BEBAN 12

2.8K 604 21
                                    

"Jom kita study."

"Ary!" Aryana menepis tangan Aryain pada lengannya membuatkan adik kembarnya ini, sedikit tersentak.

"K-Kenapa ?"

"Kau tak boleh lawan ibu..." tegur Aryana dengan nada suara yang berubah mengendur.

"Yana. Aku bukan nak lawan. Tapi aku nak pertahankan kau. Kau kan dah study tadi, tak akan nak study lagi ?"

"Aku okey lah! Kau tak payah lah risau."

"Memang kau okey, Yana. Tapi tidak untuk hati kau. Aku tahu, sebelum ini, ibu selalu kutuk kau dan kau tahan sahaja perasaan. Yana, aku penat tau tengok kau kena marah je selalu."

"Hey Ary. Aku. Okey. Tak perlu risau kan aku." Aryana melawan panahan mata Aryain.

Aryain mengeluh. "Macam mana aku tak risau kan kau, kalau kau kembar aku ? Kau sedih, aku pun sedih lah."

"Aryain. Cukup lah risau kan aku. Aku okey."

"Berhenti cakap kau okey, kalau kau sebenarnya tak okey." tegas Aryain yang berjaya menunduk kan kepala Aryana.

Aryain merengus halus dan menarik lengan Aryana kembali, bilik kakak kembarnya di masuki. Dia menduduk kan Aryana di atas birai katilnya dan Aryain bercekak pinggang di hadapan Aryana.

"Yana. Kau ada aku. Aku ada kau. Kau tak boleh cakap kau okey depan aku kalau hakikatnya, kau sedang rapuh! Even aku tak berada sama di tempat kau, aku faham bagaimana perasaan kau saat ini, Aryana Adela. Berhenti. Berpura-pura kuat." tegasnya.

Kepala Aryana semakin menunduk setelah mendengar segala butir bicara dari Aryain. Sedar tak sedar, airmatanya sudah mula merembes keluar.

Apa yang Aryain kata, tepat mengenai hatinya. Mulut mampu berkata okey. Tapi tidak untuk hati yang kelihatan tidak baik-baik itu.

"Yana. Aku. Sayang kan. Kau. Kau boleh menangis sebenarnya dan luahkan rasa, melalui tangisan. Tolong lah, sekali ini, kau jangan berpura-pura kuat. Kalau kau rasa lemah, bagitau aku dan aku akan selalu ada untuk kau. Sebab, aku sangat sayang kan kau." luah Aryain dan memeluk Aryana yang sedang menangis itu.

Aryana menyembamkan mukanya ke perut Aryain. Dia turut membalas pelukan hangat, dari darah daging sendiri ini.

"Ary... Aku tak tahu, kenapa ibu perlu bandingkan kita! Aku ni, teruk sangat ke ?! Bodoh sangat ?! Aku tak faham kenapa! Kenapa perlu di bandingkan dan pilih kasih, sedangkan kita kembar! Adakah aku ni, sebenarnya anak pungut yang di pungut di tepi longkang ?!"

Aryain mengusap kepala Aryana untuk menenangkan Aryana yang nampaknya, memang meluahkan rasa.

"Penat lah, ibu selalu kata aku bodoh... Aku dah usaha sehabis baik... Kenapa tak di pandang ? Nampak sangat, kelahiran aku ni seakan membawa beban kepada ibu..."

"Shhh... Yana, tak baik cakap macam tu. Kau perlu bersyukur, yang kau lahir bersama aku. Kau ada aku. Jadi, jangan lah cakap macam ni..." pujuk Aryain lembut.

Aryana mendongak bagi melihat wajah Aryain. Baju di bahagian perut adiknya ini, sudah basah akibat airmatanya yang galak merembes keluar.

Wajahnya comot dengan airmata.

"Tapi, memang betul pun..."

"Yana. Kau nak pertikaikan takdir hm ? Jangan lah rasa diri kau ni, adalah beban. Tahu tak, ada ramai lagi di luar sana mengalami masalah yang sama bahkan serupa. Broken home. Toxic family, toxic friend and toxic teacher. Dan kau, tidak menghadapi semua ini, melainkan toxic mother." sampai di hujung kata, suara Aryain berubah mengendur. Dia tersenyum kecil dan pipi Aryana yang ada sisa airmata, di hapuskan segera.

"Kau patut bangga dengan diri sendiri, sebab kalau bukan kerana diri kau, kau tidak akan sampai sejauh ini. Dah lima tahun kau hadap benda yang sama dan sedikit pun, kau tak benci kan aku. Walaupun kau pernah mengalah di awal cerita, itu adalah satu permulaan yang baru, untuk kau terus bangkit untuk berjaya."

Bibir Aryana bergetar. Dia cuba menuturkan sebuah kata, tapi nampaknya, dia telah kehilangan bahan balasan untuk membalas nasihat adiknya ini.

Aryain ukir senyum dan pipi Aryana di cubit manja. "Sudah lah. Jom mengaji dulu, untuk tenangkan hati dan perasaan yang bercelaru hari ini."












C | BEBAN √Where stories live. Discover now