BEBAN 28

4.1K 637 208
                                    

Lima tahun kemudian.

"Ibu, kasut fila Yana mana ?!" jerit Aryana bertanya dari atas. Kasut yang dia letak di atas rak kasut di tingkat atas, tidak di jumpai. Babun mana curi ?

"Ada di bawah sayang!" jerit ibunya dari bawah.

Aryana yang di atas, segera turun dengan berhati-hati setelah mendengar jawapan.

Kepala menunduk sambil bermain telefon. Dia hanya berjalan melintasi sahaja ruang rehat kerana dia perlu cepat sebelum buku novel kegemarannya yang keluar hari ini, habis di beli oleh pelanggan.

"Aryana sayang! Nak pergi mana ?"

"Kedai buku! Yana nak beli buku novel yang baru keluar." senyum Aryana dan berjalan mendekati ibunya. Matanya menjeling sekilas pada dua orang tetamu yang bertandang ke rumahnya ini.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang sebaya dengan ibunya.

"Tak payah lah! Duduk sini!" panggil Puan Ashya lembut. Sofa di sebelahnya di tepuk dan Aryana hanya menurut.

Mata Aryana mengenal pasti akan wajah wanita yang duduk di sebelah jejaka ini. Minda terimbas satu nama.

Mrs Aeya.

Dan,

Tak mungkin jejaka yang duduk di sebelah Mrs Aeya adalah Adam Ashara.

Bibir di kemam. Tengok sahaja tubuh Adam Ashara, dia yakin bahawa Adam dah berubah menjadi semakin hot.

"Yana. Yana ingat tak lagi Adam Ashara dan Mrs Aeya ?" soal Puan Ashya teruja. Dah kenapa teruja melebih ?

Perlahan kepala Aryana mengangguk. Mustahil dia melupakan jejaka dan ibunya ini. Walaupun pernah terputus hubungan waktu tamat persekolahan, itu bukan halangan untuk dia melupakan mereka. Lagi-lagi Adam yang banyak membantunya.

"Ingat. Kenapa diorang di sini ?" ada perasaan takut di hati Aryana kala ini. Tak akan lah Adam nak mengimbas zaman persekolahan mereka sehingga jejaka ini sanggup cari dia hingga ke rumah. Berteman pula tu.

Rasa-rasa ada apa yah hajat mereka ?

Mrs Aeya hanya tersenyum sahaja melihatkan wajah ingin tahu Aryana.

Puan Ashya mengambil tangan anaknya dan di genggam. Senyuman lebar terukir.

"Sayang. Mrs Aeya datang bersama Adam kerana Adam mahu melamar kamu sebagai isteri kepadanya." jujur Puan Ashya.

Aryana terkaku sendiri. Degupan jantungnya berdegup laju. Apa ? Dia tak salah dengar kan ?

"A-Apa ?"

"Ya sayang. Adam Ashara mahu mengambil kamu sebagai isteri sahnya." serentak itu, kepala Adam yang setia menunduk, di angkat bagi melihatkan wajah Aryana.

"Assalammualaikum bakal makmum." sapa Adam bersama senyuman manis.

Wajah Aryana berbahang. Ya Allah. Dia malu!

"Kamu terima kan ?" soal Mrs Aeya. Tidak sabar rasanya mahu menyatukan mereka berdua.

Aryana berbelah bahagi. Mahu menerima atau menolaknya. Lagi pun, dia juga dah lama pendam perasaan pada Adam Ashara.

Perlahan kepalanya mengangguk tanda bersetuju akan lamaran ini.

"Yana... Y-Yana terima je." balas Aryana takut dan malu-malu.

Adam yang melihat, tersenyum.

Tahniah Adam Ashara!

"Hey bakal makmum saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey bakal makmum saya." tegur Adam dan berdiri di sebelah Aryana yang sedang merenung bunga matahari di halaman rumahnya.

Aryana menjeling sekilas Adam sebelum mengangguk.

"Awak termenung apa ? Termenung kan waktu kita bersama after kahwin nanti ?"

Laa, Ashara. Why you jadi nakal-nakal buaya ?

Aryana kemam bibir. Dah kenapa macam tak kesabaran ni ?

"Tak sangka, awak dari dulu tak pernah berubah." tambah Adam lagi apabila Aryana tidak bersuara.

"Apa maksud awak saya tak pernah berubah dari dulu ?" di pandang wajah Adam ingin tahu.

"Kekal cantik dan comel macam dulu." kata Adam membuatkan Aryana tersipu malu.

Hati, mohon tabah.

"Yana. Mungkin, ini lah kot masa yang sesuai untuk saya jujur pada awak. Lagi pun, kita dah besar." tubuh di pusingkan menghadap Aryana dan Aryana juga begitu.

Mereka berdua berdiri dalam menghadap sesama sendiri.

"Jujur ? Apa maksud awak ?"

Adam tersenyum. "Kalau nak tahu, perasaan saya pada awak, dah lama ada Aryana Adela. Dari kita tingkatan satu."

Aryana kelu lidah. Wah, dah lama.

"Dah lama awak pendam. Kenapa tak luah ?" perasaan ingin tahu, menguasainya. Jarang orang nak pendam perasaan kalau dah ter crush.

"When Ali Bin Abi Thalib said."

"Memperhatikan mu diam-diam."

"Mendoakan mu setiap hari."

"Dan mencintai mu secara rahsia." kata Adam dan mata merenung dalam ke anak mata Aryana. Tak apa, bakal isteri dia nanti.

Adam perasan bahawa wajah itu berubah merah. Senyuman nakal terus di ukir.

"Kita ada jodoh, bakal makmum saya."
















"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














****

[ Apa yang baik, jadikan teladan. Apa yang buruk jadikan pengajaran. ]




Rffq-















C | BEBAN √Where stories live. Discover now