Part 75

1.5K 32 1
                                    

Awal pagi itu Lyn tiba di hospital bersama beberapa barangan keperluan suaminya. Johan masih belum sedar daripada lenanya. Malam tadi hanya Ariana yang menemani Johan di wad. Dia terpaksa berada di rumah bersama anak-anaknya. Lenanya berendamkan air mata. Sedih, bimbang.... segala rasa yang tidak indah bermain dalam diri. Anak-anak asyik bertanyakan Johan, membuatkan dia bertambah duka.

Bekas makanan dan beg kecil diletakkan ke atas meja. Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang terletak di sisi katil.
Lama matanya merenung tampang Johan. Sedih melihat keadaan lelaki itu. Perlahan dia tunduk mengucup kening suaminya.

"I love you so much," bisik wanita itu sendirian. Seterusnya bibir lelaki itu dikucupnya sekali dua.

Tiba-tiba dia terasa mahu menangis.

"Hei...." Terdengar bisikan halus daripada dua ulas bibir lelaki itu.

Lyn memandang wajah Johan. Dua kelopak mata sang suami terbuka sedikit. Bibirnya serta merta tersenyum gembira.

"Welcome back. How are you?" tanya Lyn lantas memegang pipi lelaki itu.

Terkerdip-kerdip mata Johan menatap sang isteri. Hari ini penglihatannya sudah mula jelas sepenuhnya.

"Good...." bisik Johan agak payah.

"Sakit kepala lagi?"

"Nope."

"I miss you so much," ucap Lyn lirih. Bibir lelaki itu dikucupnya lagi.

"You're so beautiful," luah Johan dalam bisikan payah. Tekaknya terasa kering. Entah berapa lama dia terlena.

Lyn tersenyum mendengarkan itu. Perlahan dia mencapai jemari Johan lalu dikucupnya belakang tangan sang suami.

"I'm pregnant."

Johan terkerdip-kerdip lagi memandang isterinya.

"Dengar tak?"

"What?" tanya Johan semula. Riak wajahnya berubah teruja.

Lyn menarik tangan suaminya lalu diletakkan di perutnya.

"Ada baby," bisik Lyn lantas tersenyum.

Perlahan-lahan lelaki itu tersenyum. Gembira yang teramat sangat namun keadaannya yang begini membuatkan dia tidak mampu meluahkan rasa gembiranya.

"I want to go home. I want to be with you. I want to sing to you," bisik Johan.

Tanpa kata-kata wanita itu tunduk mengucup bibir sang suami lagi.

"I love you." Matanya berkaca merenung tampang Johan. Selama lelaki ini tidak sedar, dia benar-benar terasa kehilangan.

"I love you, sayang. Don't cry." balas Johan lirih. Raut wajah kekasih hatinya dielus dengan telapak tangan. Sungguh, dia hanya ingin pulang kepada wanita ini. Bahagia lagi bersama Lyn sehingga ke akhir hayatnya.

"And thank you for saving my life," ucap Lyn.

"What?" tanya Johan sedikit tidak mengerti.

"Dia tidak berniat nak buat begini pada abang, tapi pada Lyn," jelas Lyn perlahan.

Johan terkebil-kebil merenung sang isteri. Dia tidak ingat semua itu. Kejadian semalam hanya samar-samar dalam ingatannya kerana semuanya berlaku begitu cepat. Tetapi syukurlah dia masih melihat isterinya ini berdiri teguh bersamanya. Ini yang lebih penting.

"Kat mana dia sekarang?" tanya Johan.

"Dalam tahanan polis. Semalam Lyn ada bercakap dengan pegawai penyiasat. Dia nasihatkan kita teruskan dengan dakwaan. Jangan tarik balik report. Perkembangan awal yang Lyn dah dapat semalam, dia akan beri kerjasama untuk percepatkan perbicaraan."

"Dia mengaku?"

"Ya. Polis dah dapat pengakuan dia. Dia mahu mengaku salah atas apa yang dia dah buat. Tak mahu lambat-lambatkan hukuman. Bukti pun dah cukup jelas."

Johan mengangguk sedikit. Itu yang sepatutnya setelah apa yang telah Syiha lakukan. Dia mahu Syiha menerima balasan yang setimpal.

"Abang nak minum?" tanya Lyn. Sarapan pagi sudah pasti akan disediakan sekejap lagi. Dia pun ada membawa sedikit makanan buat Johan.

Johan mengangguk sedikit.

"Abang nak air," ucap Johan.

Sambil berbaring, Johan memandang gerak-geri sang isteri tanpa jemu. Demi Tuhan, dia terlalu bersyukur kejadian semalam tidak membuatkan anak di dalam kandungan isterinya mengalami kecelakaan.

Lyn tersenyum saat melabuhkan semula punggung di tepi Johan. Kepala lelaki itu diangkat sedikit agar lelaki itu tidak tersedak ketika meneguk air.

"Abang nak jumpa anak-anak abang, Lyn..." ucap Johan setelah dia meletakkan kepala semula.

"Mummy akan ambil budak-budak sekejap lagi. Abang tunggu ya?"

Johan memgangguk sedikit. Seterusnya dia memerhatikan isterinya lagi. Tanpa menunggu sarapan dihidangkan, dia membuka bekas makanan. Bau sup bertebaran di bilik itu. Segera membuatkan Johan disapa rasa lapar. Semenjak tengah hari semalam dia tidak makan.

Wanita itu bangun untuk mencuci tangan. Betapa dia bersyukur. Kesakitan yang ada tidak membuatkan suaminya tidak berselera makan. Terpaksa disuapkan memandangkan tangan sebelah kanan Johan mengalami retak pada tulang.

Usai makan, Johan meminta untuk bangun. Dia mahu ke bilik air. Namun ketika berdiri, dia merasakan sukar untuk berjalan lurus. Dia hampir mahu terjatuh, memaksa Lyn memapah lelaki itu ke tandas.

"Something is wrong," ucap Johan.

"Keadaan ni akan pulih dengan sendiri. Jangan risau, abang." Walaupun dia juga risau, Lyn sekadar memujuk hatinya. Dia yakin Johan akan pulih juga.

Johan diam. Petang semalam dia ada bercakap

"Keadaan ni akan pulih dengan sendiri. Jangan risau, abang." Walaupun dia juga risau, Lyn sekadar memujuk hatinya. Dia yakin Johan akan pulih juga.

Johan diam. Petang semalam dia ada bercakap dengan pakar saraf. Doktor itu menjelaskan beberapa keadaan yang perlu dilihat sekiranya berlaku; perlu dilaporkan kepada doktor. Setakat yang mereka tahu, tiada mana-mana fungsi tubuhnya menurun melainkan pandangan matanya sedikit kabur. Namun ada satu lagi anggota yang belum dilihat apakah fungsinya masih elok. Walaupun doktor tidak bertanya tentang itu, sudah tentu dia risau.

Setiba di dalam bilik air, Johan terus menyelak uniform pesakitnya tanpa segan silu. Terkedu Lyn melihat gelagat sang suami.

"Syukurlah masih hidup," ucap Johan penuh kelegaan.

"Tak senonoh betullah abang ni!" gerutu Lyn sebelum dia ketawa.

"Ini yang paling penting," jawab Johan lantas menoleh ke arah isterinya.

Lyn menggelengkan kepala berkali-kali dengan gelagat Johan. Risau benar kut-kut dia mengalami masalah mati pucuk!

"Kalau tak hidup dah benda ni, bukan setakat abang aja yang merana, Lyn pun berputih mata nanti," ujar Johan lagi. Bicaranya lekas sahaja dihadiahkan dengan cubitan oleh sang isteri.

Selesai membuang air kecil, Johan kembali ke katil. Sekadar duduk di birai katil. Pinggangnya lenguh dek berbaring terlalu lama. Dia mahu berjalan-jalan.

Tengah hari itu Puan Sri Sakinah hadir bersama suami dan cucu-cucunya. Bukan main galak lagi Dina dan Dani sebaik sahaja terlihat Johan. Rindu macam dah bertahun tidak bertemu.

"Kenapa daddy kena duduk sini?" tanya Dina.

"Kan mummy dah cakap semalam, daddy sakit. Daddy accident. Jadi daddy kena duduk sini dengan doktor," ujar Lyn lembut.

"Bila daddy nak balik?"

"Esok lusa daddy baliklah. Bila daddy dah sihat," jawab Johan pula.

"I miss you, daddy." Anak itu terus memeluk Johan erat-erat. Takut benar sang daddy pergi jauh daripadanya.

"I miss you too, sweetheart," balas Johan lirih. Kepala anaknya itu dikucup berkali-kali.

Tersenyum Tan Sri Muzaffar dan Puan Sri Sakinah melihat keluarga ini kembali harmoni. Tiada apa lagi yang mereka mahukan, inilah dia. Semoga pada masa depan tiada lagi dugaan yang membuatkan keluarga ini terpisah jauh.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now