Part 72

1.3K 29 1
                                    

Berbulan madu hanya untuk 7 hari 6 malam. Mereka pulang ke Kuala Lumpur demi anak-anak. Tidak betah meninggalkan anak-anak lebih lama daripada itu.

"Romantik tak honeymoon?" tanya Ariana malam itu.

Seharian ini puas Lyn melayan kerinduan anak-anaknya. Sakan masing-masing menerima hadiah. Ariana turut menerima upah kerana sudi menjaga anak-anak buahnya. Johan telah membelikan Ariana sehelai gaun persalinan untuk hari perkahwinan adiknya itu nanti.

"Best. Lepas kahwin nanti ajaklah Harry pergi honeymoon kat sana. Recommended!" balas Lyn.

"Alah... lambat lagi nak kahwin."

"Apa lambatnya? Tahun depan, kan?" jawab Lyn.

"Akak hadiahkan pakej bulan madu, baru Ary ajak Harry pergi. Ermm... apa aja acara penting kat sana? Takde apa-apa suprise ke?" Ariana menyeringai. Sibuk hendak korek rahsia.

"Mana boleh beritahu. Nanti you all tiru," jawab Lyn lantas ketawa.

"Mesti Abang Johan nyanyi untuk akak, kan?"

"Alah... tahu ajalah dia ni," gerutu Lyn dengan senyum lebar.

"Really? Ary teka rambang aja. Betul ke?" Membesar bola mata Ariana tanda teruja.

"Sikitlah."

"Alah....ceritalah," pujuk Ariana kian teruja.

"Dia ajak pergi The Duomo Roof. Tengok sunset. Tengok view city dari the top roof. Cantik. Macam biasalah, ramai couple kat sana. Ada macam penyanyi jalanan dengan gitar. Selamba badak aja dia minta mamat tu nyanyikan lagi untuk akak." Lyn tersenyum saat meluahkan kisah itu. Sungguh indah. Sangkanya semua itu sudah dirancang Johan, tetapi rupanya idea itu datang spontan apabila suaminya itu ternampak penyanyi jalanan di situ.

"Waduh.... waduh.... skil memikat masih tajam lagilah tu. Mamat Italian tu nyanyi lagu apa?"

"This I promise you."

"Oh....English songs. Ingat lagu Itali ke apa."

"Yang tak tahannya.... dia menyanyi kat situ, ramai orang tengok. Semua orang datang tengok kami. Ada satu couple ni datang sambil pegang bunga. Bunga tu dia hadiahkan kat akak. Dia kata bunga tak ada, jadi dia sedekah bunga dia. Konon tak lengkap kalau tak ada bunga. Malu akak, Ary. Ambil jugalah walaupun segan. Dapatlah mamat Italian tu 100 Euro. Upah nyanyi. Senyum sampai telinga dia."

Ariana tersenyum ceria mendengarkan itu. Jelas di matanya kakak iparnya ini sedang menikmati kegembiraannya. Itulah yang diharapkan sangat ketika dia membawa kisah kecurangan abangnya lebih setahun dulu.

"I love him," ucap Lyn perlahan. Senyumannya menghilang saat dia terkenangkan Johan. Dia tahu suaminya mencuba sedaya upaya untuk membahagiakannya; menjaga hatinya. Sungguh dia terharu.

"Let him know," balas Ariana lembut.

Lyn mengangkat pandangan kepada adik iparnya itu.

"But life can be so cruel," ujar Lyn perlahan.

Ariana mencapai jemari Lyn. Jemari itu digenggam lembut.

"Takdir tak selalu sama. Abang Johan pun dah tak macam dulu lagi," ucap Ariana perlahan.

Lyn menghela nafas panjang. Malas hendak berfikir terlalu jauh. Nikmati saja masa yang ada sebaik mungkin. Nescaya dia akan bahagia juga nanti.

"Ary percaya Abang Johan ikhlas dengan apa yang dia buat. Dia nak bahagiakan akak. Akak berhak terima semua tu," ucap Ariana tatkala Lyn hanya berdiam.

"Akak hargai apa yang dia buat, Ary. Akak happy. Happy sangat-sangat. Anak-anak akak pun dah tak macam dulu. Takde apa lagi akak nak," balas Lyn perlahan.

"I'm happy for you," ucap Ariana dengan senyum lebar.

"Thank you." Lyn membalasnya dengan senyum mekar. Dia tahu, di samping usaha untuk mengembalikan kelurga ini, doa orang sekeliling juga bermakna buatnya. Dia bersyukur, ramai yang sayang kepada mereka.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now