S2 [28] Kuih Gelang

1.2K 102 0
                                    

Sofia meletakkan secawan coffee suam di atas meja kaca ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sofia meletakkan secawan coffee suam di atas meja kaca ruang tamu.

"Untuk abang ke?" Tanya Ilham. Sofia duduk di sofa yang berada di sebelah Ilham.

"Untuk abang lah, untuk siapa lagi?." Kata Sofia. Ilham tergelak kecil.

"Terima kasih sayang." Kata Ilham lalu tersenyum. Tiada angin tiada ribut, baik pula isterinya pada dia hari ini.

"Bila kita nak balik kampung?" Tanya Sofia.

"Lusa lah kita balik kampung." Jawab Ilham sambil membaca akhbar.

"Dari haritu lagi abang kata lusa." Kata Sofia dengan wajah monyok.

"Bila abang cakap?" Tanya Ilham, dia sudah lupa dia mengatakan hal itu pada Sofea.

"Haritu lah." Kata Sofia.

"Lusa ni kita balik kampung yaa sayang." Kata Ilham dengan lembut.

"Kita pergi dengan Shila sekali." Kata Sofia. Dia sudah merancang untuk balik kampung sekali dengan Shila kakaknya.

"Yelah sayang." Ilham hanya mengikuti saja.

~°~

Kelihatan Harris sedang membersihakan halaman rumah menggunakan pencakar sampah yang diperbuat daripada besi.

Tiba-tiba kelihatan Wallif turun ke bawah bersama plastic sampah di tangannya.

"Takpelah Wallif, nanti Wallif kotor sebab tolong Pakcik Harris." Kata Harris pada Wallif. Saat mengetahui Harris akan membersihkan halaman rumah, Wallif terus mahu membantu.

"Wallif nak tolong, nanti kalau kotor boleh mandi juga kan." Kata Wallif. Harris tersenyum. Wallif ini ada-ada saja.

"Minta izin dengan mama dan baba dulu." Kata Harris pada Wallif.

"Ok Pakcik Harris!" Wallif pun terus berlalu pergi meninggalkan Harris seorang di halaman rumah.

Tiba-tiba handphone Harris berbunyi menandakan satu mesej dari apliksi whatapp masuk.

+6013*******:
Harris, u dekat mana? Kenapa tak bagi tau I.

Harris terus mematikan handphonenya selepas membaca mesej itu kerana baginya tidak penting. Sesekali handphonenya berbunyi lagi tapi tidak dia hiraukan.

"Harris." Panggil Tok Aki.

"Tok Aki." Harris tersenyum saat melihat ke arah Tok Aki.

"Bukan main rajin lagi kamu awal pagi dah bersihkan halaman rumah." Kata Tok Aki. Harris tergelak kecil.

"Umie yang suruh." Kata Harris.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now