Part 87

1.6K 27 2
                                    

"Daddy...."

Johan menoleh kepada anak-anaknya.

"Hei! Jangan berdiri di situ! Adik tu, Dani!!!" tegah si ayah lantas bercekak pinggang. Anak-anaknya seronok benar berdiri di bahagian pagar yang terbuka, menghadap ke arah hutan di belakang rumah itu.

Terkedek-kedek tiga beradik itu menjauhi kawasan itu.

"Kan daddy dah kata situ bahaya, tak faham ya? Daddy tengah busy ni," ucap Johan kepada dua anak perempuannya itu.

Dani dan Dina buat muka selabin.

"Pergi masuk sana!"

Zairyl berkeras menarik tangannya sebaik sahaja diajak kakaknya masuk.

"Adik tak mahu masuklah, daddy."

"Main kat sana aja. Jangan pergi sana."

Ketika si daddy sibuk membetulkan pagar rumah itu, tiga beradik itu bermain di halaman yang lapang. Seronok berguling di atas rumput. Tidak lama kemudian, Lyn pula keluar. Sekadar mahu menjengah apa yang sedang dibuat oleh suaminya.

"Boleh siap hari ini ke, bang?"

"Kalau tak hujan." Lelaki itu menjawab perlahan.

Risaukan keselamatan anak-anaknya jika blok bata tidak dinaikkan segera. Lyn mula sibuk menjengah ke luar. Kawasan belakang rumah itu masih hijau dengan belukar tebal.

"Abang nak masuk sekejap." Johan bangun semula lalu berjalan ke arah pintu dapur rumah mereka. Selesai urusan di tandas, dia singgah meneguk air sejuk di dapur. Namun tiba-tiba dia terdengar bunyi kecoh di belakang itu. Baru dia menjengah, anak-anaknya sudah muncul dalam ketakutan. Dan dia terdengar isterinya memekik di halaman belakang itu.

"Abang!!! Tolong!!! Ada binatang!!! Abang!!!" Lyn berlari tidak tentu arah di halaman itu kerana dikejar haiwan bertanduk seperti kambing.

Bertempiaran Johan mendapatkan isterinya.

"Lyn!!!"

Johan serta merta menerpa ke halaman itu.

"Syuh!!! Syuh!!! Haip!!!" Johan menjerit cuba menghalau binatang itu daripada mengejar isterinya. Tetapi tidak sempat dia hendak melakukan apa-apa, haiwan itu sudah menanduk Lyn dari belakang sehingga Lyn tersungkur sebelum haiwan itu melarikan diri melalui pagar yang bolong.

"Abang..." Mengongoi Lyn di atas rumput tebal itu.

"Sakit ke sayang?" tanya Johan setelah mendapatkan isterinya. Wajah Lyn masih pucat akibat ketakutan.

"Apa benda tadi tu?" tanya Lyn.

"Rusa liar," jawab Johan sambil memandang sekeliling. Bimbang datang semula haiwan itu.

"Rusa???"

"Sakit tak dia tanduk sayang tadi?" tanya Johan. Daripada kerisauan mula rasa nak tergelak.

"Sakitlah!"

"Isteri abang kena tanduk dengan rusa...."

Lyn terus memandang suaminya.

"Don't you dare laugh at me! Don't you dare! Ini semua salah abang! Memalukan betul!" tegas Lyn. Berbanding sakit, dia lebih risaukan anak-anaknya menyaksikan peristiwa aneh lagi memalukan tadi. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia merasa punggungnya ditanduk rusa!

"Abang tak gelak pun. Nasiblah tak apa-apa," ujar Johan sambil membantu isterinya bangun. Namun Lyn masih memegang pinggang tanda kesakitannya tetap ada.

"Nak pergi klinik tak?" tanya sang suami lembut.

"Tak payah! Nak cakap apa kat doktor nanti? Kena tanduk rusa?" rengus Lyn. Setelah punggung masih terasa sakit dihentam tanduk rusa itu. Mujurlah tidak tembus!

Johan tunduk menekan tangan di kedua-dua lututnya. Bahunya bergegar menahan gelak yang hendak terkeluar.

"Gelaklah tu!" Lyn menjeling suaminya.

"Sorry, sayang. Abang tak berniat nak ketawa. Tapi tadi tu memang lucu."

Johan memandang ke arah puncak bukit sana. Sedang ditarah oleh pihak tertentu. Entah untuk tujuan pembinaan lebih raya mungkin. Segala macam haiwan yang ada di sana sudah mula datang ke kawasan ini. Menakutkan. Hari ini rusa yang datang. Buatnya esok lusa haiwan liar yang berbahaya, bagaimana dengan keselamatan anak-anaknya?

"Bukan ke itu state forest reserve? Tak boleh diusik," ucap Lyn setelah ikut memandang ke arah apa yang dipandang suaminya.

"Sepatutnya." Johan menjawab perlahan. Sudahlah kawasan ini berada benar-benar di pinggir kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak. Kurang penduduk di kawasan ini. Sekarang mereka berhadapan dengan ancaman haiwan liar pula. Apa yang harus dibuatnya?

"Abang nak sambung kerja," ucap Johan.

"Panggil ajalah orang baiki tu, bang. Bahayalah." rungut Lyn sebelum dia berlalu ke arah rumah.

Johan menghela nafas panjang. Sudah petang, bermakna kerjanya terpaksa disambung esok. Jadi dia bersetuju dengan cadangan isterinya agar mengupah sahaja orang untuk memperbetulkan pagar halaman belakang rumah mereka.

Lyn mengajak anak-anaknya bermain di halaman hadapan rumah pula. Sambil mendukung anak kecilnya, dia memerhatikan anak-anak yang lain bermain. Zairyl sudah mula menolak basikal lajak miliknya.

Tetapi kemudian dia terdengar bunyi bising di dalam rumah. Diikuti bunyi kaca pecah.

"Abang!" panggil Lyn lantas pergi ke pintu utama. Berdentum bunyi sesuatu melanggar pintu gelangsar kaca.

"Abang, apa tu???" jerit Lyn. Mikayla dipeluk erat. Riuh-rendah di dalam rumah menakutkannya. Dari pintu utama itu dia terlihat suaminya berlari di celahan sofa.

"Jangan masuk! Jangan masuk! Ada binatang!" ucap Johan meninggi.

Lyn segera mendapatkan anak-anaknya. Ketiga-tiganya di minta pergi ke luar pagar.

"Mummy takutnya," keluh Dina.

"Pegang adik! Duduk sini. Jangan masuk!" tegas Lyn. Tidak sanggup membiarkan suaminya bersendirian di dalam rumah. Risau dan takut.

Ketika dia mendekati pintu utama, masih terdapat bunyi bising itu. Johan tiba-tiba berlari keluar. Sempat menarik isterinya agar menjauhi rumah.

"Jangan dekat! Dia takut tu? ucap Johan. Rusa tadi tidak jumpa pintu keluar dan haiwan itu telah cedera.

"Rumah apa macam ni? Binatang liar pun masuk rumah!" marah Lyn.

"Manalah abang tahu. Bukan abang yang ajak dia masuk. Habis diterajangnya abang," rungut Johan. Konon hendak cuba menjinakkan rusa itu, dia pula yang mendapat habuan. Tidak sempat hendak mencapai telefon untuk meminta bantuan.

Setelah suasana mula sunyi, mereka berdua terhendap-hendap ke dalam. Tiada lagi kelibat binatang liar itu. Johan segera mencapai telefon. Apa jadi sekalipun, binatang itu perlu ditangkap segera!

Curangla Lagi Where stories live. Discover now