BEBAN 19

2.5K 544 44
                                    

Aryana termenung. Buku latihan yang di buka, belum di sentuh dengan jawapan. Sejujurnya, fokusnya hilang. Dia tidak tahu apa yang dia fikirkan.

"Erm..."

BAM!

Terhinjut bahu Aryana apabila lima buah buku di hentak kasar atas meja belajarnya. Serta-merta, kepala terdongak bagi melihat wajah kemerahan ibunya ini.

"Ibu ? K-Kenapa ?"

Puan Ashya menatap marah pada wajah anaknya ini. Buku yang terbuka tanpa jawapan di hadapan mata Aryana, di jeling sekilas.

"Kau termenung ke belajar huh ?" dingin nada suara Puan Ashya bertanya.

Aryana ketap bibir. Sebuah senyuman tawar terukir.

"Baru nak start belajar. Ibu bila sampai ?"

"Tch! Baru nak start apa macam ni kalau masih kosong ? Lagi satu, kau perlu usaha lebih baik! Exam ketiga, akan datang!"

Pen di tangan, di pegang kuat. Hati yang terasa sakit, di tahan sehabis baik.

"Tapi, exam kedua baru je limpas bu. Exam ketiga, tiga bulan akan datang."

Puan Ashya bercekak pinggang. "Hey, tiga bulan akan datang tu, tak akan lama! Kau perlu belajar lebih dari sebelumnya! Kau tengok Aryain tu, rajin! Bukan macam kau! Yang kau tahu, fhone, fhone dan fhone. Mati lah kau dengan telefon tu!"

Sejujurnya, Aryana terasa dengan ayat kejam yang keluar dari mulut wanita yang bergelar ibunya ini. Cakap tak bertapis.

Kepala Aryana menunduk memandang kakinya yang berada di bawah meja belajar ini. Mata yang berair, cuba di tahan dari jatuh.

"Ibu dengar, exam kedua ni kamu dapat nombor teratas. Betul ?" soal Puan Ashya dengan nada datar. Dia melipatkan lengannya ke dada dan hanya menatap kosong sahaja wajah anaknya yang setia menunduk itu.

Aryana tersenyum kelat dengan kepala masih menunduk. Kepalanya perlahan terangguk, akhirnya...

"Ya. Ibu nak tengok result Yana ? Yana dapat—"

"No need."

Aryana ketap bibir apabila di tolak mentah-mentah oleh ibunya. Susah sangat kah wanita separuh baya ini mahu melihat resultnya ?!

"Tapi tak cukup memuaskan. Sains kamu, B. Usaha lebih baik untuk exam ketiga. Lima buah buku ni, ibu beli di luar Negara, sila buat dan habis kan soalan. Ibu nak kamu pandai macam Aryain. Tak nak kamu bodoh untuk selamanya." selesai ucapan, kaki Puan Ashya terus di bawa keluar dari bilik anaknya ini.

Aryana tahan perasaan. Sakit ? Sudah tentu hatinya sakit mendengarkan ini.

Kepala di angkat perlahan dan pintu bilik yang sudah tertutup rapat, di pandang dengan panahan mata yang bergetar.

Airmatanya sudah jatuh ke pipi. Sungguh dia penat dengan segalanya. Bila semua ini akan berakhir ? Dia sudah tidak tahan diperlakukan seperti robot. Tolong lah faham, dia manusia. Bukannya robot.

Mengapa perlu memaksanya untuk belajar sedangkan ini adalah tahun terakhirnya. Apa guna beli buku yang banyak ini, semata hanya mahukan dia pandai dan bijak seperti Aryain ?

Tidak kah ibunya ini bersyukur, bahawa anaknya ini asalnya memang pandai. Hanya pesaingnya sahaja yang terlebih menggunakan otak.

"Ayah... Yana rindu... Ibu... Ibu jahat..." airmata kian mengalir membasahi pipinya. Dia merindukan insan yang bergelar ayah itu. Tapi dia sedar akan kenyataan.

Dia sedar, bahawa dunia mereka jauh berbeza.

Yana nak ikut ayah... Ambil lah Yana... Ibu tak sayang Yana lagi...

[ Be strong! ]

"Are you okey or not Aryana Adela ?" tegur Adam apabila perasan, Aryana kali ini banyak termenung dari sebelumnya.

Aryana memandang sekilas pada Adam sebelum mengangguk malas.

"Hm."

"Something bad happened ? "

"It's none of your business, Adam Ashara." balas Aryana penuh malas. Sungguh dia tidak suka apabila jejaka ini perlu mengambil tahu tentangnya.

Adam mengangguk. Okey.

"Aku cuma nak ingat kan, jangan terlalu bersedih. Laa Tahzan Innallaha Ma'anna. Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

Aryana diam.

"Sesedih apa pun kau, kau tidak akan keseorangan. Allah sentiasa bersama kita. Jangan merasakan diri kau adalah manusia malang, sedang kan di luar pengetahuan kita, ada lagi jutaan orang yang nasibnya lebih malang. Bersyukur atas apa yang di beri. Berhenti merungut. Perancangan Allah, lebih baik."









"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



C | BEBAN √Where stories live. Discover now