BEBAN 04

3.3K 678 83
                                    

"Macam mana tuision ? Ilmu masuk ke dalam otak cetek kamu ?" soal Puan Ashya sebaik sahaja kelibat kedua anaknya melangkah masuk ke rumah.

Aryana mengeluh. Dia memberi tatapan mata pada Aryain untuk naik dan Aryain tanpa banyak kata hanya mengikut.

Aryana berjalan mendekati ibunya yang ralit membaca surat khabar itu.

"Ilmu tu masuk je. Ibu—"

"Pergi naik. Mandi dan sambung belajar. Nanti turun makan dan sambung belajar lagi. Pergi." pintas Puan Ashya laju dan mengarah anak sulung perempuannya ini.

Aryana hanya mengangguk lemah. Dia baru sahaja mahu memberitahu sesuatu. Tapi, tak apa lah, dah kena halau nak buat macam mana ?

"Okey..." lemah sahaja Aryana membalas. Kakinya dihayun longlai untuk menuju ke biliknya.

Puan Ashya hanya mengerling sahaja anaknya ini sebelum meneruskan pembacaan. Baginya, anak-anaknya perlukan didikan yang mencukupi. Dan belajar adalah salah satu tekniknya untuk meningkatkan kepandaian anaknya agar dia tidak akan terasa malu pada rakan-rakannya jikalau kedua anaknya ini pandai.

Kalau bodoh, dia akan terima malu dan kutukan.

[ Be strong! ]

Bam!

"Yana! Kau dah belajar belum ?! Berbaring main telefon ni kenapa ?! Tak ingat nak belajar ?! Nak bodoh ?!" sembur Puan Ashya pada anak perempuannya yang sedang berbaring sambil bermain telefon itu.

Aryana mengetapkan giginya sebelum duduk. Telefon di tangan di letak ke sisi.

"Ibu... Yana baru je selesai study. Tak akan nak study lagi ? Bagi lah Yana rehatkan minda dulu." pujuk Aryana.

Puan Ashya merengus. Di tatap tajam wajah anak sulungnya ini.

"Kau ni tahu melawan je kan! Itu je lah alasan kau sampai mati! Baru selesai belajar lah, nak rehatkan minda lah dulu! Itu je lah alasan kau! Kau nak kekal jadi budak bodoh yang tak pandai nak belajar ?! Jangan senang sangat, aku rampas kemewahan kau ni! Kau bangun! Ni buku aku baru beli untuk kau! Belajar! Jangan asyik hadap fhone! Itu yang akan buat kau bodoh sampai mati!" bebel Puan Ashya geram. Buku ditangan diletak kasar atas meja belajar Aryana.

"Belajar sekarang! Dah tahu bodoh, cuba lah sedar!" kutuk Puan Ashya lalu segera beredar dari bilik anaknya.

Aryana memejamkan matanya apabila terasa kolam matanya sudah memanas. Hatinya cuba di tenangkan apabila di kutuk oleh ibu sendiri. Dia tidak lah bodoh sangat, namun pesaingnya sahaja yang terlebih genius menggunakan otak.

Aryana bangun dari duduk di atas katil. Kakinya di bawa menuju meja belajarnya yang bertimbun dengan segala buku sekolah, buku latih tubi dan buku yang baru sahaja ibunya bagi.

Buku yang masih baru itu di sentuh dan di kira bilangannya.

"Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam... Tujuh... Lapan... Sembilan... Sepuluh... Sebelas... Dua belas..." Aryana mengeluh setelah selesai mengira kesemua bilangan buku tersebut.

Ada dua belas buah buku yang ibunya beri. Satu buku di tarik olehnya dan helaian buku di buka perlahan sebelum Aryana tersentak. Ada sehelai kertas yang di selitkan di buku ini terjatuh dan kertas tersebut mempunyai tulisan.

Di ambil perlahan kertas tersebut dan tulisan tangan itu dibaca.

Ketika kamu merasakan lelahnya belajar. Kamu perlu bersedia, bahawa lelahnya menjadi dewasa.

Dahi Aryana berkerut seakan kurang memahami maksud tersebut.

"Bila merasakan penatnya belajar. Perlu bersedia, bahawa penatnya menjadi dewasa." Aryana mengulangi ayat tersebut dengan ayat yang memudahkannya untuk memahami maksud tersebut.

Aryana mengangguk apabila telah menangkap maksud ayat tersebut. Wajahnya berubah muram. Kertas di tangan di renung dengan keluhan.

"Macam mana nak rasa penatnya menjadi dewasa, kalau masa remaja aku pun, dah memenatkan tahap nak bunuh diri." keluhnya lalu kertas di tangan kembali di selitkan ke dalam buku latihannya ini.

Kesemua buku di atas mejanya yang bertindih-tindih ini di pandang kosong sebelum tangannya mencapai sebatang pen untuk memulakan sesi belajarnya.

Time to study until you die!













C | BEBAN √Where stories live. Discover now