[1] Niat Sebenar

89.8K 3.2K 233
                                    

2 hari kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 hari kemudian.

Akhirnya kat sini jugak aku.

"Lambat lagi ke ni pa?" Tanyaku yang sudah semakin bengang. Dah lah aku kena paksa.

"Sabar jelah Hud.. Jalan sesak kot, tau jelah KL ni. Kat UK tu tak ada jalan sesak ke?" Tanya papa lalu melihat ke arahku. Wajahnya kelihatan tenang.

Papa sindir aku ke?

"Maaf ya lambat.." Kedengaran suara Puan Shila bakal mak mertua aku. Kelihatan Mia berdiri di sisinya, Mia kelihatan cantik dengan rambut tocang ikat tepi. Toncang ikat tepi? Dah macam Elsa frozen aku tengok.

"Tak apa, silalah duduk." Kata papa dengan sopan. Sopanlah sangat.

"Ya." Balas puan Shila. Sedari tadi bibirnya mengukir senyuman manis. Puan Shila dan Mia pun terus duduk di kerusi hadapan kami. Ouh ya, tadi mama tak dapat ikut bersama sebab kaki mama terseliuh. Itulah, suka sangat berzumba. Tak faham aku dengan orang tua zaman sekarang ni.

"Saya Mia." Mia berkata sambil memandangku. Pandangan kami bertemu.

Aku dah tau lah.

"Saya Hud Lutfi." Kataku lalu tersenyum. Walaupun terpaksa, aku harus senyum seperti yang dibincangkn dengan papa tadi.

30 minit yang lalu.

"I dont want to get married!" Aku buat muka serius. Manalah tahu papa takut.

"This is for our company future. Clueless dah nak bankrup! Dan Syarikat sekarang ni banyak hutang.. Hanya ini jalannya. Keluarga Mia itu kaya raya Hud, kalau Hud kahwin dengan Mia, Hud akan jadi CEO CloudTiara nanti. Ini saja jalannya. Ini aje harapan kami pada Hud." Jelas papa panjang lebar, wajahnya kelihatan sedih.

"What?" Aku mengerutkan dahiku. Papa ni biar betul??

Tak sangkah inilah niat sebenar papa.

"Papa tahu ini salah, tapi cuma ini jalannya." Papa tertunduk. Aku tak pernah melihat papa sesedih ini. Tiba-tiba air mata papa mengalir di pipi.

Aku mengeluh kecil lalu memejamkan mataku lama. Dan apa yang aku lihat hanyalah kegelapan. Yelah, takkan nampak bulan pula?

"Baiklah.." Setelah lama berfikir, aku pun bersuara. Kahwin ni bukannya perkara yang senang, aku takut aku tak bersedia lagi nak jadi suami orang.

"Apa?!" Papa kelihatan terkejut. Matanya membulat dan wajahnya yang tadi sedih kini sudah berubah menjadi ceria. Macam entahlah, susah nak jelaskan.

"I will.. Marry her." Aku tertunduk. Betul ke keputusan aku ni?

~°~

Aku terdengar pintu bilikku di ketuk dari luar sebelum pintu itu terbuk dengan sendirinya. Kelihatan Mama masuk ke dalam bilikku lalu menutup pintu bilik.

"Hud.." Panggil mama pelan lalu mendekatiku yang sedang baring di atas katil.

"Yaa mama." Kataku. Mama duduk di birai katil lalu menepuk kakiku.

"Macam mana harini?" Tanya mama.

"Macam mana apa?" Tanyaku.

"Kan Hud jumpa dengan Mia tadi, ok tak?" Tanya mama lagi. Aku pun tak taulah ok ke tak.

"Mia cantikkan." Kata mama sambil tersenyum penuh makna. Sejujurnya Mia memang cantik.

"Cantik." Jawabku singkat.

"Hud tak ingat Mia ke?" Tanya mama lagi. Mama ni dah kenapa? Tanya soalan banyak sangat. Sekali pandang dah macam detective polis.

"Ingat apa? Hud cuma pernah jumpa Mia sekali kan dulu." Kataku. Seingat aku, aku tak pernah berbual pun dengan Mia sebelum ni. Aku cuma tau yang Mia tu sepupu.

"Okay, Hud dah makan?" Tanya mama.

"Dah." Jawabku singkat.

"Kenapa ni? Mama tengok Hud monyok je dari tadi." Kata mama.

"Kalau mama ada dekat tempat Hud sekarang, boleh ke mama happy?" Tanyaku. Terlalu banyak benda yang aku fikirkan saat ini.

"Mestilah happy, dah lah Mia tu cantik, baik, kaya pula tu." Kata Mama. Aku buat muka tak percaya.

"Tapi Hud tak cintakan dia kan." Kataku. Aku masih berfikir, patutkah aku teruskan perkahwinan ni? Dengan niat papa lagi.

"Hud nak tido.." Kataku lalu menarik selimutku sampai ke paras dada.

"Yelah.." Mama berdiri dari duduknya lalu keluar dari bilikkku.

Aku mengeluh kecil. Macam mana kalau aku buat Mia sedih? Mia happy ke dengan perkahwinan ni? Mia tak ada kekasih ke?

"Ah, lantak lah." Kataku sendiri. Aku pun terus memejamkan mataku.

Tapi.. Apa maksud mama tadi? Mama tanya kalau aku ingat Mia? Aku membuka mataku lalu melihat ke arah siling bilik yang berwana putih.

"Aku pernah jumpa dengan Mia ke dulu?" Tanyaku sendiri. Seingatku tiada. Takkan aku lupa pula?

Aku dah cuba untuk ingat tapi gagal. Mungkin mama cuma tanya-tanya soalan tak penting je tadi.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas dari aplikasi whatapp masuk. Aku terus membaca pesanan ringkas itu.

Mama:
Nanti ajaklah Mia keluar.

Ternyata dari mama. Aku pun terus membalas mesej mama.

Hud:
Ok

Aku pun terus memejamkan mataku. Malas nak fikir lagi, buat sakit kepala je.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now