Part 71

1.4K 23 1
                                    

Jam 7 malam Ariana tiba di rumah Lyn. Dia akan berada di rumah ini bersama anak-anak saudaranya sepanjang abang dan kakak iparnya ke Milan. Sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan jam 2 pagi nanti, Lyn menangis pula. Sedih mahu meninggalkan anak-anaknya.

"Dahlah. Anak-anak kita okey. Ary ada. Bibik ada. Janganlah bimbang," ucap Johan lembut.

Mereka tiba agak awal di KLIA, tetapi terlewat urusan daftar masuk bagasi dek sibuk pergi makan tengah malam pula. Sudahnya mereka terpaksa menunggu pekerja syarikat penerbangan menyelesaikan tugas di kaunter sebelah.

"Agak-agak kita dapat layanan first class lagi tak?" bisik Johan kepada isterinya.

Lyn terus menoleh ke arah lelaki di belakangnya itu.

"In your dreams!" bisik Lyn selamba.

Johan menyeringai serta-merta.

"Abang ke tandas dulu ya? Nak melaburlah pulak. Nanti dalam flight susah nak cuci."

Lyn sekadar mengangguk tanpa memandang ke mana lelaki itu pergi.

Sesudah selesai masalah di kaunter itu, gadis Sarawak itu segera mendekati Lyn.

"Sorry, system down pulak," ujar gadis yang bernama Chitadel itu sebelum beg milik Lyn diambilnya.

"Biasalah tu. Dari dulu lagi itu ajalah masalahnya," balas Lyn selamba. Ketika dia bertugas di sini dahulu, masalah 'sistem down' itu benar-benar menyusahkan mereka. Tambahan pula waktu yang tidak sebanyak mana untuk daftar masuk bagasi.

"Mana husband you?" tanya Chitadel sambil meletakkan bagasi ke atas penimbang.

"Toilet," jawab Lyn lantas memandang sekeliling. Kelihatan suaminya sedang berlari-lari anak ke arahnya. Tetapi matanya turut terlihat seseorang berjalan laju seperti sedang mengejar Johan.

"Stop her!" tegas Lyn mula menyirap darahnya kepada Johan.

Johan berhenti berlari-lari anak dan memandang ke belakang. Terkejut melihat manusia itu berada tidak jauh daripadanya. Pucat wajahnya serta-merta. Bagaimana Syiha tahu dia berada di sini?

"Who is she, Lyn?" tanya Chitadel kepada bekas pengurusnya itu.

"Bakal madu tak jadi!" gerutu Lyn dengan riak wajah ketat.

Chitadel berdiri pula di balik kaunter untuk melihat gerangan manusia itu.

"Dia nak naik flight yang sama dengan you ke?" ujar Chitadel.

"Tak tahu," jawab Lyn lantas menoleh ke arah Chitadel semula.

Ketika mendekati isterinya, riak wajah Johan tidak tentu arah. Lyn sudah mula mencuka, tanda hendak marah.

"Sebelum aku buat kau hilang kerja, baik kau berambus dari sini!" jerit Lyn semakin sakit hati melihat Syiha yang berkelakuan seperti dubuk yang menanti masa untuk merampas bangkai daripada singa. Sentiasa berkitar di sekeliling mereka biarpun dia berada di situ bersama suaminya.

Penumpang lain yang berada di kaunter sebelah segera memandang ke arah Lyn.

"Sabar, yang...."

"Apa sabar-sabar???"

Johan terdiam serta-merta. Daripada dia yang kena hamun, lebih baiklah Syiha yang kena! Dalam hatinya mula memarahi Syiha pula. Sibuk saja! Di mana dia berada, di situlah juga gadis itu akan muncul.

"Kalau you bukan passenger flight ni, tolong pergi dari sini. I panggil MAB officer nanti!" arah Chitadel kepada gadis itu.

"Abang Johan..." ucap Syiha penuh kesayuan. Masih ada sisa-sisa harapan agar Johan menerimanya semula.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now