S2 [4] Baba Comel

10.4K 547 22
                                    

Aku masuk ke dalam bilik lalu melohat ke arah Hud yang sedang baring di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku masuk ke dalam bilik lalu melohat ke arah Hud yang sedang baring di atas katil.

Aku menutup pintu bilik lalu mematikan suis lampu.

"Hud.." Panggilku pelan. Namun tiada sahutan dari Hud. Aku pun terus baring di sisinya.

"Hud." Aku menggoncang pelan bahu Hud. Akhirnya Hud mencelikkan matanya. Dia memandangku.

"Bila Mia balik?" Tanya Hud. Tiada riaksi pada wajahnya. Selalunya Hud akan senyum, tapi entah kenapa harini Hud tak senyum.

"Hud marah Mia?" Tanyaku jujur. Hud tidak menjawab pertanyaanku. Dia hanya memandangku saja.

"Hud.. Hud marah Mia?" Tanyaku sekali lagi. Berharap kali ini Hud akan jawab.

"Tak lah." Jawab Hud singkat.

"Kita dah janji untuk jujur kan? Hud mesti jawab dengan jujur." Aku mengerutkan dahiku. Aku benci Hud tak jujur dengan aku. Kalau marah cakaplah jelah marah. Janganlah pandang orang macam tu.

"Hud tak marah." Jawapan Hud tetap sama. Aku mula geram.

"Jadi kenapa pandang Mia macam tu?! Kenapa Hud tak senyum?" Kataku dengan wajah serius.

"Hud cuma rindu.. Itulah sebabnya Hud pandang Mia lama-lama." Jawab Hud. Aku terkedu buat seketika. Tiba-tiba bibir Hud mengukir senyuman manis. Kelihatan gigi arnabnya yang putih.

"Cakap lah awal-awal." Aku memeluk Hud lalu Hud membalas pelukanku.

"Rindunya isteri Hud.." Kata Hud sambil mengusap pelan rambutku. Aku tersenyum. Aku pun rindukan Hud juga.

"Mia tak rindukan Hud?" Tanya Hud pelan.

"Rindu." Jawabku.

"Wallif mana?" Tanya Hud.

"Wallif dah tido tadi." Jawabku

~°~

HUD POV

Seperti biasa, subuh lagi Tok Aki sudah mengetuk pintu bilik untuk membangunkan aku dan Mia untuk solat subuh bersama.

Aku dan Mia pun terus bangun saat terdengar ketukan pintu Tok Aki semakin kuat.

"Bangun solat subuh!" Kedengaran suara Tok Aki dari luar.

"Yaa Tok!" Sahutku. Aku dan Mia pun terus bangun dari tidur.

Selepas selesai solat subuh bersama di ruang tamu. Tok Aki pun terus mengajar Wallif mengaji menggunakan iqro. Wallif duduk bersila di hadapan Tok Aki.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now