S2 [13] Lucky To Be With You

10.2K 523 7
                                    

Mia POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia POV

Aku mencelikkan mataku lalu melihat ke arah jam dinding. Jam sudah menunjukkan angka 1:39AM. Keadaan sungguh sunyi sekali.

Aku turun dari katil kerana ingin pergi ke bilik air. Sesekali aku melihat ke arah Hud yang masih lena.

Sedari tadi aku tercium bauh limau purut. Entah dari mana datangnya aku pun tak tau.

Aku pergi ke arah pintu bilik kerana ingin pergi ke bilik air.

"Ah!" Jeritku pelan kerana terkejut. Kakiku seperti terlanggar sesuatu yang keras. Aku melihat ke arah kakiku. Rupanya cuma patung beruang kecil Wallif. Aku mengeluh kecil.

Tiba-tiba aku terasa bahuku di sentuh dari belakang.

"Mia.." Panggil Hud pelan. Aku memalingkan tubuhku ke arahnya.

"Hud.." Kataku pelan. Bila Hud bangun?

"Kenapa Mia jerit?" Tanya Hud. Matanya masih layu memandang ke arahku

"Tak ada apa.. Hud tidurlah, Mia nak pergi bilik air kejap." Kataku. Tiba-tiba Hud memegang tangan kananku.

"Hud temankan Mia." Kata Hud. Hud ni tak penat ke?

"Tak apalah, bilik air tu bukannya jauh sangat pun." Aku membuka genggaman tangan Hud dari tanganku namun gagal.

"Hud temankan Mia.." Kata Hud sekali lagi.

"Tak apa.." Aku juga tidak berputus asa.

"Hud temankan Mia." Kata Hud. Aku mengeluh kecil. Aku cuma tak nak susahkan Hud. Lagipun Hud baru sembuh dari sakit. Hud perlu banyak rehat.

"Tadi Hud tidur lewat sebab teman Tok Aki tengok bola kan.. Hud tak penat ke?" Tanyaku.

"Tak lah, Hud risaukan Mia. Lagipun dapur tu gelap, nanti kalau ada apa-apa yang jadi pada Mia, Hud juga yang nangis." Jelas Hud lalu tersenyum. Baiklah, akhirnya aku mengalah.

"Hud ada terhidu bau daun limau purut tak?" Tanyaku. Hud terus melihat ke arah jendela bilik.

"Hud letak ranting limau purut kat tingkap." Jawab Hud.

"Hm, kenapa??" Tanyaku dengan wajah pelik. Aku tak perasan pun bila Hud letak.

"Yang penting Hud buat demi Mia. Mia janganlah tanya dulu.. Nanti lepas Hud temankan pergi bilik air baru Hud jelaskan." Jawab Hud. Aku mendiamkan diri buat seketika.

"Okay.. Terima kasih." Kataku pada Hud. Aku berterima kasih kerana Hud lakukan itu untuk aku.

"Sama-sama." Jawab Hud lalu tersenyum menampakkan gigi arnabnya.

~°~

Lepas pergi bilik air tadi, aku dan Hud terus pergi ke bilik Wallif. Kelihatan Wallif sedang tidur dengan lena sekali. Hud masuk ke dalam bilik Wallif lalu menyelimuti tubuh kecil Wallif. Aku pula hanya melihat dari luar bilik sambil tersenyum.

Aku rasa bertuah sebab dapat suami yang baik dan memahami macam Hud. Hud tak pernah mengeluh bila aku suruh dia jaga atau tengokkan Wallif.

"Baba.." Panggil Wallif pelan. Mungkin Wallif terjaga masa Hud selimutkan dia tadi.

"Yaa.." Sahut Hud pelan.

"Kenapa Baba?" Tany Wallif. Mungkin Wallif hairan kenapa Hud ada di biliknya.

"Baba selimutkan Wallif." Jawab Hud. Wallif tersenyum.

"Goodnight Baba." Kata Wallif.

"Goodnight.." Hud mencium dahi Wallif. Aku masuk ke dalam bilik Wallif lalu berdiri di sisi Hud.

"Wallif ok?" Tanyaku pada Wallif lalu tersenyum.

"Mama pun ada.. Wallif ok." Jawab Wallif lalu membalas senyumanku.

"Selamat malam Wallif.." Aku mencium dahi dan pipi Wallif.

"Selamat malam mama.." Kata Wallif lalu memejamkan kembali matanya.

Aku dan Hud pun terus keluar dari bilik Wallif. Hud menutup pintu bilik Wallif lalu kami berdua pergi ke dalam bilik kami yang berada di sebelah kanan bilik Wallif.

Masa masuk bilik tadi aku terus terhidu bau daun limau purut. Aku melihat ke arah Hud yang sedang duduk di birai katil.

"Kenapa Hud letak ranting limau purut kat jendela?" Tanyaku pada Hud. Hud terus memandangku. Hud memegang belakang lehernya.

"Ouh tu.. Supaya hantu penanggal tak berani nak kacau Mia." Jelas Hud. Dia membetulkan kedudukan bantalku yang sudah senget.

"Macam mana Hud boleh tahu tentang penanggal?" Aku naik ke atas katil lalu duduk di sisinya.

"Pakcik Agis yang bagi tahu." Jawab Hud. Aku termenung buat seketika. Siapa pakcik Agis?

"Hud percaya dengan semua tu?" Tanyaku sekali lagi.

"Hmm.. Hud cuma buat, tak salahkan? Lagipun Hud risaukan Mia. Janganlah fikirkan sangat. Kalau Mia tak suka, i will throw it away." Jelas Hud. Aku hanya mendiamkan diri. Hud pun terus baring, lalu aku baring di sebelah Hud.

"Mia nak tanya." Kataku.

"Dah lewat ni, Mia tak ngantuk ke?" Tanya Hud. Aku memandang Hud dengan wajah serius.

"Hud tak suka ke kalau Mia tanya Hud banyak? Kalau tak suka bagi tahulah, jadi Mia tak tanya Hud lagi sampai bila-bila." Marahku. Hud tersenyum lalu memejamkan matanya.

"Hud." Panggilku namun Hud tidak menjawab.

"Hud dengar ke tak apa yang Mia cakap ni?!" Aku mula geram dengan sikap Hud. Hud membuka matanya lalu melihat ke arah bibirku.

"Hud!" Panggilku lagi. Hud terus mencium bibirku sekejap. Hud tersenyum. Aku terkedu.

"Hud.." Panggilku lagi. Hud mencium lagi bibirku. Tapi kali ini lebih lama.

"Stop being cute. You better sleep before i kiss.." Akhirnya Hud bersuara sambil melihat ke arah bibirku.

"Kiss apa?" Tanyaku. Hud terus memandang tepat ke bebola mataku.

"Kiss Mia banyak-banyak." Jawab Hud lalu tersenyum.

"Mia cuma nak tanya." Kataku. Hud nak mencium bibirku lagi tapi aku terus menutup mulutku menggunakan tangan kanan. Hud tergelak kecil.

"Mia nak tanya apa?" Tanya Hud. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Aku dah lupa aku nak tanya apa tadi.

"Pipi Mia merah lah. Are you blushing right now?" Tanya Hud sambil tersenyum nakal.

"Hud ni." Aku menepuk lengan Hud.

"Ok, jom sleep." Hud terus memelukku erat.

"Hud sayang Mia sangat-sangat." Kata Hud. Aku membalas pelukan Hud lalu memejamkan mataku.

"Mia tak sayang Hud ke?" Tanya Hud.

"Sayang.." Jawabku.

"Sayang je?" Tanya Hud lagi.

"Mia sayang Hud sangat-sangat." Kataku. Baru lah Hud berpuas hati. Hud ni, dah tak sakit pun masih manja lagi.

"Im so lucky to be with you.." Hud tersenyum lalu mencium dahi Mia lama.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now