S2 [17] Bunga Tok Aki

10.9K 448 25
                                    

"Hud

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hud.." Panggil Mia sekali lagi. Sudah seminit Hud memandang Mia dengan wajah terkejut.

"Sayang.." Panggil Hud pelan.

Mia mendekati Hud dengan langkah perlahan. Hud masih kaku, bibirnya pucat.

"Hud.." Mia memegang tangan kanan Hud. Hud tidak mampu untuk berkata apa-apa, dia hanya menatap mata Mia dengan pandangan takut.

Hud sudah trauma kehilangan orang yang tersayang, mereka telah kehilangan anak kedua mereka. Hud tidak ingin sejarah berulang lagi.

"Mia.." Hud akhirnya bersuara, kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Hud. Dia sedih kerana kisah lalu itu teringat kembali.

"Kenapa Hud nangis ni?" Mia mengesat air mata Hud menggunakan ibu jarinya. Mia dapat merasakan ketakutan Hud.

"Ke.. Kenapa Mia pegang perut Mia? Mia sakit ke? Baby ok? Mia ok?" Tanya Hud bertubi-tubi. Dia memegang kedua pergelangan tangan Mia. Hud kelihatan sangat risau sekali.

"Mia lapar.. Baby ok." Mia tersenyum kelat. Hud mengelip-ngelipkan matanya sebelum Hud memeluk Mia.

"Ya allah. Hud fikir ada sesuatu yang buruk terjadi dekat Mia." Kata Hud sambil mengusap-ngusap belakang Mia.

"Tak adalah. Mia ok, baby ok." Jawab Mia. Dia membalas pelukan Hud.

"Mia betul-betul buat Hud risau." Hud memejamkan matanya, air matanya mengalir lagi. Sungguh kenangan pahit itu membuatnya sedih. Dia tidak dapat bayangkan jika perkara itu berulang lagi.

"Ehem!" Tok Aki berdeham secara tiba-tiba. Hud membuka matanya, kelihatan Tok Aki sedang melihat ke arah mereka sambil mengangkat satu kening ke atas.

"Tak apa, teruskan. Tok nak ambil kopi o tok ni je." Kata Tok Aki sebelum dia mengambil kopi o nya yang berada di atas meja. Tok Aki pun terus berlalu pergi.

Mia dan Hud berpandangan sebelum mereka berdua tergelak kecil.

"Semua ni salah Hud." Kata Mia secara tiba-tiba. Hud pamer wajah pelik.

"Kenapa salah Hud?" Tanya Hud, dia meleraikan pelukannya.

"Sebab Hud peluk Mia." Jawab Mia bersahaja. Hud menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Yelah, salah Hud. Dah jom. Hud teman Mia sarapan ya. Hud pun belum sarapan lagi ni." Hud berkata sambil memegang kedua tangan Mia.

"Kenapa Hud belum sarapan lagi?" Tanya Mia.

"Hud tunggu Mia." Jawab Hud, dia tersenyum menampakkan gigi arnabnya. Tiba-tiba Mia rasa bersalah.

Hud melihat sekeliling. Mia mengerutkan dahinya, sebab dia pelik dengan Hud.

"Kenapa Hud tengok sekeliling?" Tanya Mia. Hud melihat kembali ke arah Mia.

"Takut nanti ada Tok Aki. Mata Tok Aki tu macam mata helang." Jawab Hud. Dia tergelak kecil.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now