BEBAN 08

2.9K 635 69
                                    

"Hey anak-anak ibu..."

Kelakuan dua beradik kembar yang sedang bermanja bersama ini terhenti, apabila Puan Ashya datang ke ruang tamu setelah menegur anaknya. Mereka berdua memandang Puan Ashya ingin tahu.

Puan Ashya berdehem lalu kaki di silang sambil menatap datar kedua anaknya ini yang setia menanti butir bicara darinya.

"Ibu ada nak cakap apa-apa ?" tanya Aryain.

"Yes... Ibu nak cakap, esok malam kita akan dinner dengan kawan ibu."

"Untuk apa ?" soal Aryana pula.

"Ibu nak kenal kan anak-anak ibu dengan kawan ibu. Dia pun, ada anak juga. Tak silap, satu sekolah dengan kamu berdua."

Aryain dan Aryana berpandangan sesama sendiri. Siapa yang satu sekolah dengan mereka ? Siapa kawan ibu yang setaraf dengan mereka ?

"Siapa ?"

"Adalah. Time dinner kamu akan tahu." ujar Puan Ashya kemudian berdiri dari duduknya dan pergi meninggalkan ruang tamu ini. Masih ada kerja yang perlu di selesaikan olehnya.

Aryain dan Aryana diam buat sesaat sebelum mengeluh.

"Yana, kau rasa siapa ?"

"Entah. Tak tahu. Siapa yang setaraf dengan kita ?"

"Kau tanya aku, aku lagi lah tak tahu." balas Aryain malas seakan tidak bersemangat untuk menanti hari esok.

Aryana mengeluh. Siapa lah agaknya yang bertuah betul jadi kawan kepada ibu mereka ini.

[ Be strong! ]

Aryain dan Aryana hanya mengikuti langkah ibu mereka dari belakang yang fokus sahaja melangkah masuk ke dalam restaurant yang teramat lah mewah ini!

Sudah terdengar keluhan dari Aryain. Dia memang tidak suka pergi ke tempat mewah dan terang benderang bagaikan di taburi bintang di setiap pelusuk restaurant ini. Sakit mata!

"Hello, Mrs Aeya! Nice too meet you, again." tegur Puan Ashya setelah tiba di hadapan sebuah meja yang di duduki oleh seorang wanita yang sebaya dengan Puan Ashya. Tangan di hulur dan tangan Mrs Aeya di taut bersama.

Aryain dan Aryana hanya tersenyum kecil apabila mata wanita itu, beralih kepada mereka berdua.

"Aryain, Aryana right ? " tanya Mrs Aeya dengan nada lembut.

Kedua beradik ini mengangguk serentak lalu mengambil tempat di hadapan Mrs Aeya.

Mrs Aeya hanya ukir senyum. Sorang lawa, sorang hensem. Keturunan good looking.

"Mana anak lelaki kau ? Tak datang ?" Puan Ashya mula buka bicara dan menyoalkan tentang anak lelaki rakannya ini.

Mrs Aeya tergelak kecil. Tak sabar bebenor nampak gayanya.

"Kejap lagi sampai lah tu. Dia tengah betul kan parking kereta."

Puan Ashya hanya mengangguk.

"Cantik dan hesmes putera dan puteri kau ni. Keturunan apa ?"

"Macam biasalah Aeya... Keturunan astrazeneca."

"Bukan kaleng-kaleng eh keturunan kau..."

Aryain dan Aryana hanya memasang telinga sahaja mendengar perbualan ibu mereka dengan Mrs Aeya sementara menunggu anak kawan kepada ibu mereka ini tiba.

Dia lambat, mengalahkan tunggu durian jatuh ke kaki.

"Maaf,,, Adam lambat. Semua tertunggu kehadiran Adam ke ?"

Suara garau itu menyentak kan Aryana dari melamun. Dia terus mengangkat wajah bagi melihat pemilik suara garau itu. Dia terkaku apabila melihat, pemilik suara garau itu, adalah Adam Ashara.

Sementara Aryain, hanya mengeluh. Dia ini lah yang buat dia tertunggu macam menunggu durian jatuh ke kaki. Lambat dia, mengalahkan perempuan bersiap pakai tudung!

"Eh tak adalah lambat mana. Duduk lah sayang. Ni, kenal kan. Anak kepada kawan mummy." arah Mrs Aeya lalu menarik kerusi untuk anak lelakinya ini duduk.

Adam hanya akur lalu melabuhkan punggungnya. Matanya di arahkan pada hadapan untuk melihat siapa anak kepada kawan mummynya ini. Saat melihat, Adam terkaku seketika.

"Yana ?" tegur Adam separa kuat.

"Kamu kenal Yana ke Adam ?" soal Puan Ashya dengan mata memandang silih berganti pada Adam dan Aryana

Adam mengangguk sebelum tersenyum kecil.

"Kenal aunty. Dia rakan sekelas Adam." tutur Adam sopan.

"Kenapa kamu tak cerita dengan mummy yang kamu sekelas dengan Yana ?" soal Mrs Aeya tidak percaya bahawa anak lelakinya ini, sekelas dengan anak jutawan yang berjaya.

"Mummy tak tanya. Lagi pun, dah lima tahun kami sekelas." senyum Adam.

Puan Ashya tersenyum lebar. "Bagus lah tu kalau kamu sekelas dengan Yana. Boleh kamu tolong bantu Yana dalam pelajaran sikit. Boleh Adam ?"

Mata Aryain dan Aryana serentak membulat apabila ibu mereka membuat keputusan tanpa berbincang dengan tuan empunya nama.












C | BEBAN √Where stories live. Discover now