki.

"Yelah." Kata Tok Aki. Aku pun terus pergi ke dalam bilik lalu duduk di birai katil.

Aku mengeluarkan tuala Mia dan tualaku. Wallif akan tidur di bilik yang berasingan kerana tilam di bilik kami kecil, tak muat untuk tidur betiga dengan Wallif.

Lagipun Wallif memang dah biasa tidur sendiri. Mia yang biasakan.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now