Part 16

1.2K 20 1
                                    

Jam 12.15 pagi barulah Johan pulang ke rumah. Bilik itu sudah gelap namun dia tidak tahu, sekujur tubuh yang kelihatan kaku di atas katil itu sebenarnya masih segar menahan bara dalam hati.

Lyn diam menahan marah. Kalau diikutkan hatinya, memang Johan sudah ditembaknya hingga berkecai. Nantilah! Dia akan mendapatkan kepastian yang lebih lagi sebelum memaksa suaminya mengaku.

"Eh! Belum tidur lagi?" soal Johan setelah dia perasan mata Johan masih terbuka luas apabila suasana bilik itu diterangi oleh lampu tidur.

"Belum," jawab Lyn perlahan sahaja.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Johan mesra. Dia duduk bersebelahan dengan Lyn.

"Tak boleh tidur." Itulah jawapan Lyn. Betapa dia benci melihat kemesraan palsu suaminya itu. 'Seronok ke menghabiskan masa dengan kekasih hati?' desis hatinya yang bengkak.

"Tak sihat ke? Ada masalah kat tempat kerja?" soal Johan apabila terkesan olehnya kehambaran wanita itu. Lampu tidur itu diterangkan lagi agar dia boleh melihat wajah sang isteri.

Namun tindakannya secara spontan membuatkan Lyn terpandangkan bahagian pipi Johan turut diterangi lampu kuning itu. Paling tidak disangka oleh Lyn apabila matanya terkesan kesan lipstik berbentuk bibir di pipi suaminya saat lelaki itu mendekatkan wajahnya ke arah lampu itu.

Enggan membiarkan Johan melihat wajahnya, Lyn segera memalingkan tubuhnya menghadap ke arah tempat selalunya Johan berbaring. Matanya dipejamkan serapat-rapatnya untuk mengawal kesedihan. Betapa saat ini dia seperti mahu meraung sekuat-kuat hati.

'Kenapa ini yang kau hadiahkan kepada aku, Johan?

Kenapa aku yang harus menerima semua ini?' rayu hatinya dalam hiba yang teramat dalam. Betapa tidak adil sungguh Johan kepada dirinya setelah dia menyerahkan seluruh perasaannya kepada lelaki ini untuk disayangi; lelaki itu menghadiahkan dengan kenyataan ini.

"Sayang, kenapa ni? Marahkan abang ke?" soal Johan cuba membalikkan semula tubuh isterinya itu agar memandangnya.

Namun Lyn pantas menolak tangan Johan di pinggangnya.

"Kenapa ni?" soal Johan lagi. Tidak mengerti mengapa tiba-tiba isterinya bersikap begini.

"Abang banyak kerja tadi. Sebab tu abang balik lambat," jelas Johan lembut.

'Cukuplah kau menipu aku!!!' hati Lyn menjerit lantang. Namun biarpun hatinya berperang hebat, tetapi mulutnya terkunci rapat. Sesungguhnya dia tidak sanggup untuk bertanya lebih-lebih kerana dia amat takut untuk mendengar sendiri kenyataan itu daripada mulut suaminya. Namun ditipu begini juga dia teramat sakit.

"Yang.... pandanglah sini," pinta Johan lembut. Bahu Lyn diraihnya. Lyn sekali lagi menolak tangan lelaki itu.

Johan terpaku memandang reaksi isterinya itu. Tiba-tiba dia menjadi orang yang paling bodoh untuk memujuk. Menghilang jauh sifat penyayangnya terhadap wanita itu. Lalu tanpa kata, dia bangun dan terus ke bilik air tanpa berkata apa-apa lagi.

Saat itulah Lyn menumpahkan segala kesedihannya. Dia menangis semahu-mahunya. Betapa saat ini dia dihidangkan dengan satu dugaan yang amat berat untuk digalas. Oh, beginilah rasanya apabila dikhianati seseorang yang amat disayanginya.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now