BEBAN 10

3K 602 36
                                    

"Kenapa kau tanya ?"

"Entah. Sebab, nampak muka kau macam terpaksa nak terima. Kau—"

"Aku okey je lah nak belajar dengan kau. Tak payah cari perasaan aku, melalui riak wajah. Benda itu, sangat menjengkelkan." pintas Aryana laju dan memberi larangan kepada jejaka ini.

Adam hanya mengangguk.

Keadaan antara mereka berdua sunyi sehingga lah kehadiran Aryain, memecahkan sunyi mereka.

"Kenapa senyap ?" soalnya setelah melabuhkan punggung di sebelah Aryana.

Datang sahaja ke sini, bukan kemain senyap dua orang ini. Ada apa-apa ke yang dia tak tahu hm ?

"Tak ada apa." telefon di atas meja di mainkan olehnya dan mengabaikan Aryain yang sudah tercenggang dengan jawapannya.

Celah mana tak ada apa kalau kedua pesaing dalam masa yang sama menjadi kawan ini, hanya senyap bagaikan sedang membuat acara khurafat.

Kedua bahunya di angkat menandakan dia malas mahu ambil tahu. Biar lah, kesunyian yang terjadi ini, memang tidak ada dalam list mobile legendnya.

[ Be strong! ]

Seperti yang di janjikan, Adam meminta Aryana belajar bersamanya, bila dia bukan berada dalam keletihan. Tapi tidak untuk ibunya.

Balik sahaja dari sekolah, dia sudah di tengking untuk bersiap pergi ke rumah Adam untuk belajar. See ? Hanya ibu yang menentukan di mana masa rehatnya. Begitu juga masa depannya.

Jika masa rehat itu ada, maka ada lah. Jika tiada, maka tiada lah.

Aryana hanya mengeluh. Hari ini, dia sangat letih dan memerlukan rehat. Berada di sekolah untuk sepanjang hari, bukan tempat yang remaja sekarang menyukainya dengan masa yang terlalu padat mengalahkan padatnya masa seorang guru.

Tidak kah kerajaan dan sekolah berfikir, bahawa waktu sekolah yang padat, sangat membuatkan para pelajar stres yang amat. Belum di campurkan dengan kerja rumah yang di beri, bagaikan tiada hari esok. Kalau boleh, setiap subjek yang ada pada hari ini, semua subjek itu lah wajib ada segala kerja rumah yang di beri.

Jika tiada, ianya satu kemerdekaan buat pelajar.

"Yana! Ibu suruh kau bersiap kan ?! Yang terbaring tu, apahal ?! Bangun! Pergi mandi lepastu bersiap! Ibu hantar kamu." marah Puan Ashya yang berada di hadapan pintu bilik anaknya.

Sakit pula hati tuanya ini melihat perangai anaknya yang tidak ubah, seperti anak orang pemalas.

Aryana mengeluh. Sumpah, dia sangat penat hari ini dan memerlukan rehat yang cukup.

"Ibu... Adam kata, bila tubuh badan Yana tidak berada dalam keadaan penat. Sekarang ni, Yana penat dan perlu kan rehat. Bagi lah Yana rehat dulu." pujuk Aryana lemah kepada ibunya yang sudah mula bercekak pinggang itu.

"Hey! Syurga kau, di bawah tapak kaki aku! Kau nak masuk neraka ke lawan cakap ibu hah ?! Kau bangun sekarang sebelum hanger ni, melekat di badan kau! Jadi manusia, jangan malas sangat! Kau tu, masih pelajar! Sedar lah yang kau tu masih bodoh! Entah pandai, entah bodoh. Aku pun tak faham, dengan orang macam kau. Tahu cipta alasan sahaja! Jangan sampai kau hidup, bergantung pada alasan sehingga malas melakukan sesuatu!" bebel Puan Ashya berjaya menembusi hati Aryana dan melangkah keluar dari bilik anak perempuannya ini bersama hanger di tangan.

Aryana yang mendengar bebelan, kutukan dan hinaan itu, terus memejamkan matanya bersama airmata yang sudah jatuh berderaian. Kenapa sampai perlu kutuk dia ? Hina dia ? Cukup sekadar membebel namun tidak menyakitkan hati seseorang yang bergelar anak dan menasihati anak agar mereka tidak menjadi orang-orang yang tidak berguna.

Mengutuk dan menghina, membuatkan semangat anak sendiri pudar hanya kerana sikap seorang ibu yang terlalu keterlaluan di zaman sekarang yang lebih memaksa daripada mengikut kemahuan dan kerelaan sang anak.

Tidak hairan lah, kenapa remaja berubah menjadi heartless dan sedikit kurang ajar kerana sikap ibu bapa yang tidak professional dalam memahami situasi.

Aryana mengeluh. Dia ni sebenarnya anak yang terlahir dari rahim sang ibu, atau anak yang di kutip di tepi longkang ?

Kasih sayang Puan Ashya kepadanya dan Aryain, sangat lah jauh berbeza. Mata yang terpejam, di buka dan ceiling bilik menjadi tatapannya.

Ketika kamu merasakan lelahnya belajar, kamu perlu bersedia, bahawa lelahnya menjadi dewasa.

Tidak semena-mena, ingatannya kembali pada ayat yang di jumpai olehnya tempoh hari. Aryana tersenyum kecil lalu segera bangun dan berlalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri setelah mencapai tuala.

Dunia remaja dan dunia dewasa, sangat jauh berbeza.









C | BEBAN √Where stories live. Discover now