BEBAN 05

3.3K 647 9
                                    

Adam merenung segala buku-buku pelajarannya yang berselerak kan di atas meja belajarnya.

Fikirannya hanya memikirkan tentang Aryana yang membuatnya seperti kawan dan musuh bila tiba waktu exam. Dia tidak pasti apa alasan gadis itu membuatnya sebegini sedangkan mereka berdua adalah rakan sekelas untuk lima tahun persekolahan.

Adakah disebabkan dia mendapat nombor kedudukan paling teratas ?

Tapi Aryana apa kurangnya juga selalu mendapat nombor dua yang dikira teratas sepertinya.

Kadang, terdetik di hatinya untuk bertanya. Apakah hina nombor kedudukan dua itu untuk Aryana ?

Adam mengeluh lalu pen di ambil dan mula menulis di atas buku latihannya. "Hidup ini, di bentuk oleh fikiran kita sendiri. Jadi, mari sambung study dan lupa kan perkara lepas!"

[ Be strong! ]

"Yana! Boleh bantu cikgu kejap ?" pinta guru wanita itu saat melihat Aryana melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah bersama Aryain.

Aryana mendekati guru tersebut dan tersenyum.

"Boleh. Apa dia cikgu ?"

"Nah. Tolong hantar kotak ini ke library dan buku-buku di dalamnya, tolong susun. Boleh ?" sekotak yang sederhana besar, diletak atas tangan Aryana.

Hampir terjatuh kotak tersebut dari pegangan Aryana kerana isi di dalam kotak tersebut terlalu berat. Bagaimana dia seorang perempuan ini, mampu menggunakan tenaga untuk menghantarnya ke library ?

"B-Boleh je cikgu." kata Aryana bersetuju.

"Bagus. Aryain, kamu ikut saya." arah guru tersebut dan berjalan meninggalkan kedua beradik kembar ini.

Aryain tercenggang. Niat di hati mahu membantu Aryana mengangkat kotak yang terlalu berat isinya ini, terus terbatal apabila guru wanita ini mengarahnya untuk mengikuti dia.

Aryain dan Aryana berpandangan sesama sendiri.

"Yana..."

"Kau pergi lah. Aku boleh angkat sendiri." pujuk Aryana tidak mahu Aryain rasa bersalah.

Aryain mengeluh. Pipi Aryana di tepuk bersama senyuman yang terukir.

"Ye lah. Jaga diri waktu hantar benda alah ni. Aku pergi dulu." kata Aryain dengan nada berat sahaja mahu pergi meninggalkan Aryana yang terpaksa mengangkat kotak berat itu hanya dengan tenaga perempuan.

Aryana tersenyum dan melangkah berhati-hati dengan membawa kotak berat ini. Tangga di daki satu persatu dan penuh berhati agar tidak jatuh semasa pergi ke library.

"Beratnya..." keluh Aryana. Tangannya sudah mula lenguh akibat berat kotak ini.

"Biar aku tolong."

Terkejut Aryana apabila kemunculan Adam yang merampas kotak di tangannya dengan gaya selamba. Langkahnya dihentikan.

Adam membetulkan pegangannya pada kotak tersebut sebelum memandang Aryana yang seakan terkejut dengannya.

"Erm Yana, kau... Okey ? A-Aku ada tersentuh tangan kau ke ?" soal Adam takut kalau dia tersentuh tangan yang bukan halal untuknya.

Aryana berdehem bagi mengembalikan dia ke dunia sebenar. Perlahan kepalanya tergeleng untuk menidakkan apa yang Adam katakan sebentar tadi.

"Tak... Kau tak sentuh pun." ujarnya perlahan.

Adam tersenyum kecil lalu menyambung langkahnya diikuti Aryana yang berjalan di sebelahnya.

"Maaf kalau tersentuh." pintanya.

Aryana hanya diam sehingga mereka berdua tiba di hadapan pintu library. Tangan terus di hulur ke hadapan seakan meminta kembali kotak tersebut dari tangan Adam.

"Kenapa ?"

"Bagi sini. Dah sampai." pintanya.

Adam mengangguk dan terus sahaja melangkah masuk setelah membuka kasutnya meninggalkan Aryana yang sudah tercenggang melihat kelakuannya itu.

Aryana merengus geram dan turut mengikuti Adam masuk ke library. Senyumannya diukir bagi membalas senyuman guru lelaki yang memandangnya sambil menanda borang pengembalian buku.

Adam yang sudah jauh ke hadapan di kejar. Mahu di tendang lelaki ini!

"Biar aku tolong kau susun." ujar Adam lalu membuka isi kotak tersebut.

Aryana merengus tidak berpuas hati. "Tapi cikgu suruh aku. Bukan kau!"

"Diam sudah lah. Kotak ni berat, aku juga yang angkat. Tak akan kau nak naik kerusi letak buku ini di rak paling atas hm ? Tak manis lah." tutur Adam lembut.

Aryana terdiam. "Tak manis lagi, kalau kita berduaan."

"Calm down, Yana. Aku tak buat apa-apa lah. Lagi pun, ada cikgu dan kejap lagi, pelajar tingkatan satu akan masuk sini. Jadi jangan risau."

Aryana menjeling. Macam lah boleh percaya.

Adam hanya ukir senyum kecil. "Okey, aku susun bahagian atas, kau pula susun bahagian bawah."

"Okey..."








C | BEBAN √Where stories live. Discover now