BEBAN 06

3.2K 656 121
                                    

Selesai menyusun buku di tempat yang sepatutnya, Aryana dan Adam keluar dari library dan berjalan beriringan menuju kelas tanpa adanya butir bicara.

Sekejap mata Adam mengerling Aryana yang berjalan di sebelahnya. Kejap lagi, pandang hadapan. Seakan ada yang mahu di tanya oleh jejaka ini.

"Tak payah kerling-kerling aku macam tu. Kau nak cakap apa ?" tegur Aryana. Rasa segan apabila mata Adam mengerlingnya sahaja.

Adam berdehem. Kantoi!

"Boleh aku tanya sesuatu ?" pintanya.

"Mmm."

"Kenapa kau nak sangat bersaing kedudukan dengan aku ? Hina sangat ke nombor dua ?" akhirnya, terlepas jua soalan yang mahu di tanyanya ini kepada Aryana.

Aryana hanya menguncikan mulutnya membiarkan soalan Adam tergantung tanpa balasan.

"Yana ?" panggil Adam sedikit kecewa apabila soalannya tidak berjawab.

"Entah lah. Mungkin nombor dua tu, hina di mata manusia. Sebaliknya, nombor satu adalah nombor yang paling di sanjung oleh manusia. Aku pun tak faham dengan dunia aku sendiri." terang Aryana, mudah.

Adam ukir senyum kecil dan mata fokus kembali pada hadapan.

"Maaf kalau statement aku akan menyakitkan hati kau. Bagi aku, nombor dua adalah nombor yang sama seperti satu. Yang membezakannya adalah kedudukan. Kau tak perlu fahami dunia, cukup fahami diri kau sendiri. Lagi satu, jangan sanjung sesuatu, melebihi kau sanjungnya Tuhan. Kelak, kau akan kehilangan segala yang dimiliki saat ini."

Diam untuk beberapa saat.

Aryana menoleh ke sisi untuk memandang Adam yang berjalan di sebelahnya dengan menyeluk kedua tangannya ke dalam kocek seluar. Nampak hotteus di situ.

"Kau nampak,,, hebat berkata." puji Aryana ikhlas.

Adam ketawa kecil lalu menunduk. "Tak adalah. Aku hanya biasa-biasa dan tidak lah hebat. Hanya seorang manusia, yang di penuhi dosa. Namun berusaha mencari redha sang pencipta."

Aryana angguk lalu kembali menghadap ke hadapan. Sepanjang mereka berjalan, hanya sunyi sahaja antara mereka.

Tiba di aras tingkatan satu, laluan yang mereka mahu guna untuk mendaki anak tangga di halang oleh sekumpulan pelajar perempuan tingkatan satu.

Aryana memandang pelajar junior ini, dengan pandangan datar. Mesti nak ngorat orang sebelah dia ni!

"Hai abang Adam! Sihat ?" soalnya penuh ceria.

Adam hanya tersenyum kecil sebelum menunduk.

"Macam yang geng awak nampak. Boleh tepi ? Kami perlu masuk kelas sekarang." pinta Adam lembut dengan pelajar juniornya ini.

Ayeen tersenyum manja. Sekotak berbentuk hati di berikan di hadapan Adam membuatkan dahi jejaka ini berlipat. Serta merta kepala Adam terangkat bagi melihat wajah pelajar junior ini.

"Apa ni ?" soalnya pelik.

"Hehe... Dalam tu, ada coklat. Abang makan lah. Saya belanja... Hehe.."

Huluran kotak itu di tatap datar olehnya. "Tapi untuk apa ?"

"Alaa, abang Adam ni! Terima lah! Kalau abang terima, kita official couple." ujarnya tanpa malu.

Rakan-rakannya yang lain sudah bersorak gembira. Masing-masing menyokong agar Adam menerima hadiah yang terisi coklat itu.

"Terima lah abang Adam!"

"Ayeen cantik kut!"

"Dia baik!"

Kata mereka dengan penuh pujian menyanjung tinggi gadis bernama Ayeen ini. Adam mengeluh dan menjeling Aryana yang hanya menatapnya dengan senyuman seakan menyuruh Adam untuk bersetuju.

Kotak yang masih terhulur, Adam tolak perlahan membuatkan sorakan mereka terhenti.

"Maaf, kalau cantik sekali pun tapi tak ada sifat malu, tak ada guna juga adik-adik. Lagi satu, pernah dengar ayat ni ? Dan jangan lah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Jadi, dalam Islam, sudah ditegaskan bahawa couple adalah haram."

Ayeen mencebik. "Kalau couple haram, jom lah kita kahwin! Kan halal tu!"

Adam ketawa. Lawak sangat ni.

"Fikirkan dahulu masa depan kamu. Dunia dewasa, tidak seindah apa yang kamu angankan setiap hari. Jadi, berhenti kejar orang yang tak pasti untuk kamu semua. Terima kasih." tegur Adam dan segera mendaki anak tangga. Setiap tangga aras tingkatan satu ini, dipenuhi oleh pelajar perempuan. Dan Adam terpaksa mengelak satu persatu dari terkena setiap seorang.

Aryana turut mengikuti langkah Adam membiarkan pelajar junior ini tersentap dengan teguran Adam yang mempunyai makna mendalam.

"Kau perlu move on. Macam yang abang Adam cakap tadi. Berhenti kejar orang yang tak pasti."














C | BEBAN √Where stories live. Discover now