Part 1

6.2K 45 4
                                    


Angin satu badan!

Itulah yang Johan rasakan saat ini. Dengan panggilan teleon tengahari semalam isterinya memberitahu dia terpaksa ke Colombo hari itu juga. Hanya dapat pulang paling awal mungkin pada tengah malam dengan penerbangan terakhir Sri Lankan Airlines ataupun pagi esoknya.

Semenjak kebelakangan ini Lyn sememangnya kerap benar ke luar negara. Bulan lepas ke Muscat atas urusan kerja dan bulan yang dulu ke Abu Dhabi selama seminggu dan entah ke mana lagi sebelum itu. Johan termenung sendiri mengimbas semula pertengkaran kecil antara mereka berdua semalam.

"Takkanlah tiada orang lain yang boleh pergi selain Lyn? Kan ramai lagi staf lain?" soal Johan tidak berpuas hati.

"Abang, ini bukannya hal main-main. Pesawat UL itu tergelincir dari landasan di Colombo dan pesawat itu datang dari KL pagi tadi. Lyn yang handle flight itu. Mana boleh orang lain yang pergi." Itulah jawapan isterinya yang dia dengar.

"Tapi aircraft itu cuma tergelincir aja. Tiada orang yang mati pun!" ucap Johan mudah seolah-olah semua itu tiada kena mengena dengan Lyn. Padahal selama ini dia cukup tahu apa yang bakal menanti isterinya jika itu perkara yang diberitahu tadi berlaku pada penerbangan yang datang dari kawasan transit yang diseliakan oleh kakitangan di bawah jagaan isterinya itu. Soal kemalangan biarpun tidak ada mengorbankan nyawa, namun tetap dianggap serius dan sebarang kecuaian oleh mana-mana pihak akan membuatkan pihak itu bakal berhadapan dengan tindakan.

"Memangla tiada orang yang mati. Tapi kalau sampai orang dari syarikat Boeing dah masuk campur, itu bukan sesuatu yang main-main," terang Lyn pula, meminta pengertian suaminya.

Johan terdiam. Berfikir pula idea yang lain untuk mematahkan bicara sang isteri.

"Habis tu berapa lama nak ke sana ni?" Mengendur sedikit suara Johan tidak lama selepas itu. Matanya merenung ke hadapan biliknya. Namun perhatiannya masih pada perbualan di telefon itu. Walaupun marah, dia tahu dia harus akur dengan keadaan yang memaksa.

Tak tahu lagi. Kalau siasatan selesai esok, malam esok juga Lyn balik. Kalau tak, mungkin lusa.

Habis tu anak-anak macam mana?

Abang, Lyn pergi sekejap aja. Insya Allah, paling lambat lusa Lyn balik. Abang tolong tengokkan Dina dengan Dani, boleh ya? Lyn memujuk lembut.

Johan mengeluh lagi. Tengokkan anak-anak memang tidak menjadi masalah. Tetapi nampaknya malam ini tidurnya bertemankan bantal guling lagilah jawabnya.

''Abang, kenapa diam? Lyn tahu abang tak suka Lyn selalu ke sana ke mari. Tetapi kali ini terpaksa, bang. Please, understand me,'' rayu sang isteri cukup lembut.

''Habis tu abang ni siapa nak faham? Kita dah plan nak dapat anak lagi. Tapi macam mana nak dapat anak kalau abang di KL, Lyn pulau entah di mana-mana,'' keluh Johan.

''Lyn tahu tu. Okey, pasal tu nanti kita bincang lagi ya?'' pujuk Lyn kepada suaminya itu. Terasa bersalah pula kerana semenjak kebelakangan ini suaminya kerap menyebut-nyebut anak lelaki pula.

''Bincang-bincang ni membazir masa aja. Anak tak boleh jadi kalau setakat berbincang. Kena buat barulah jadi.''

Terdengar tawa isterinya meletus perlahan. Damai seketika perasaan Johan saat itu. Hilang rasa marahnya mendengar tawa manja sang isteri.

''Yalah.... kalau nak buat terus nanti balik buatlah terus. Tak payah cakap banyak,'' sambut Lyn usai tawanya.

Bicara sang isteri segera menerbitkan rasa suka Johan.

''Betul ni? Nanti sayang balik abang nak sayang pakai baju yang paling seksi untuk abang,'' usik Johan miang. Tiba-tiba dia tersengih sendiri pula.

''Yalah, bang. Baju seksi pun baju seksilah...'' sambut Lyn meleret.

Tetapi itu perbualan semalam. Ini pula perbualan hari ini....

''Yang, sorry sangat-sangat. Lyn tak boleh balik hari ini sebab investigation masih tidak habis lagi. Petang esok Lyn kena jumpa Mr. Jocker di HQ. Report pun belum keluar lagi,'' luah Lyn dalam rasa serba salah yang teramat sangat. Takut juga ada, kerana dia tahu Johan bukan menyenangi semua ini.

Kata-kata itu serta-merta membuatkan darah Johan menggelegak. Anganannya berkecai seribu apabila isterinya itu memberitahu yang dia tidak dapat pulang seperti yang dijanjikan.

''Ke Dubai pulak? Esok ke mana? UK? Lusa ke planet Marikh pulak?'' sindir Johan tajam. Sakit hatinya! Apa gunanya beristeri jika selalu di tinggal begini?

''Abang, please...''

''Abang aja yang nak kena faham keadaan Lyn? Siapa pulak yang nak faham abang?'' pintas Johan dengan hati yang panas.

Lyn terdiam di hujung talian. Kelu lidahnya apabila mendengar nada suaminya yang sudah mengeras begitu.

''Fine! Do whatever you want, Lyn! Do want you want,'' ucap Johan agak kasar.

''Abang, bukan macam itu. Lyn betul-betul tersepit dengan keadaan sekarang. Meeting di Dubai itu pasal kemalangan sebelum ini. Report tak akan keluar selagi siasatan itu belum selesai. Lyn kat sini pun bukannya senang hati, bang. Lyn asyik fikirkan abang dengan anak-anak.''

''Tapi Lyn dah janji nak balik hari ini, kan? Kenapa susah sangat nak jumpa bini sendiri sekarang ini? Kerja lagi penting daripada keluarga ke?'' bentak Johan marah.

Perempuan itu menghela keluhan panjang.

''Abang, jangan cakap macam itu. Kalau boleh, memang Lyn nak balik cepat. Ingat rak risau ke fikir budak berdua tu? Pening Lyn sekarang ini, bang. Patrick dengan Mr. Jocker asyik marahkan Lyn. Sekarang abang pun marahkan Lyn.'' Suara Lyn muka teralun sayu. Bukannya mahu meminta sinpati murahan. Sebaliknya dia mengharapkan timbang rasa Johan dalam keadaan dirinya yang sedang dalam kesusahan.

''Whatever! Just do whatever you want. Bye!'' sekalian itu Johan terus mematikan panggilan. Kali ini dia memang tidak mampu lagi bertolak ansur dengan isterinya itu. Perasaannya kian tercabar.

Johan terdiam di dalam pejabatnya. Tindakannya sebentar tadi ternyata tidak memberinya sebarang kepuasan. Lyn juga tidak menghubunginya semula. Mungkin wanita itu kecil hati dengan tindakannya sebentar tadi. Entah kenapa, saat ini mudah dia hilang sabar. Terasa dirinya sering diketepikan oleh isterinya sendiri.

''Macam ini bilalah aku nak merasa ada anak lagi? Asyik kena tinggal aja,'' rungut Johan sendiri. Keningnya diurut perlahan.

Sebuah keluhan dilepaskan perlahan. Mahu menghubungi semula isterinya itu dia merasa berat pula. Egonya menghalang dia berbuat begitu. Namun berkeadaan begini dia susah hati pula.

Akhirnya Johan menggeleng sendiri. Malas mahu memikirkannya lagi. Mungkin impiannya untuk mendapatkan cahaya mata lagi harus dikuburkan sahaja. Itu lebih baik daripada mengharapkan sesuatu yang masih belum pasti!

Curangla Lagi Where stories live. Discover now