Part 69

1.4K 28 0
                                    

Petang itu Ariana tiba di rumah itu bersama satu sangkar besar. Terlopong Lyn melihat 3 ekor anak kucing bersama si ibu dan si bapa yang dibawa oleh adik iparnya itu. Memang comel dan gebu. Tetapi kenapa terlalu banyak?

"Banyaknya, sampai 5 ekor! Siapa nak bela ni???" tukas Lyn tidak puas hati.

"Tak tahu. Tanya Abang Johan."

"Siapa punya idea ni?" tanya Lyn mula geram dengan suaminya.

"Your husband itulah. Ni kucing kawan dia. Kawan dia nak fly ke China. So, dia minta adopt kucing ni," jawab Ariana lantas ketawa kecil.

"Satu famili?"

"Satu famili. Sepasang jantan betina. Yang kecik tu anak-anak dia. Kawan dia bagi free, tapi dengan syarat kena adopt semua sekali. Sebelum ni Abang Johan ada tanya anak kucing kat kedai. Harga ribu riban. Tak jadi dia nak beli." Ariana ketawa kecil.

Lyn memandang ke arah lelaki seorang itu. 'Sedap aja dia ambil kucing orang letak di rumah ni!'

"Jangan risau, kucing ni semua toilet trained," ucap Ariana lantas menepuk bahu kakak iparnya. Sedar yang anak-anak buahnya semuanya sukakan haiwan. Termasuklah Zairyl; seperti mana saat ini, kucing itu dicekiknya lalu dibawa ke mana sahaja. Kononnya macam sedang mendukung kucing.

"Matilah kucing tu, nak oi! Hadoi... macam ni nak bela kucing? Alamatnya pendeklah nyawa kucing tu," gerutu Lyn mula pening dengan gelagat anak-anaknya. Segera dia mendapatkan kucing itu daripada anaknya.

"Awak tu kecik lagi. Kucing ni besar daripada awak. Hee... tak tenteram ke hidup tu kalau tak bagi mummy ni pening? Like father like son betullah!" Lyn berleter sambil kucing itu dimasukkan semula ke dalam sangkar.

Oleh kerana sangkar yang dibuat si daddy belum siap, terpaksalah haiwan itu dibiarkan di dalam rumah. Anak-anak memang cukup suka dengan kehadiran haiwan itu. Riang melihat anak-anak kucing itu berkeliaran di dalam rumah. Sudah pandai menyesuaikan diri.

"Ha....barulah ceria sikit rumah bila dah ada pets," ucap Johan setelah selesai kerjanya.

"Dani.... Dina.... letak kucing tu kat luar," suruh Lyn kepada anak-anak perempuannya. Segera dia mencari anak lelakinya. Zairyl sedang duduk mengerjakan beg tangan si ibu.

"Mandi jom, sayang?" ajak Lyn kepada anak kecilnya.

Zairyl menoleh sebelum dia mengangkat tangan lalu digoyangkan tanda tidak mahu. Sibuk benar nampaknya tu!

"Mandi lekas. Tak tahu apa dah rupa apa dengan bulu kucing kat muka. Hee... anak...anak!" gerutu Lyn lantas mencapai beg tangannya sebelum anaknya didukung. Tetapi beg tangannya terasa berat.

"Apa Aril letak dalam beg mummy ni?" Zairyl kembali diletakkan ke atas karpet. Pantas Lyn membuka zip beg tangan. Terkedu dia melihat isi di dalamnya. Anak kucing! Serta merta anak kucing itu melompat keluar.

Zairyl mula berleter marahkan si ibu kerana membiarkan kucing itu keluar dari beg itu.

"Alamatnya matilah kucing ni nanti. Sabar ajalah. Jangan esok aku sampai kat ofis, ada kucing dalam handbag aku dahlah," ucap Lyn sambil mengurut dada dengan perbuatan anak lelakinya itu.

Kata orang, haiwan belaan terapi yang baik untuk mengelakkan stres. Tetapi Lyn bertambah stres apabila anak lelakinya asyik hendak membelek kucing, sehinggakan ke malam. Masalahnya, haiwan itu sudah mula takut dengan anak kecilnya itu.

"Abang, tengoklah anak abang ni. Lyn dah penat dah ni. Dah malam pun dia sibuk gentel kucing lagi," keluh Lyn.

"Hero daddy ni bila nak tidur?" tegur Johan. Anak lelakinya segera diangkat untuk dibawa naik ke tingkat atas. Tetapi Zairyl meraung tidak rela.

"Sudah! Sudah! Kucing nak tidur. Aril pun kena tidur. Esok pulak main kucing," pujuk Johan

Pada mulanya Zairyl tetap berkeras mahu kehendaknya dituruti. Namun kemudian dia terlena dengan sendirinya di tengah katil ibu bapanya.

Lyn dan Johan turun semula ke bawah setelah anak-anak lena di kamar masing-masing. Tanpa anak-anaknya, Lyn pula sibuk membelek kucing itu.

"Macam tak suka. Tapi suka," tegur Johan kepada isterinya.

"Siapa cakap tak suka?" balas Lyn selamba. Kucing itu dibawa ke sofa lalu diletakkan di atas ribaannya.

"Jangan nanti sampai abang pun terabai dahlah," ucap Johan lantas meraih bahu sang isteri.

Lyn mula mengerling suaminya.

"Anak-anak dara abang dah boleh diharap, bolehlah bela kucing. Kalau tidak, jangan haraplah."

"Nanti kita ajarlah Dani dan Dina bersihkan sangkar kucing seminggu sekali. Hari-hari beri makan dan bersihkan tempat poo-poo dia. Itu lebih baik daripada anak-anak kita duduk tengok TV aja," ucap Johan sambil memandang kucing itu. Elok duduk di atas ribaan isterinya sambil diusap-usap oleh Lyn.

"Tengok? Kucing pun suka mummy. Abang dah buatkan pintu, nanti dia pandailah keluar masuk sendiri."

Lyn tersenyum sambil memandang kucing itu. Ada benar kata suaminya. Melalui haiwan ini mereka boleh mengerah anak-anak agar jadi ringan tulang. Belajar buat kerja yang wajib dibuat. Sekaligus mendisiplinkan mereka. Indahnya hidup jika mereka bijak mengaturkannya.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now