Part 61

1.6K 35 0
                                    

Melihat pasangan itu kembali bersama, maka menangislah syaitan dan sekutu-sekutunya. Begitulah juga dengan mereka yang sentiasa tidak jemu mendoakan perceraian buat pasangan itu. Masing-masing memandang hairan melihat sepasang suami isteri itu datang ke pejabat dengan kereta yang sama pagi itu.

Mereka berdua berdiri menanti di lif paling hujung. Johan bersandar di dinding batu membelakangi orang lain, sementelah Lyn berdiri di hadapannya. Lelaki itu ralit memandang lantai. Tiada perbualan antara kedua-dua mereka. Lyn pula sibuk memerhatikan nombor di mana kedudukan lif berada.

Namun tiba-tiba dia menoleh ke arah Johan. Tiada angin tiada ribut, tangan lelaki itu tiba-tiba merayap di belakangnya. Seterusnya turun ke punggung wanita itu. Tiada segan silu punggung wanita itu dipicitnya.

Pantas tangan miang itu Lyn tolak. Sementelah ramai kakitangan sedang memandang ke arah mereka. Malu mukanya. Namun kemudian tangan Johan kembali lagi ke tempat tadi. Tadi sebelah sini, sekarang sebelah sana pula diramasnya.

"Abang!" marah Lyn dengan mata terjegil.

"Hmm?" Johan menayang muka lugu.

Sebaik pintu lif terbuka, Lyn segera masuk. Tetapi sedang dia berjalan...

Pup!!! Punggungnya ditampar Johan.

Lyn tersentak. Mujurlah ketika itu dia betul-betul berada di ambang lif.

Johan segera menekan butang agar pintu itu tertutup. Tetapi terbuka semula. Ada beberapa orang kakitangan perempuan mahu masuk. Lekas-lekas Johan menghalang.

"Eh! Berambus naik lif lain. Tak payah sibuk hal rumah tangga orang," ucap Johan lantas menekan butang mahu menutup pintu itu.

Terkedu semua kakitangan itu diperli Johan. Lyn ikut terkedu juga. Lama dia memandang saat lelaki itu kembali mendekatinya.

"Kenapa tak bagi budak-budak tu masuk?"

"Mak cik bawang!" desis Johan tidak peduli.

"Mak cik bawang?" balas Lyn tidak mengerti.

Johan tidak menjawab, sebaliknya dia memulakan lagi tabiatnya tadi.

"Janganlah, abang! Apa kena dengan abang ni?" marah Lyn, lantas lengan lelaki itu dipukulnya.

"Naughty sangat ni. Abang babap lagi sekali. Biasa ni..." ujar Johan. Dan....

Pap!!! Sekali lagi punggung wanita itu ditamparnya sedikit kuat.

Serta merta Lyn menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan!

Johan ketawa kecil sebelum mereka keluar dari lif. Sengaja dia berjalan di belakang agar dia boleh buat apa yang dia suka. Tidak lama kemudian mereka terpisah arah. Lyn menonong ke bilik kerjanya bagi menyelamatkan diri daripada gangguan seksual lelaki itu.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now