Part 67

1.5K 34 0
                                    


Pulang ke rumah agak lewat, anak-anak sudah berlingkar di hadapan TV bersama Bibik Sutinah. Riuh mulut dua beradik itu bertanya ke mana perginya Johan dan Lyn sehingga pulang lewat.

"Daddy banyak kerja kat ofis."

Johan segera naik ke bilik. Setelah mandi, dia turun semula untuk bersama anak-anaknya. Lelaki itu terus mendapatkan Zairyl daripada sang isteri.

"Hero daddy..." keluh Johan kerinduan. Pipi anaknya digomol sehingga Zairyl memekik kegelian. Dina dan Dani ikut ketawa. Seronok melayan kerenah adik kecil mereka.

"Abang, Lyn nak naik atas ya?"

"Pergilah. Dina dan Dani pergi masuk tidur. Dah lewat ni. Esok susah nak bangun pagi," balas Johan.

"Dengar apa kata daddy tu? Anak-anak dara mummy ni kena tidur sekarang. Dah pukul 10 lebih. Waktu untuk tidur," ucap Lyn.

"Alah....mummy dengan daddy baru balik."

"Esok sekolah, kan?" balas Lyn lembut. Tangannya dihulurkan kepada dua anak kembarnya itu.

"Siapa tak mahu tidur, dia kena jaga adik," suruh Johan pula. Lekas-lekas dua beradik itu bangun lalu mengekori ibunya. Lebih rela pergi tidur.

Johan bangkit ke dapur setelah isteri dan dua anak perempuannya itu berlalu.

"Bik, Aril dah menyusu ke belum?" tanya Johan kepada Bibik Sutinah di dapur itu.

"Belum. Aku beri dia susu jam 7 tadi. Biar aku buatkan dia susu."

"Yalah."

Johan duduk di ruang tamu melayan anak lelakinya sementara isterinya menyiapkan keperluan anak-anak untuk ke tadika esok. Mujur juga baju sekolah Dani dan Dina sudah siap digosok oleh Bibik Sutinah. Setelah itu dia membawa kemeja suaminya pula ke bilik menggosok. Masa yang ada diguna untuk menyelesaikan kerja yang lain sementara anak kecilnya masih leka bersama Johan. Dia hanya tersedar apabila Johan masuk ke bilik bersama Zairyl yang sudah terlentok di bahu lelaki itu.

"Senang dia tidur?" tegur Lyn, hairan melihat anak bongsunya itu sudah terlentok di bahu Johan.

"Penat," balas Johan separuh berbisik.

"Mengantuk benar sampai tidur pun menganga! Dengan mulut comot, baju kotor... anak Ahmad Rafael Johan ke yang selebet sangat ni?" bebel Lyn sambil menggeleng melihat gelagat anak lelakinya itu. Entah apa yang dibuat Zairyl sehari suntuk ni.

Johan tersenyum kelucuan. Penuh hati-hati anaknya itu diletakkan di tempat tidurnya.

"Biar Lyn tukarkan baju dia,"

"Takpelah. Biar abang buat. Bagi abang bajunya," ujar Johan.

"Biarlah Lyn buat. Nak lap badan dia sekali."

Sudahnya Johan akur juga. Lyn membawa sepasang baju tidur baharu ke tempat tidur Zairyl. Lelaki itu berdiri di sisi isterinya memerhatikan apa yang dilakukan oleh Lyn. Wanita itu menanggalkan pakaian Zairyl penuh hati-hati. Anak kecil itu berkalih sekali-sekala saat si ibu mengelap mukanya dengan tuala lembap. Terakhir sekali barulah lampin pakai buang ditanggalkan.

"Kering aja lampin ni? Dia tak kencing pun," ucap Lyn saat mengelap sekitar punggung anak itu. Namun sebaik sahaja anak itu ditelentangkan, maka makbullah doa si ibu.

"Oi, bertuah punya anak si Johan!" termelatah sang ibu. Terkejut. Lengkap dengan pancutan tinggi ke arah ibunya. Lyn terpaku memandang baju tidurnya yang basah pada bahagian dada. Seterusnya dua bola matanya mencari wajah sang suami.

"Tak sempat nak tutup. Bukan main banyak lagi dikencingkan dekat mummy."

Johan ketawa geli hati dengan gelagat anaknya itu.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now