Part 66

1.6K 35 0
                                    

Kebelakangan ini mereka sering pergi dan pulang kerja bersama. Hari itu mahu tidak mahu Lyn terpaksa menunggu di pejabat kerana suaminya masih belum dapat pulang. Dia juga ikut menyudahkan kerja di biliknya. Tetapi tidak lama kemudian dia pergi ke bilik kerja Johan.

"Abang, lama lagi ke?" tanya Lyn.

"Sikit lagi, yang. Kenapa?"

"Tak ada apa. Laparlah," jawab Lyn lantas masuk ke bilik itu. Dia berdiri di sebelah suaminya. Sekadar mahu melihat apa yang dibuat oleh suaminya itu.

"Ni projek mana?" tanya Lyn. Sempat mengalihkan dokumen tebal yang menindih kertas A1 itu.

"Sungai Buloh." Johan membuka laci lalu mengeluarkan sebongkah coklat.

"Aik? Semenjak bila pulak suka makan coklat ni?"

"Abang beli untuk Lyn. Tak sempat nak bagi kat rumah. Dah lapar. Sebat aja dulu. Lepas ni kita pergi makan," ujar Johan tanpa memandang isterinya.

Lyn mengerutkan kening sambil menyambut huluran itu. Tidak faham maksud suaminya tadi. Dia duduk di hadapan meja Johan sambil membaham coklat itu. Kenyangnya tidak, namun pedih perutnya hilang.

"Jom?" Tiba-tiba Johan kembali bersuara. Kerjanya sudah selesai.

Lyn terus bangun mengekori suaminya.

"Nak makan kat mana?" tanya Johan.

"Ikut abanglah."

Johan terus memandu keretanya ke restoran yang sempat difikirkan. Setiba di situ, Lyn memandang sekeliling. Tidak pernah makan di situ.

"Macam mana abang tahu restoran ni?" tanya Lyn. Mulalah otaknya merangka prasangka. Agaknya Johan pernah datang ke sini bersama Syiha.

"Abang pernah datang sebelum ni. Sedap juga makanan di sini."

"Dengan perempuan tu ke?" tanya Lyn mula tidak puas hati.

Langkah Johan terhenti sebelum sempat masuk ke restoran itu.

"Kata tadi lapar? Jomlah."

"Tak nak! Lebih baik lapar daripada makan kat sini! Nak mengimbas kenangan lalu ke?" tegas Lyn. Muka sudah berubah lain macam.

"Abang bawa ke sini sebab dekat dengan ofis. Janganlah fikir yang bukan-bukan."

"Nak balik!"

Mengucap panjang Johan dibuat wanita seorang ini.

"Okeylah, kita pergi tempat lain ya?"

"Tak nak! Nak balik."

"Nanti sakit perut, lambat makan," tekan Johan cuba memujuk.

"Lyn nak balik! Abang tak faham ke???"

Johan menggaru kepalanya.

"Yalah, abang bungkus makanan dulu ya?"

Lyn tidak menjawab. Menonong kembali ke kereta. Hati mula berdenyut sakit semula.

Johan memandu ke restoran lain. Dalam keadaan mood isterinya tidak baik, terpaksalah dia memesan makanan untuk dibawa pulang.

Tidak cukup mencuka, makanan yang dibeli suaminya tidak mahu disentuh. Terpaksalah Johan meletakkan sendiri makanan yang telah siap dibungkus di tempat duduk belakang.

"Yang..." panggil Johan.

Lyn menepis sentuhan suaminya.

"Janganlah macam ni."

"Soalan tadi abang tak jawab pun!"

"Soalan apa?"

"Macam mana abang tahu restoran tu? Abang pernah bawa dia ke situ ke?" tekan Lyn sedikit kasar. Meluap-luap rasa hendak tahunya.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now