Part 22

1.5K 30 0
                                    

Syiha terkejut melihat kelibat wanita itu menghampiri mejanya. Dadanya terus berdegup kencang. Tidak terkawal rasa gentarnya melihat renungan tepat wanita itu ke arahnya.

"Tolong tinggalkan kami kat sini," ucap Lyn kepada Syafikah yang duduk bersebelahan dengan Syiha.

"Yes, ma'am..." balas Syafikah patuh. Selebihnya dia memang tidak mahu masuk campur dalam urusan dua wanita itu.

"Nama I, Lyn. You Syiha, kan?"

Syiha terus mengangguk sambil meneguk liur. Seram betul dia melihat gelagat serius wanita anggun itu.

"You kekasih Johan?" soal Lyn sedikit sinis.

Syiha tidak mampu menjawab. Bimbang dapat hadiah penampar nanti.

Lyn ketawa sinis.

"Takkanlah nak mengaku pulak, kan?" perli Lyn selamba.

"Nama I Azlyn Isabell. GM baru kat sini. Tapi bukan itu yang penting untuk you tahu. I adalah isteri kepada Ahmad Rafael Johan," jelas Lyn dalam nada serius.

"Kak, saya dengan abang Johan memang dah lama kawan."

"Puan Azlyn! I bukan madu you kat sini!" tegas Lyn. "Ewah! Besar kuasa kau nak panggil aku kakak. Kau ingat kau tu bini laki aku ke?' cemuh hatinya benci.

Syiha terkedu menelan air liur melihat ketegasan Lyn.

"Antara I dengan you, siapa yang lebih lama kenal Johan agaknya?"

"Puan..."

"Good! I nak ingatkan you, Syiha.... yang semua orang tahu sekarang, Ahmad Rafael Johan tu suami I. Tolong jaga sikit tingkah laku you dalam pejabat ni. Jangan terlalu bebas sangat memikat suami orang. Faham, kan?" ucap Lyn serius dan cukup tajam.

Syiha hanya terdaya mengangguk. Tiada kata-kata yang mampu diberikan kerana dia seperti sudah mahu terkencing melihat kegarangan Lyn.

"So, I nak you ingat juga yang I akan selalu ada di sini. You're understand my watch now. You pun tahu betapa dekatnya kita sekarang, kan?" ucap Lyn lagi sambil menuding ke arah Syiha dan dirinya.

"Tahu...."

"Good! Perkara pertama yang I nak you buat ialah..... I nak you bagi balik kad kredit yang suami I bagi pada you. Now!" tegas Lyn lantas menghulur tangannya. Macam ada kuasa besar sahaja dia saat ini. Peduli apa dia!

Syiha terkedu lagi. Itu memang sukar hendak dibuat kerana kad itu amatlah berharga.

"Tapi kad tu Abang Johan yang bagi pada saya, puan."

Lyn tersenyum seketika.

"You nampak macam I peduli ke?" balas Lyn lantas ketawa pula.

"Abang Johan cuma nak tolong Syiha selama ni. Syiha tiada niat nak buat dia sampai macam tu," balas Syiha agak rendah.

"You still don't get it, do you? You sebutlah apa-apa alasan sekalipun, I tak peduli. Cik Syiha, you tak perlu nak beri alasan untuk selamatkan diri you ataupun Johan. Lepas ni giliran dia. Nasib dia pun belum tahu lagi."

Syiha terkejut mendengar kata-kata berbaur ugutan isteri kepada kekasihnya itu.

"You know what?" Lyn menghela nafas perlahan sebelum dia duduk di sisi meja Syiha. Gadis itu dipandang dengan senyuman aneh.

"Ada seorang lelaki tu yang masih tak sedar hidup dia dah hampir musnah akibat perbuatan sendiri. Hutang dah mencecah 1 juta. I can't control him. Begitulah juga dia tidak mampu kawal apa yang I akan buat pada dia dan you. I seorang perempuan yang tak akan mengalah sebelum I puas hati. I buat apa sahaja. Nampak kejam, kan? I don't care walaupun satu dunia ni akan menyalahkan I dan labelkan I sebagai isteri derhaka," ujar Lyn.

Syiha terpaku memandang wanita itu. Seterusnya Lyn mengangkat punggung semula.

"Boleh I dapatkan kad kredit tu sekarang? All of it!" ucap Lyn dengan muka selamba.

Mahu tidak mahu, Syiha terpaksa juga memberikan kad itu kepada Lyn. Sebaik sahaja berada di tangannya, dengan muka tidak beremosi Lyn terus melipat dua beberapa keping kad itu di hadapan mata Syiha.

"I takkan biarkan orang lain ganggu hak I semudah itu. Kalau you belum kenal I siapa, kita boleh terus berkenalan selepas ni. It's your call, young lady!" ucap Lyn penuh peringatan.

Tanpa kata lagi Lyn terus berlalu. Meluat tahap dewa dia mahu memandang muka tak bersalah Syiha. Puas hatinya. Selebihnya, dia akan memilih siapa yang akan menjadi penenang dalam permainan ini.

'Aku bukan isteri yang bodoh kerana cinta, Johan! Bukan! bisik Lyn dalam hati.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now