BEBAN 16

2.4K 541 60
                                    

Seminggu telah berlalu dan keputusan untuk peperiksaan kedua, telah keluar.

Setiap pelajar, mencari nama kedudukan pada banner yang berada di papan kenyataan.

"Wahhh, teruknya aku. 1A je..."

"Boleh usaha lebih..."

"Guys! Search nama Adam!"

Google, mohon search nama Adam. Di mana kah keberadaannya.

"Dia stay nombor satu ke ?!"

"Weh! Adam Ashara Bin Adaqs Arhan! Nombor dua!"

"Serius ?! Nombor satu siapa ?!"

"Aryana!"

Heboh satu batch setelah mengetahui nombor kedudukan mereka dalam kelas. Lagi bertambah heboh apabila jejaka yang paling bijak di sekolah mereka, menurun nombor kedudukannya. Tidak mudah untuk melawan kepandaiannya.

Pelajar yang berada di situ, terus tersedar akan kehadiran Aryana dan segera memberinya ruang untuk melihat. Aryana hanya berjalan lebih dekat untuk melihat lebih jelas namanya.

RANGKING KEDUDUKAN DALAM KELAS.

5 MALAYA

01. Aryana Adela Binti Araein
02. Adam Ashara Bin Adaqs Arhan.

Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Akhirnya, setelah sekian lama memendam keinginan untuk mendapatkan nombor satu, kini ia menjadi kenyataan. Dia telah mendapatkan nombor satu seperti pengharapan ibunya. Nama Adam yang berada di bawah namanya, di pandang kosong.

Finally. I get number one, mum...

Aryana terus berlalu dari separuh kesempitan ini setelah selesai melihat namanya hanya untuk kepastian. Tidak sabar rasanya mahu mendapat kan result kedudukan dan diserahkan kepada ibunya.

Dia dapat bayangkan, bahawa segala kutukan dan hinaan yang ibunya lemparkan kepadanya selama ini, akan tamat setelah dia menunjuk kan result kedudukan yang dia telah berjaya mendapatkan nombor satu yang paling di sanjung oleh ibunya selama ini.

[ Be strong! ]

Adam dari jauh, hanya mampu tersenyum kecil sahaja melihat Aryana yang tersenyum gembira setelah melihat rangking kedudukan mereka.

Rasa bersalahnya kepada gadis itu, akhirnya berkurang.

Rasa bersalah kerana merasakan dia adalah penghalang terbesar untuk gadis itu mendapatkan nombor satu.

Dia hanya mengagal kan subjek sains sahaja untuk memberi peluang kepada Aryana untuk mendapat kan kedudukan teratas itu. Dan selebihnya, adalah A.

"Apa pun yang kau lakukan sekarang ini, semuanya berkehendak daripada Allah. Kau berjaya sekarang ini, kerana usaha dan bantuan Darinya. Bila berjaya, jangan lupa diri. Kita hidup, bukan untuk dunia. Tapi akhirat. Segalanya datang daripada Allah. Dia berkehendak ke atas sesuatu maka jangan lah riak dengan kejayaan yang di miliki sekarang ini."

"Dunia hanya pinjaman. Guna sebaiknya untuk mengumpul kan pahala dan mengurang kan dosa. Aku tak sempurna, tapi aku berhak untuk berkata. Jangan menilai aku, kerana aku juga pendosa." tutur Adam lembut bersama tubir matanya yang berair.

Dia yang berada di hujung pintu belakang kelas tingkatan satu ini, segera beredar apabila merasakan airmata mula jatuh.

Dia hanya lah seorang pendosa, tapi sehabis baik menjadi terbaik dan pemimpin untuk masa akan datang. Tidak mudah, namun segalanya kita serahkan pada Sang Pencipta.

[ Be strong! ]

Pintu utama di pandang lama bersama senyuman yang tidak mampu untuk di tahan oleh Aryana. Dia terlalu gembira mahu menunjuk kan result ini kepada ibunya.

Pasti Puan Ashya akan gembira dengan apa yang dia dapatkan. Sama macam pengharapan ibunya selama ini.

Bibir di kemam seketika untuk menghilangkan debaran di dada.

"Kau boleh Yana..." Aryana memberi kata semangat untuk dirinya.

Nafas di ambil sebelum tangan mula memegang palang pintu rumah yang mewah ini. Pintu di tolak perlahan.

Bibir mengukir senyuman apabila terpandangkan susuk tubuh ibunya yang berada di satu anak tangga sambil bermain telefon.

Aryana mendekati.

"Ibu..." panggil Aryana dan Puan Ashya hanya menjeling sekilas anaknya membuatkan Aryana agak terkilan.

"Hm ?"

Bibir di kemam dan kekuatan cuba dikumpul.

"Yana dah dapat nombor—"

"Sayang... Kita cakap nanti. Ibu dah lambat dan seminggu ini, ibu tak ada di rumah. Ibu outstation. Ibu dah bagitau Aryain. Sepanjang ibu tiada, kamu jangan bermain. Belajar untuk dapat nombor yang lebih bagus dari nombor dua. Buku yang ibu beli, habis kan soalannya."






















C | BEBAN √Onde as histórias ganham vida. Descobre agora