Part 12

1.4K 17 1
                                    


"Abang rasa patut tak kita kahwin cepat?"

Johan diam sambil menguis makanan di pinggan. Tidak mendengar kata-kata Syiha.

"Abang!"

"Hah?" Johan segera mengangkat pandangan.

Syiha tayang wajah cemberut.

"Ingat yang satu lagilah tu! Dengan kita pun nak ingat dia jugak. Nanti balik peluklah puas-puas," rungut Syiha.

"Apa dia Syiha tanya tadi?" tanya Johan sedikit hambar.

"Syiha nak kita kahwin cepat."

Johan segera mengeluh sebelum dia bersandar. Cakap pasal kahwin, seleranya terus mati. Susah! Syiha pula semakin kerap bercakap soal ini.

"Kenapa?"

"Bukan senang. Abang kena beritahu isteri abang dulu," ujar Johan.

"Jadi, beritahu ajelah. Apa masalahnya? Abang tak berani?" balas Syiha selamba.

Johan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Abang kena cari jalan supaya dia setuju."

"Kalau dia tak setuju?"

Johan terdiam pula. Kalau isterinya tidak bersetuju, bermakna dia harus memilih antara dua. Lyn ataupun Syiha. Sanggupkah dia menjandakan isteri sendiri demi wanita yang baru dia kenal?

"Syiha akan jadi isteri yang baik untuk abang," ucap Syiha bersungguh-sungguh. Besar harapannya agar Johan memilih dia. Pakej lengkap; kacak, kaya dan Johan seorang lelaki yang senang mengikut kehendaknya. Siapa yang tidak mahu lelaki begini?

Johan membuang pandang. Kalau sampai terpaksa menceraikan isterinya, dia tidak sanggup.

"Kenapa abang diam?"

"Abang tak mungkin akan buang dia daripada hidup abang, Syiha."

"Jadi, abang akan lepaskan Syiha? Lepaskan perempuan yang terlalu sayangkan abang?" duga Syiha. Bicara Johan sudah mula menakutkannya.

"Abang...." Johan mula menghela nafas perlahan. Sebahagian hatinya mula ragu-ragu sendiri. Dia pun tidak tahu mengapa harus dia memilih jalan ini. Tempoh hari dia merasakan inilah keputusan yang tepat. Tetapi sekarang, dia serabut pula.

"Abang, janganlah diam aja. Syiha nakkan kepastian?"

"Nantilah. Abang tiada idea sekarang," jawab Johan malas hendak fikir lagi. Tepu sudah otaknya ini.

"Cepat makan. Kita balik," putus Johan lantas memandang je arah lain.

Syiha tunduk menyambung suapannya. Namun fikirannya terus berkisar hendak mengikat lelaki ini kepadanya.

"Lepas kahwin nanti, Syiha nak kita ada ramai anak."

Johan diam juga. Tidak berkutik seolah-olah tidak mendengar. Sebetulnya fikirannya sudah melayang jauh kepada isterinya.

"Abang dengar tak?"

"Hah?" Johan melugu di hadapan Syiha.

"Abang ni asyik diam aja. Kenapa?" bentak Syiha mula hendak menangis. Sedih apabila diabaikan.

"Lekaslah makan. Dah lewat ni!" desis Johan sedikit tajam.

Syiha buat muka merajuk. Rusuh hatinya melihat kekasih hati seperti sedang menjauhkan diri. Bimbang Johan berubah hati. Kalau boleh, dia mahu memiliki lelaki ini seorang diri. Atau dalam erti kata lain, dia mahu Johan menceraikan isterinya. Jadi, seharusnya dia membiarkan rahsia ini sampai kepada isteri Johan. Lumrah wanita, kecewa, menangis.... kemudian minta cerai. Itu yang dia mahu!

Curangla Lagi Where stories live. Discover now