BEBAN 01

5.8K 807 200
                                    

"Kau ni, memang anak cengenglah! Sia-sia aku mengandung dan beranak kan kau kalau otak pun cetek!" marah wanita separuh tua itu kepada anak sulung perempuannya.

Aryana hanya menunduk apabila di marah teruk oleh ibunya ini.

"Kau dapat nombor dua ni memalukanlah! Cuba kau dapat nombor satu macam adik kau! Ini tak, iphone je dua puluh empat jam! Mana tak bodohnya!" result ditangannya dibuang kasar dihadapan wajah anaknya seraya itu melangkah pergi dari ruang tamu dengan kemarahan.

Aryana menangis lalu mengambil result yang sudah berada di kakinya. Result itu digenggam erat bersama airmata yang jatuh mengenai kertas putih tersebut.

Begini lah hidupnya sebagai anak orang yang terkenal. Keputusan perlu naik ke atas daripada dua. Dan nombor satu adalah target yang akan membanggakan ibunya ini.

Darjat adalah segalanya. Dan dia, perlu mendapatkan apa yang ibunya mahukan sedangkan dia sudah sehabis baik melakukan yang terbaik namun tidak dipandang bangga.

Betul lah kata orang, manusia hanya memandang hasil daripada memandang usaha.

[ Be strong! ]

Wajahnya ditilik di hadapan cermin almari sebelum dia mengeluh. Lingkaran hitam menghiasi bawah matanya namun tidak ketara. Tetapi, jika di lihat dari jarak dekat, ia mungkin ketara.

Beg di atas katil di capai seraya itu membawa kaki keluar dari bilik. Aryana tersenyum apabila melihat adik lelakinya baru sahaja keluar dari bilik.

"Kejap." Aryain memegang lengan kakaknya.

"Bawah mata kau hitam. Kau menangis ?"

Aryana tidak menoleh memandang Aryain sebaliknya, pandangannya kosong sahaja melihat ke arah tangga di hadapan.

"Macam biasa Ry." katanya lemah dan menepis lembut tangan Aryain.

Aryain hanya mengeluh kecil melihat kakaknya. Walaupun tidak berada di posisi yang sama seperti Aryana, Aryain faham bagaimana perasaan kakak kembarnya saat ini.

Tidak mahu membuang masa, Aryain turut mengikuti jejak langkah Aryana menuju ruang makan.

Ibunya yang sedang sarapan dengan mata fokus bermain telefon dijeling sekilas. Tempat dihadapan kakaknya diambil.

"Guys..." suara ibu kepada dua beradik kembar ini memecahkan sunyinya ruang makan.

Mata kedua beradik ini terus sahaja fokus pada ibu mereka yang sepertinya mahu mengatakan sesuatu.

"Ibu dah daftar kelas tuision untuk you berdua. In, kelas kamu after balik sekolah dan hujung minggu sahaja. Yana pula, ibu daftarkan lima kelas tuision untuk kamu. After balik sekolah, malam, hari ketiga dan kelima untuk tujuh hari dan hujung minggu." ujar Puan Ashya datar lalu menghirup kopinya.

Bibir Aryana terketap. Lima ?! Di mana waktu rehatnya untuk merehatkan otak ?!

"Buu... Kenapa Yana lima sedangkan In satu ?" soal Aryain tidak berpuas hati dengan keputusan yang amatlah tersangatlah tidak adil ini.

"Biar lah. Siapa suruh dia bodoh ? Ibu suruh belajar, sibuk juga dia nak main iphone sampai lupa waktu belajar." ujar Puan Ashya tanpa rasa bersalah.

"Habis, di mana waktu rehat Yana ?"

"Aryain. Kamu fokus pelajaran. Jangan fokus untuk bertanya tentang ini. Ini masalah kakak kamu, jadi pepandailah dia uruskan. Kamu jangan menyibuk dan fokus sahaja belajar!" marah Puan Ashya lalu meneruskan melihat telefonnya.

Aryana hanya mendiamkan diri sambil memasang telinga mendengarnya. Jujurlah dari hati, dia bodoh sangat ke sampai ibunya perlu daftarkan dia lima kelas tuision ?

Bagaimana dengan masa rehatnya untuk merehatkan minda dan tubuh badannya akibat keletihan kerana seharian berada di sekolah ?

Aryain hanya memandang simpati sahaja riak wajah Aryana yang sudah berubah mendung itu. Dia sendiri tidak faham apa yang ibunya fikirkan saat ini. Adakah ini teknik mendera mental anak secara halus ?

Dia sendiri tiada kepastian untuk itu.











C | BEBAN √Where stories live. Discover now