Part 65

1.9K 34 2
                                    

Kembali semula ke tempat kerja, Johan memberhentikan kereta di hadapan lobi untuk menurunkan isterinya.

"Lyn orderkan untuk abang dulu ya?" ucap Lyn.

Johan sekadar mengangguk.

"Cepat sikit tahu," pesan Lyn sebelum keluar dari kereta.

Johan terus memandu kereta isterinya ke tempat parkir.

Di kafe, Lyn terlihat kakak iparnya makan bersama Ariana dan setiausahanya. Adrean sempat melambai Lyn, mengajak duduk bersama. Namun Lyn menuding ke meja lain. Baru sahaja dia melabuhkan duduk, pelayan segera datang untuk mengambil pesanan.

"Kitchen busy tak?"

"Dah tak berapa busy," jawab pelayan itu.

"Kalau macam tu I nak Spageti Aglio Olio."

"Chicken or beef, madam?"

"Chicken. And Nasi Tomato. Two carrot juice."

Pelayan itu mengangguk sambil mencatat apa yang dipesan wanita itu.

"Any dessert or appetizer?"

"Just mixed fruits. No dessert for me. That's all for now," jawab Lyn.

Pelayan itu berlalu membawa pesanan. Lyn sempat memandang sekeliling. Kawasan kafe penuh. Dan dalam pandangan sekali imbas itu dia ternampak Syiha berada di sudut kafe itu bersama kakitangan lain. Tidak ingin dia memandang buat kali kedua!

Pelayan datang semula membawa sepiring buah-buahan campuran. Lyn memandang ke luar cafe. Kelihatan Johan sedang berjalan ke arahnya.

"Haus. Mana air?" tanya Johan sebaik sahaja melabuhkan duduk.

"Baru order."

Johan melambai pelayan semula. Meminta air mineral dibawa kepadanya segera.

"Parking kat mana?"

"Jauh. Berpeluh kelengkang berjalan," jawab Johan perlahan.

Lyn sekadar mengangguk. Nasiblah.... mereka tidak disediakan parkir khas. Lainlah Adrean.

Setelah meneguk separuh air daripada botol mineral, lelaki itu tersandar kelegaan.

Sedikit demi sedikit kakitangan Neraca Holdings mengosongkan ruangan kafe itu. Namun gadis seorang itu masih pegun di sudut sana memerhatikan Johan. Sayangnya, Johan langsung tidak perasan si dia yang memandang dengan hati yang berbuku. Berbagai-bagai cara dicuba, sudahnya Johan kembali juga kepada isterinya. Manalah hatinya tidak berkulat jadinya!

Dalam ketenangan itu, Lyn bersandar di kerusi sambil membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Mulutnya mengunyah buah. Johan pula duduk sambil memandang ke cermin di tepinya. Dalam keadaan dua kakinya terbuka, dia terasa betisnya digesel di bawah meja.

Johan segera mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Namun Lyn masih khusyuk membaca. Perbuatan itu dilakukan berkali-kali sehingga kaki seluar Johan tersingkap ke atas.

"Sayang," tegur Johan sedikit terganggu.

"Hmm?" Lambat-lambat Lyn mengangkat pandangan ke arah suaminya.

"Buat apa ni? Janganlah..." keluh Johan sedikit tidak senang.

Lyn tetap menayang riak selamba sebelum kakinya dinaikkan lebih atas lagi.

"Yang, dahlah! Susah abang ni nanti," Johan tertunduk sedikit.

"Terganggu ke?" ucap Lyn lantas tersenyum sinis. Dia tunduk memandang telefonnya semula.

Johan memandang sekeliling. Bimbang orang melihat apa yang dibuat isterinya. Namun segera dia tertangkap pandangan Syiha ke arah mereka. Pantas dia memandang ke arah lain. Patutlah isterinya daring semacam!

Curangla Lagi Onde histórias criam vida. Descubra agora