BEBAN 27

2.8K 537 19
                                    

Kepala di pegang, bangun sahaja dari tidur. Rasa sakit pada kepalanya menyerang. Duduknya dibetulkan dan tubuh di sandarkan pada kepala katil.

Aryana termenung seketika sebelum patung bumblebee milik Aryain di peluk erat. Ingatannya kembali pada kejadian semalam.

Aryain.

Aryain datang jumpa dia.

Bibir merekah senyuman hambar. Mata bumblebee diusap.

"Ary. Aku rindu kau." airmatanya jatuh. Rindunya sudah terbalas. Tapi tidak untuk selamanya.

Rindu yang paling sakit, adalah rindu pada orang yang sudah tiada.

Jadikan Adam sebagai aku untuk kekuatan kau.

Mindanya terus teringat akan butir bicara Aryain kepadanya.

Yah, dia sepatutnya terima. Dia sepatutnya menjadikan Adam Ashara sebagai kekuatannya.

"Ashara." nama itu terpancul keluar dari bibirnya sendiri. Aryana menggeleng.

Hek eleh, suka cakap.

"Yana."

Mata yang galak memandang mata bumblebee segera di angkat apabila suara ibunya menyapa indra pendengarannya.

Senyuman kecil di bibir Aryana, mati saat melihat Puan Ashya sudah melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Yana, ibu—"

"Yana tahu, kejap lagi Yana belajar." pintas Aryana seakan tahu apa yang ibunya ini mahu katakan. Segera dia turun dari katil dan mahu mencapai tuala untuk mandi sebelum memulakan latih tubinya.

"Nanti." lengan anaknya terus di pegang menjadikan langkah Aryana yang mahu melangkah masuk ke bilik air terbantut.

Puan Ashya tersenyum kelat dan menarik lengan anaknya untuk duduk dan Aryana hanya mengikuti.

"Yana. Ibu nak cakap sesuatu." lembut sahaja suara Puan Ashya berkata. Suaranya tidak lagi tinggi seperti sebelumnya.

Aryana diam. Tidak bersuara apatah lagi mengangguk. Matanya memandang kosong sahaja pada lantai bilik. Ibunya yang duduk di sebelahnya, tidak dia hiraukan.

"Ibu minta maaf sayang." pinta Puan Ashya bersama suara yang bergetar.

Aryana kaku. Terkejut. Mengapa ibunya mahu meminta maaf pula ? Kepala di paling ke sisi dan melihat wajah ibunya. Mata Puan Ashya berair menatap sedih padanya.

"Yana. Ibu minta maaf. Maaf sebab paksa Yana itu ini. Ibu, ibu terlalu kejar kan dunia sehingga membiarkan hati kamu terluka." tangan kanan Aryana di capai dan segera di genggam.

"Ibu tahu ibu salah. Maaf kan ibu. Sikap ibu, melampau. Ibu sepatutnya faham keadaan anak ibu macam mana. Bukan jadi buta untuk melihat." airmata Puan Ashya jatuh. Sungguh dia rasa bersalah pada satu-satunya puterinya yang tinggal setelah puteranya pergi.

Sungguh dia tertampar dengan ayat anaknya semalam. Dia terlalu kejar kan popularity dan dunia sehingga anaknya tersakiti dari segi mental mahu pun fizikal.

Bibir Aryana bergetar.

"Ibu... Yana... Yana tak pernah marah ibu. Yana sayang ibu. Yana... Yana tak pernah berdendam dengan ibu." jujur Aryana dan tangan ibunya di genggam erat. Airmatanya turut sama menitis.

Puan Ashya terharu. Tubuh anaknya di tarik ke dalam pelukan hangatnya dan kepala Aryana di usap sayang.

"Maaf kan ibu sayang... Ibu kejam... Maaf kan ibu... Maaf sayang... Ibu bersalah dalam cerita kita..." rayu Puan Ashya. Dia gagal mengawal perasaan. Sungguh rasa bersalahnya meninggi kerana telah mendera mental anaknya dalam diam.

"Yana maafkan. Yana tak pernah pun marah ibu. Yana... Yana sayang ibu.." ucap Aryana dan memeluk erat tubuh ibunya.

Begitu pun kisah seseorang, sekejam apa pun dan sejahat mana pun seorang ibu, pasti berniat mahu berubah. Antara lambat mahu pun cepat sahaja.

Apa yang pasti, berdoa lah agar mata hati mereka mampu melihat keadaan anak sendiri.

Selemah dan seteruk mana pun dia seorang anak, masih perlu di sayangi dan di hargai jika kamu bergelar ibu dan ayah suatu hari nanti.

Kerana anak adalah anugerah Allah.

Apa pun yang berlaku dalam hidup, jangan pernah salah kan takdir mahu pun diri sendiri. Kerana ia memang perancangan dari maha kuasa.




















 Kerana ia memang perancangan dari maha kuasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


















C | BEBAN √Where stories live. Discover now