BEBAN 17

2.5K 531 17
                                    

Bibir Aryana terketap.

Dia baru perasan bahawa di belakang ibunya, sudah tersedia luggage berwarna biru.

"Ibu, tapi Yana nak cakap sesuatu..."

"Cakap apa ? Nanti lah after ibu balik outstation. Ibu dah lambat. Kamu jangan bersantai waktu ibu tak ada dalam rumah eh. Belajar. Jangan ingat main macam tak ada masa depan. Ibu pergi dulu." dan Puan Ashya terus menarik luggage nya ke pintu utama.

Aryana yang ditinggalkan sedemikian oleh ibunya, menahan perasaan. Matanya berair menghantar pemergian ibunya yang sudah hilang dari pandangan.

"Ibu..." result di tangan, digenggam erat menjadikan kertas tersebut, mula kusut kerananya.

Kepala Aryana menunduk dan airmatanya, turun.

"Kenapa... Kenapa ibu ?" bisiknya sayu. Hati yang sakit, di tahan sehabis baik.

"Yana... Yana dah dapat macam yang ibu mahukan... Tapi... Tapi kenapa ? Kenapa ibu ?" lirihnya. Airmata deras mengalir. Usahanya seakan sia-sia.

"Ibu... Kenapa seksa Yana macam ni ? Apa salah Yana ?" makin kuat genggamannya pada kertas tersebut.

Sungguh dia tidak faham dengan perangai ibunya. Dia sudah mendapatkannya. Namun kenapa wanita separuh tua itu, tidak mahu memberinya peluang ? Apa yang di kejarkan sangat jika di bandingkan masa untuk mendengar apa yang dia mahu katakan ?

Kenapa Puan Ashya, tidak memahaminya ? Nampak sangat bahawa ibunya ini lebih pentingkan kerja daripada lima minit mahu pun tiga minit untuk mendengar dan melihat usahanya.

"Kau gagal Yana... Kau gagal sebenarnya..."

[ Be strong! ]

"Yanaaaa! I missh you!" gedik Aryain menegur setelah menjejak kan kaki ke dalam bilik Aryana.

Aryana yang sedang belajar, menjeling sekilas adik kembarnya yang masih berpakaian sukan itu.

"Mandi lah dulu. Busuk lah!" tegur Aryana tegas.

Aryain tersengih dan berjalan mendekati meja belajar Aryana.

"Hey. Keinginan kau untuk capai nombor satu, dah berjaya kan ? Ibu cakap apa ?" soal Aryain teruja. Dia turut tumpang gembira dengan pencapaian kakak kembarnya ini.

Mendengar soalan Aryain, Aryana kaku seketika. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Tangan yang setia menulis jawapan, terhenti.

Aryain yang melihat, sudah bertaut keningnya. Sedikit pelik apabila Aryana hanya diam tidak membalas soalannya.

"Yana ? Ibu cakap apa ? Kau dah tunjuk kan belum ?" soal Aryain lagi. Tubuhnya di sandarkan separuh pada meja belajar Aryana sambil memikul beg sekolah di sebelah bahunya ini.

"Yana!" jerkah Aryain dan berhasil menyedarkan Aryana dari kakuan.

"Erm,  kau tanya apa tadi ?" Aryana menoleh memandang Aryain yang sudah merengus halus itu.

"Haih. Yana... Kau fikir apa sebenarnya ?" suara Aryain berubah lembut.

Aryana menggeleng.

"Tak fikir apa-apa lah. Kau pergi lah mandi dulu."

"Kejap lagi. Aku nak tahu, ibu cakap apa dengan kau ? Kau dah tunjuk atau belum ?"

Aryana terdiam sekali lagi. Kepala dijatuhkan ke hadapan buku.

"Yana." tegas Aryain.

Aryana tersenyum kecil.

"Haha. Jangan risau lah! Ibu kata, kerja yang bagus! Dan ibu bangga dengan kejayaan aku." tipu Aryana.

Aryain merenung tajam wajah Aryana dari sisi. Jarinya naik menyentuh dagu kakak kembarnya dan di dongak kan sedikit bagi melihat mata Aryana.

Aryana tersentak melihat panahan mata tajam dari Aryain.

"Kau... Tak tipu ?"

Aryana tersenyum. Tangan Aryain yang berada di dagunya, dijatuhkan.

"Tak. Mana ada aku tipu. Itu lah yang ibu katakan." Aryana tersenyum lebar bagi mematahkan perasaan syak wasangka adiknya ini, kepada penipuannya.

"Yana. Be honest. Ibu cakap apa ?" tegas Aryain dalam nada suara yang datar.

Senyuman lebar Aryana mati. Bibir di kemam. Eee, adik dia ni. Susah betul nak percaya!

"Betul lah. Kenapa kau tak percaya ?"

Mata Aryain, merenung dalam mata kakaknya. Mereka membalas panahan mata masing-masing.

"Mata kau. Jelas menunjuk kan sebaliknya. Be honest, kakak."

"Ary... Sudah lah. Aku tak tipu... Kau pergi lah mandi."

"Nope. Kau boleh tipu aku. Tapi tidak untuk mata kau. Mata kau menceritakan segalanya. Bagitau aku, ibu cakap apa dekat kau ?" suara Aryain berubah dingin.

Aryana tersenyum tawar dan lengan Aryain di pegang lembut.

"Ary. Tak semua mata, mampu menceritakan segalanya. Kau pergi mandi, waktu maghrib akan masuk sebentar lagi."

"Hm." Aryain mengalah dan segera berlalu dari bilik Aryana. Pasrah!

Aryana tersenyum hambar.

"Maaf."
















C | BEBAN √Where stories live. Discover now