S2 [25] Rama-rama Mia

1.9K 142 0
                                    

Sampai saja di rumah, Hud terus membawa barang yang mereka beli naik ke atas rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai saja di rumah, Hud terus membawa barang yang mereka beli naik ke atas rumah. Mia mengekori Hud dari belakang. Tadi Mia ingin membantu tapi Hud tidak membenarkannya mengangkat berat.

"Hud janganlah manjakan Mia.." Kata Mia.

"Habistu takkan Hud nak manjakan Tok Aki pula sayang." Kata Hud. Tergelak Mia dibuatnya.

"Assalamualaikum." Hud memberi salam saat masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Sahut Tok Aki yang sedang duduk santai di sofa ruang tamu.

"Mana Mia?" Tanya Tok Aki.

"Mia.." Hud melihat ke belakang, kiri dan kanannya untuk mencari kelibat Mia namun tiada.

"Sayang." Panggil Hud lalu pergi ke tangga. Kelihatan Mia sedang berdiri di sebelah pokok bunga kertas.

"Sayang." Panggil Hud lagi. Dia turun lalu pergi ke arah Mia.

"Hud." Mia tersenyum.

"Kenapa tak naik?" Tanya Hud.

"Mia cuma teringat kenangan waktu kita kecil dulu." Kata Mia sambil memegang bunga kertas yang berwarna merah jambu itu.

"Kenangan waktu kecil?" Hud mengerutkan dahinya. Mia hanya tersenyum.

"Dulu..

Imbasan..

"Kenapa Mia nangis?" Tanya Hud lalu mendekati Mia yang sedang menangis sambil duduk memeluk lututnya di tangga rumah.

Mia tidak menjawab soalan Hud. Hud pun terus duduk mengcangkuk di hadapan Mia.

"Kenapa Mia nangis?" Tanya Hud lagi. Sesekali dia cuba untuk melihat wajah Mia yang tersembunyi kerana tertunduk.

"Rama-rama Mia dah tak ada!" Jawab Mia. Tangisannya bertambah kuat.

"Kenapa?" Tanya Hud.

"Tengok ni!" Mia menunjukkan rama-rama yang berada di telapak tangannya. Satu sayap rama-rama itu sudah tiada. Hud tersenyum kelat.

"Tak apa.. Nanti kita cari yang lain.." Pujuk Hud. Dia mengusap rambut tocang ikat tepi Mia.

'Mia tak ada gaya rambut lain ke?' Tanya Hud dalam hati.

"Tak sama!" Marah Mia secara tiba-tiba. Terkejut Hud dibuatnya.

"Jom kita kubur rama-rama Mia ni nak?" Tanya Hud sambil melihat ke arah rama-rama yang berada di tangan Mia.

"Kubur?" Tanya Mia. Akhirnya Hud berjaya buat Mia berhenti menangis

Dari kejauhan, kelihatan Harris keluar dari rumahnya yang berada di sebelah rumah Tok Aki. Hud terus menarik tangan Mia, mereka berdua berdiri lalu lari ke arah belakang rumah.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now