Part 21

1.5K 30 4
                                    

Sepulang Johan dari bilik kakaknya, dia dihampiri oleh Syiha ketika dia sampai di hadapan biliknya. Eloklah pun. Senangla dia berterus terang saja.

"Abang ada perkara nak cakap dengan Syiha. Masuk bilik abang sekejap," pinta Johan perlahan sahaja. Tiada mood dia mahu melayan senyuman manja wanita itu saat jiwanya sedang merusuh begini.

Syiha akur. Johan duduk di kerusinya dan Syiha diminta duduk di hadapannya.

Buat seketika Johan meraup wajah.

"Kenapa? Muka abang nampak semacam aja?" soal Syiha lembut.

"Abang nak Syiha tahu tentang sesuatu."

"Apa dia?" sambut Syiha pantas.

"GM baru tu, Syiha kenal dia?" soal Johan lembut.

Syiha lantas menggeleng.

"Syiha tak kenal dia. Cantik dia, kan? Abang kenal dia ke sebelum ni?" balas Syiha tanpa sebarang syak wasangka.

Johan mengeluh perlahan mendengar komen Syiha mengenai isterinya. Kalau Syiha sendiri merasakan isterinya cantik, mengapa dia perlu mempersiakan isterinya itu?

"Syiha, yang Syiha kata cantik tu sebenarnya isteri abang," ucap Johan enggan bertangguh lagi.

Serta merta berubah wajah Syiha mendengar penjelasan pendek Johan itu. Isteri? Syiha menelan liurnya seketika. Perasaannya mula berubah rentak. Buat apa isteri Johan di sini? Mengapa dia tidak tahu yang isteri Johan akan mengambil alih jawatan GM itu daripada Encik Mansur? Eh! Mengapa pula jawatan isteri Johan lebih tinggi daripada jawatan yang dipegang oleh Johan sendiri?

"Syiha dengar tak apa yang abang kata tadi?"

"Syiha dengar. Apa yang Syiha kata pasal dia tadi Syiha tarik balik!" desisnya tajam.

Kali ini wajah Johan pula yang berubah. Reaksi Syiha pada awalnya kini sudah tidak senada dengan reaksinya kini.

"Abang tahu Syiha mesti tak senang sebab dia ada kat sini. Tapi abang nak ingatkan Syiha, jangan sesekali Syiha cari pasal dengan dia."

"Kenapa abang cakap macam tu?"

"Ikut aja apa yang abang cakap. Abang nak Syiha buat kerja Syiha baik-baik kalau Syiha tak mahu ada masalah dengan dia. Kita tak boleh selalu dilihat berdua."

"Dia isteri abang, tapi kenapa jawatan dia lebih tinggi daripada abang? Bukan ke sepatutnya abang yang duduk kerusi GM, sebab abang anak lelaki tunggal Tan Sri."

"Ada sebabnya. Lebih baik Syiha tak tahu."

"Syiha tetap nak tahu!"

"Dia ahli lembaga pengarah syarikat non-executive sebelum ni. Tugas dia hanya hadir AGM saja. Antara abang dengan dia, dia pegang kuasa lebih besar. Dia memegang saham lebih besar. Daddy abang beri kepercayaan kepada dia, sebab dia memang bijak dalam business. Atas sebab-sebab tertentu, daddy abang memindahkan sebahagian saham syarikat miliknya ke atas nama Lyn. Itu menjadikan dia kaya selepas kahwin dengan abang."

Syiha terpaku memandang Johan. Perasaannya semakin tidak enak. Apakah segala kemewahan milik Johan sebenarnya dikawal oleh isterinya itu? Dia masih tidak faham. Apakah jika dia berkahwin dengan Johan nanti dia juga akan dihadiahkan dengan saham syarikat?

Wah! Itu sesuatu yang tidak dijangkanya! Jika dapat mengahwini Johan, dia sekali gus dapat melengkapkan visi hidupnya iaitu memiliki kemudahan dalam hidup tanpa perlu bertatih-tatih membina hidup di KL ini seperti orang lain dan mendapat suami yang tampan, sasa dan romantis.

"Syiha, abang nak Syiha berhati-hati dengan segala tindakan Syiha dalam syarikat ni. Lyn... dia nampak lembut. Tapi bila dia dah sakit hati, dia boleh berubah menjadi orang tak berperasaan. Dia bijak dan lantang bila meluahkan apa-apa yang dia tak suka. Lagipun dia dah tahu pasal kita," pesan Johan lagi.

"Tapi abang kan ada? Abang takkan benarkan dia apa-apakan Syiha, kan?" balas Syiha sambil memandang tepat buah hatinya itu.

"Bukan selamanya abang ada di dalam pejabat ini, Syiha. Abang tak boleh nak kawal keadaan ni sepanjang masa. Di pejabat ni hubungan abang dengan dia adalah sebagai Vice GM dengan GM. Lagipun dalam soal kerja Syiha, abang tak boleh nak masuk campur. Abang tak ada kuasa," jelas Johan.

Syiha terdiam memandang Johan. Mendengar penjelasan Johan itu dia semakin yakin dengan hidup Johan dikawal sepenuhnya oleh wanita itu. Patutlah Johan berubah hati lalu mencarinya. Tidak mengapa, Syiha yakin Johan akan terus mempertahankan dirinya dan dia juga tidak akan berhenti berusaha agar cinta Johan kepadanya terus kukuh berdiri.

Dia tidak akan mengalah!

Curangla Lagi Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora