S2 [6] Not Your Fault

9.1K 547 10
                                    

"Betul ke tok tak nak pergi hospital ni?" Tanyaku sambil membetulkan posisi bantal yang berada di sisi Tok Aki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul ke tok tak nak pergi hospital ni?" Tanyaku sambil membetulkan posisi bantal yang berada di sisi Tok Aki.

Sudah sejam Tok Aki terbaring di atas katilnya. Tok Aki kata dia tiba-tiba saja sakit kepala lalu pitam. Bila cakap pasal hospital, Tok Aki terus ubah topik.

Aku duduk di sisi Tok Aki. Mia dan Wallif pula berdiri di sisi katil.

"Tok tak apa-apa. Cuma pening sikit.." Jawab Tok Aki dengan suara pelan.

"Mee goreng yang kamu masak tu masin betul.. Pening terus kepala Tok lepas-

"Tok.." Belum sempat Tok Aki meneruskan katanya, aku sudah memotong.

Aku melihat ke arah Mia. Mia tertunduk, sedari tadi dia hanya mendiamkan diri. Mungkin sebab dia rasa bersalah pada Tok Aki.

"Tok.. Tok rehatlah dulu, Hud ada bende nak cakap dengan Mia." Aku berdiri dari dudukku lalu melihat ke arah Mia.

"Yelah." Jawab Tok Aki lalu memejamkan matanya.

"Baba.. Wallif nak temankan Oyang Aki." Kata Wallif secara tiba-tiba.

"Tak perlulah.. Oyang Aki kan nak rehat." Aku takut Wallif akan ganggu Tok Aki saja. Nanti Wallif tanya banyak dekat Tok Aki pula, kesian Tok Aki kena melayan Wallif.

"Tak apalah kalau cicit Tok nak temankan Tok." Kata Tok Aki pelan. Aku melihat ke arah Tok Aki sebelum melihat kembali ke arah Wallif.

"Tapi jangan bising-bising tau, Tok Aki tengah sakit. Jaga Tok Aki elok-elok." Pesanku sambil mengusap pelan rambut Wallif. Wallif tersenyum lalu mengangguk.

"Baik Baba." Jawab Wallif.

Aku pergi ke arah Mia lalu memegang tangan kanan Mia. Aku membawa Mia keluar dari bilik Tok Aki lalu menutup pintu bilik Tok Aki. Dia masih tertunduk merenung lantai.

"Mia.." Panggilku pelan. Mia tidak menjawab panggilanku.

"Kenapa ni sayang?" Tanyaku pelan. Tangan kiriku masih lagi memegang tangan kanan Mia. Mia tetap membisu.

Aku pun terus membawa Mia masuk ke dalam bilik kami lalu aku menutup pintu bilik.

"Sayang.." Panggilku lagi. Akhirnya Mia memandangku. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Mia. Membuatkan aku sungguh terkejut.

"Sayang.. Kenapa ni?" Aku mengesat air mata Mia menggunakan ibu jariku.

"Mia risau.. Disebabkan mee yang Mia masak, Tok Aki jadi sakit." Kata Mia pelan. Air mata Mia mengalir lagi.

"It's not your fault.." Aku mengesat lagi air mata Mia menggunakan ibu jariku.

"Mia masak sebab Mia jarang masak untuk Hud dan Wallif.. Semalam Mia nampak Cik Piah masakkan makanan kegemaran suami dia. Mia tak bermaksud pun nak buat macam tu dengan Tok Aki." Jelas Mia panjang lebar. Cik Piah adalah anak angkat Umi. Rumahnya terletak tidak jauh dari sini. Mungkin semalam Mia berjumpa dengan Cik Piah.

"Jangan nangis, yang penting niat Mia baik kan. Mia dah cuba yang terbaik." Aku menarik Mia ke dalam pelukanku lalu mengusap pelan belakang Mia.

"Tapi Mia rasa bersalah.." Kata Mia pelan.

"Hud faham, tapi semuanya dah terjadi kan? Apa yang kita perlu buat sekarang ni adalah rawat Tok Aki sampai Tok Aki sihat." Pujukku. Mia sekadar mengangguk lemah.

"Stop crying." Kataku lalu aku mencium dahinya lama.

~°~

Keesokan harinya..

Pagi tadi aku sungguh risau apabila tidak melihat Tok Aki tak di dalam biliknya.

Aku dah pergi ke tandas, ruang tamu dan halaman rumah untuk cari Tok Aki tapi tetap tak ada. Rupanya Tok Aki pergi kebun sayurnya yang berada di belakang rumah. Hm.. Tok Aki ni memang sengaja nak bagi senaman jantung dengan aku.

"Tok buat apa kat sini?" Tanyaku dengan wajah risau. Aku mendekati Tok Aki yang sedang sibuk mencangkul tanah.

"Tok dah sihat, kenapa kamu tak bagi tahu Tok awal-awal mee goreng tu Mia yang masak?" Tok Aki memberhentikan kerja mencangkulnya lalu melohat ke arahku.

Aku pelik dengan Tok Aki ni, dah tua pun masih cergas. Dulu papa pernah cerita yang moyang mama masih cergas walaupun sudah berusia 100 tahun.. Tak logik kan? Tapi lepas tengok Tok Aki, cerita papa dah semakin logik. Aku perlu tanya apa rahsia Tok Aki untuk tetap kuat dan bertenaga.

"Hud!" Lamunanku terus mati setelah Tok Aki memanggil namaku.

"Dah lah tu Tok, banti Tok Aki pitam kat sini pula." Kataku dengan wajah risau.

"Daripada kamu tercegat aje kat situ, baik kamu tolong Tok petik terung tu." Kata Tok Aki lalu meneruskan kerja mencangkulnya.

Tok suruh aku petik terung??

"Tok.. Tapi Hud tak tahu.." Jawabku jujur. Panas matahari semakin membahang.

"Kamu ni Hud! Semua tak tahu! Entah apa aje yang kamu tahu." Marah Tok Aki.

"Janganlah marah-marah Tok, nanti cepat tua." Aku tergelak kecil.

"Kamu tengok Tok ni masih muda ke Hud?" Tanya Tok Aki.

"Masih muda lagi lah Tok." Kataku. Tok Aki hanya menggeleng.

"Bila kita nak pergi warung Pak Samad Tok?" Tanyaku. Haritu Tok Aki kata nak ajak aku ke warung Pak Samad. Takkan Tok Aki lupa?

"Esok pun boleh." Kata Tok Aki kerana dia sebenarnya sudah terlupa tentang hal itu.

"Dari haritu Tok kata esok." Kata Hud.

"Ish budak ni." Tertekan Tok Aki dibuatnya. Hud tergelak kecil. Seronok menyakat Tok Aki.

"Hud naik dulu, nak ambilkan air untuk Tok." Kata.

"Yelah." Jawab Tok Aki. Aku tersenyum sebelum meninggalkan Tok Aki sendiri di kebun belakang rumah.

Aku melihat ke arah pokok mangga yang berad di kebun Tok Aki.

Aku seperti mengingati pokok mangga itu.

Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Aku tertunduk melihat ke arah kakiku lalu aku memejamkan mataku.

"Rama-rama Mia.." Tiba-tiba aku terdengar suara budak perempuan.

"Hud!" Panggil Tok Aki. Aku terus membuka mataku lalu melihat ke arah Tok.

"Kamu ni dah kenapa?" Tanya Tok Aki. Aku hanya tersenyum kelat.

"Takdelah Tok, Hud naik kejap." Kataku sebelum berlalu pergi. Aku mengeluh kecil lalu mengesat peluh halus yang mengalir di dahiku.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now