[18] Our Sweet Memories

26.9K 1.1K 49
                                    

Setahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun kemudian..

"Mia tengah buat apa ni?!" Kata Hud kepada Mia.

"Menyapu.." Jawab Mia ringkas. Hud buat muka tak percaya.

"Lepasni nak mop lantai dan banyak lagi.." Kata Mia dengan wajah teruja. Hud mengeluh kecil.

"Janganlah, Mia pregnant kan.." Hud memegang penyapu itu. Mia mengerutkan dahinya. Apa salahnya sesekali dia buat kerja rumah? Duduk saja pun bosan juga kan? Itulah yang Mia fikirkan.

"Mia nak buat.." Kata Mia.

"Nanti pembantu rumah yang buat. Doctor kata Mia tak boleh buat kerja berat kan." Pujuk Hud lembut lalu memegang tangan Mia.

"Mia bosan.. Hud kan cuma kerja, kerja, kerja." Kata Mia seakan-akan merajuk. Dia tertunduk merenung lantai.

"Tulah sebabnya Hud cuti harini, nak teman Mia and my baby boy.." Hud menyentuh perut Mia yang sudah sarat mengandung. Mia terus memandangnya dengan pandangan kosong.

"Hud pergi lah kerja, Mia malas lah nak tengok muka Hud." Mia berjalan ke arah sofa depan tv meninggalkan Hud seorang diri dengan wajah terkejut.

"What?" Hud mengekori isterinya dari belakang. Hud melihat Mia dengan pandangan tajam. Sanggup Mia kata macam tu pada Hud.

"Mia malas nak pandang muka Hud harini.. Entah lah kenapa.." Mia duduk di sofa ruang tamu lalu Hud duduk di sebelah Mia. Wajah Mia di tatap lama oleh Hud.

Hud tak tahu nak kata apa, Mia selalu cakap benda yang pelik aje kebelakangan ni.

"Hud.. Hud duduklah tempat lain. Mia tak sukalah.. Sempit." Kata Mia lagi. Geram pula Hud dibuatnya. Hud terus berpaling ke arah tv. Dia tidak menghiraukan kata-kata Mia.

"Duduk dengan si Milo tu 24 jam boleh pulak.. " Kata Hud sedikit kesal sambil melihat ke arah Milo yang sudah bebas sekarang.

"Milo tu kucing.." Jawab Mia. Dia pun terus memeluk Milo. Entah dari mana saja si Milo tu datang.

"Hud tak nak mandikan si Milo tu lagi lepas ni." Semenjak Mia mengandung, Hud lah yang ditugaskan untuk mandikan Milo. Walaupun terpaksa kerana dia tidak suka kucing.

"It's okey.. I can do it myself.." Kata Mia lalu mencubit pelan pipi gebu Milo. Hud hanya mampu menahan geram.

"Fine.." Hud berdiri dari duduknya lalu meninggalkan Mia dan Milo di ruang tamu.

"Mia akan mandikan Milo sampai Milo wangi.. Milo rindu Mia kan? I miss you too.." Mia berkata dengan Milo.

"Hey don't! I will do it!" Jerit Hud dari arah dapur. Dia dengar perbualan Mia.

Tidak lama selepas itu, Hud datang ke arah Mia sambil membawa segelas susu.

"Mia fikir Hud dah tak nak mandikan Milo dah." Kata Mia lalu melihat ke arah Hud.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now