Part 73

1.4K 34 3
                                    

Seperti belangkas! Sepasang suami isteri itu kelihatan akrab semenjak pulang daripada bulan madu. Tidak pernah lepas daripada perhatian mata-mata orang. Namun Johan dan Lyn tidak pernah ambil pusing kutuk kata orang terhadap mereka.

Baru saja memulakan kerja di pejabat, Lyn mengalami kekejangan pada bahagian perutnya setelah semenjak pagi tadi dia mengalami rasa tidak selesa di situ.

"Alamak.... kenapa ni?" ucapnya sambil mengusap perut. Malah semenjak semalam organ hadapan tubuhnya terasa nyeri semacam

Ketika berurusan di tandas, dia terlihat beberapa titis darah sedangkan tarikh seharusnya dia datang bulan masih bersisa beberapa hari lagi. Tidak pernah terjadi sesuatu seperti ini kepadanya. Tetapi rasa nyeri pada bahagian hadapan tubuhnya itu lekas membuatkan dia mengagak yang dia hamil. Apatah lagi semenjak pagi tadi kerap benar dia hendak ke tandas.

Setelah kembali ke mejanya, Lyn mencapai telefon. Namun telefon itu diletakkan semula.

'Kalau aku tak pregnant, sia-sia aku beri harapan pada dia,' bisik hati Lyn. Sudahnya dia memutuskan untuk membuat pengesahan sendiri terlebih dahulu sebelum memberitahu Johan tentang itu.

Ketika waktu makan tengah hari, suasana jadi agak sibuk di hadapan lif. Salah sebuah lif tidak dapat digunakan kerana ada kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di situ. Lyn memilih untuk menunggu di pejabat sehinggalah kawasan itu tidak sesak. Lagipun suaminya entah di mana.

Tidak lama kemudian, Johan muncul di bilik kerja isterinya. Dia terpandangkan isterinya tertunduk-tunduk memegang perut.

"Kenapa ni, sayang?"

"Entahlah. Perut ni dah dua kali cramp," luah Lyn.

"Sakit?"

"Tak selesa."

Johan berdiri memerhatikan isterinya. Tidak tahu apa yang hendak dibuat untuk meredakan keadaan itu.

"Macam mana boleh cramp? Selalu ke jadi macam ni?" tanya Johan lantas bercangkung di tepi kerusi isterinya.

Lyn tidak terus menjawab. Puas diusap-usap perutnya agar ketegangan itu reda segera. Sekarang dia yakin ini tanda kehamilan.

"Pregnant kut," ucap Lyn lantas memandang Johan.

"Really?" Mula membesar kelopak mata sang suami.

"Lyn agak aja. Lyn belum period lagi."

Johan memandang isterinya dengan riak teruja. Kalau benar, syukurlah!

"Nak pergi klinik?"

"Lyn nak makan dulu. Perut ni macam masuk angin. Tak selesa," jawab Lyn perlahan. Dia boleh memeriksa sendiri di rumah nanti. Tidak perlu sampai ke klinik.

"Ramai staf kat depan lif tu."

Lyn mendecit sedikit. Dia tidak suka berebut. Sesak kepalanya melihat kawasan hadapan lif itu yang penuh dengan barang-barang pembinaan. Bunyi juga agak bising semenjak tadi.

"Tunggulah kejap. Malas nak berebut kat situ."

"Abang belikan makanan dari bawah. Kita makan kat atas nak?" cadang Johan.

"Tak payahlah. Lambat nanti."

Berkali-kali Johan menjengah. Kelihatan laluan ke biliknya sudah lengang. Bermakna ruangan hadapan lif itu sudah tidak sesesak tadi.

"Jom? Dah tak ramai," ajak Johan segera.

Tetapi ketika mereka sampai di situ, masih ada kakitangan sedang menunggu lif. Mereka yang paling belakang. Secara tidak sengaja, Johan ternampak kelibat Syiha berada betul-betul di hadapan pintu lif.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now