Part 23

1.4K 36 4
                                    

Teresak-esak menangis, duduk meratapi nasib diri.... itu tidak langsung dalam senarai rancangan Lyn. Tidak! Betapa dia merasakan rugi membazirkan air matanya demi lelaki yang sudah tidak punya hati kepadanya. Lumrah hidup, setiap yang indah dan manis ini bila-bila saja akan hilang serinya suatunya masa nanti. Namun dalam pada diri telah kehilangan jiwa akibat kelukaan ini, dia tetap harus meneruskan hidup; mempamerkan senyuman buat anak-anaknya.

Pulang ke rumah petang itu, Lyn melayan anak-anak seperti tiada apa yang berlaku. Anak-anak juga tetap gembira seperti selalu. Seperti yang dijangkanya, Johan juga pulang tidak lama selepas itu. Serta-merta lelaki itu mahu menerpa ke arahnya, seolah-olah mahu sujud di kaki Lyn. Namun Lyn bingkas bangun.

"You jaga anak, I nak keluar malam ni. You beritahu orang lain I abaikan you, kan? Sekarang I makbulkan apa yang you cakap!" ucap Lyn macam orang tidak berperasaan.

"Lyn.... nanti dulu, sayang. Abang minta maaf," rayu Johan sebelum dia bangkit mengekori isterinya.

"I tak mahu dengar atau pujuk rayu sekarang. I tiada mood. I cuma nak rasa kehidupan I macam waktu I anak dara dulu," ujar Lyn selamba sambil mendaki tangga.

"Lyn, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Please?" Spontan jemari isterinya dicapai. Wanita itu ditarik ke arahnya.

"Abang minta maaf, sayang. Abang tak bermaksud...."

"I dah tahu apa you nak cakap. Tak perlu teruskan lagi. I dah tak kuasa nak dengar alasan tak berniat, tak bermaksud dan segala yang lebih kurang itu. Tolong.... maaf you buat I bertambah benci."

"You need to listen to me!"

"Dah berapa lama kita tak bercakap? You sibuk dengan perempuan lain. Sekarang you boleh pergi pada dia! I dah tak perlukan you lagi!" bentak Lyn dalam nada meninggi.

Johan terpaku memandang riak menyinga isterinya.

"You sebut nak anak, kan? I tak boleh lupa you ugut I nak kahwin lain sebab I tak mampu nak tunaikan kehendak you. You tahu betapa terhirisnya hati I waktu tu? Tapi I lupakan sebab I sayang you sangat-sangat, Johan! Tapi..." Lyn tidak jadi hendak meneruskan bicara. Dia mahu menangis. Tidak, dia tidak mahu menangis!

"I tak mampu jadi isteri macam yang you nak. So, please go on, Johan." Lyn terus berpaling untuk masuk ke bilik.

Johan ikut menyerbu masuk. Terlupa anak-anaknya berada di bawah sana.

"Abang akan putuskan hubungan dengan dia."

"Why? I tak larang pun you nak berskandal dengan dia. You rasa I macam perempuan lain? I akan terkinja-kinja berebut suami? No way!" Lyn ketawa kecil sambil menjongketkan bahunya.

"Really?" Johan terpaku memandang isterinya.

"You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now, I don't care."

"Lyn, jangan macam ni. Abang buat silap. Abang mengaku, sayang. Abang akan lupakan dia."

"Lupakan macam tu saja selepas you ambil duit simpanan I daripada bank? Hutang you dah cecah 1 juta. Eh! I tak akan benarkan you lupakan dia macam tu saja, Johan. No! No! No! Lyn ketawa kecil.

"Lyn...."

"Shttt.... I tak ada banyak masa sekarang. I nak keluar dengan Jocker. By the way...." Lyn berlalu ke arah wardrobe, namun kemudian dia kembali memandang suaminya."Jangan tunggu I. Belum tentu I nak balik malam ni."

Johan lekas mendekati isterinya. Nama Jocker itu sudah cukup untuk membuatkan dia tercabar. Bukannya dia tidak tahu betapa miangnya lelaki Arab itu. Pantas lengan isterinya dicekup kasar sehingga wanita itu terdorong ke arahnya.

"What the hell!" Belum sempat Lyn menghabiskan bicara, tubuhnya dipeluk Johan. Lelaki itu nekad mencumbui bibirnya.

Ironisnya, apa yang disangka Johan tidak berlaku. Lyn tidak melawan atau memberontak. Malah sang isteri memeluk lehernya mesra.

"Lyn, please forgive me," bisik lelaki itu setelah meleraikan kucupannya.

"No!" Lyn menggeleng sambil melepaskan pautannya.

"I tak izinkan you keluar. Don't go!" jerit Johan mula kalut melihat isterinya mencapai gaun hitam yang paling disukainya itu. Baju itu dirampasnya semula.

Wanita itu memandang Johan agak lama. Sungguh daripada marah, hatinya kini sarat oleh rasa benci.

"Jangan buat I jadi benci, Johan. You tak pernah belajar daripada kesilapan dulu. You tekan I dalam keadaan I tak mampu. Sikap mementingkan diri sendiri yang ada dalam diri you semenjak dulu memang tak pernah berubah. You rasa, I mampu gantikan suami semudah itu???"

"Abang dah silap, sayang."

"You boleh habiskan sepanjang malam ni untuk mengaku salah. I tetap akan keluar. Jangan guna kuasa sebagai suami pada I sekarang, Johan. Sebab dah tak laku!" ucap Lyn selamba. Seterusnya dia mencapai gaun lain pula.

"Lyn...." Johan cuba mengambil gaun itu, tetapi tubuhnya ditolak.

"Back off!" ucap Lyn tajam.

"Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang..."

"You nak rumah tangga ni jadi macam ni, kan? Let's enjiy the moment." Lyn berpaling ke kamar mandi. Tidak kuasa mahu menghadap lelaki itu.

Johan di depan pintu kamar mandi, asyik mengetuk pintu. Tidak sanggup membiarkan isterinya keluar dengan lelaki lain. Dia tahu wanita itu masih mampu menarik perhatian ramai lelaki biarpun anak sudah 3.

Tidak lama kemudian, pintu kamar mandi itu terbuka semula. Lyn keluar tanpa memandang lelaki itu.

"Lyn... tolonglah...."

Lyn hanya berdiam sebelum dia menayang tubuh di hadapan cermin. Tanpa memperdulikan lelaki itu, dia menghias wajah pula.

Johan mendekati isterinya itu. Bahu sang isteri disentuhnya.

"Abang masih suami Lyn. Tolong jangan buat abang macam ni," rayu Johan.

"Sebelum ini I masih isteri you juga, Johan. You tak peduli apa yang I rasa."

"Takkan selesai masalah ni kalau Lyn buat macam ni."

"Siapa kata I nak selesaikan masalah ni? I nak masalah ni kekal sepertimana yang ada, Johan."

"Apa yang patut abang cakap lagi? Abang akan lupakan dia, Lyn. Abang janji."

Lyn hanya diam. Terus juga menyolek wajahnya biarpun dirayu-rayu oleh lelaki itu. Setelah itu dia berpaling ke arah suaminya semula.

"You jaga anak pula ya? Tidurkan anak kecik you tu. Lepas tu duduk atas katil tu, tunggu I balik. Boleh?" ucap Lyn lembut.

Johan tidak terkata lagi. Dia tahu pujukannya tidak laku lagi jika hati isterinya sudah bulat.

Setelah mencapai tas tangannya, Lyn memandang suaminya semula.

"Sekarang you akan kenal I siapa. Curangla lagi!" ucap Lyn sinis.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now