BEBAN 26

2.7K 547 49
                                    

Puan Ashya terkaku setelah di marah oleh anaknya sendiri. Dia termenung apabila Aryana sudah hilang dari pandangan.

Ayat Aryana menamparnya untuk sedar akan sesuatu.

Dadanya di pegang dan matanya berair.

A-Apa aku buat ?

Airmatanya jatuh. Dia tersedar akan sesuatu.

"A-Adakah aku cinta dunia sehingga A-Aryana tersakiti ?" soalnya pada diri sendiri. Airmata galak merembes keluar. Satu kesedaran buatnya.

Puan Ashya jatuh terduduk. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengambarkan perasaannya kala ini.

Apa yang dia tahu, dia bersalah dalam cerita ini.

[Be strong! ]

Sudah lewat malam dan Aryana belum memejamkan matanya. Ceiling biliknya di tatap kosong bersama linangan airmata. Dah sebulan Aryain pergi dan Aryana sukar mempercayainya.

Kerana akal dan hati memerlukan masa untuk menerima kehilangan.

"Ary... Kau kata nak berjaya dunia akhirat bersama. Tapi kenapa tinggal aku ?"

"Kau kata nak jaga aku, tapi kenapa tinggal aku ?"

"Kau kata nak... Nak selalu bersama aku. Tapi... Tapi kenapa kau tinggalkan aku dulu ? Kau tak sayang aku ?" tersedu sedan Aryana menahan tangis. Sungguh dia tidak kuat menghadapinya.

Patung bumblebee milik Aryain, di peluk erat. Dia rindukan adiknya. Haruman tubuh Aryain, masih ada di patung ini.

"Yana..."

Aryana terkaku apabila suara Aryain menyapa indra pendengarannya. Segera dia duduk dari pembaringan dan mencari akan kehadiran suara tersebut.

Aryana terkaku apabila melihat kelibat Aryain sudah berada di hadapannya. Berpakaian putih.

Dia... Dia bermimpi ?

"A-Ary ?" bergetar nada suara Aryana memanggilnya.

Aryain tersenyum dan mengangguk.

"Hai kakak." sapanya ceria.

Bibir Aryana bergetar, dia tidak percaya. Lantas pipi di tampar sedikit kuat bagi menyedarkan dia mungkin ini adalah permainan mimpi.

Aryain yang melihat, hanya ketawa kecil. Comel!

"Kakak. Kau tak bermimpi. Ini aku. Aryain Firdaus."

Aryana terkaku lagi. Airmata semakin banyak mengalir turun. Tangan mahu mencapai tangan Aryain, dan hasilnya dapat di sentuh!

Aryana memegang erat tangan Aryain lalu di usap sayang.

Kepala di dongak memandang wajah Aryain yang bersinar itu.

"Ar-Ary ? Ak-Aku dapat sentuh kau! Aku... Aku dapat sentuh kau!" Aryana teruja dan segera memeluk tubuh Aryain. Dia menghamburkan tangisan.

Aryain membalas pelukan Aryana dan kepalanya diusap sayang.

"Ary... Aku rindu kau... Aku rindu kau..."

"Haha. Aku tahu kakak. Aku pun rindu kau."

"Jangan tinggal aku... Stay lah sini Ary..."

Aryain menggeleng dan kedua pipi Aryana di pegang bagi membolehkan dia melihat wajah comot Aryana dengan airmatanya ini.

Pandangan mata mereka berdua, bertaut lama. Aryain ukir senyum dan airmata di pipi Aryana, segera dihapuskannya.

"Tak boleh. Aku tak boleh stay di sini. Ini bukan tempat aku. Aku datang, hanya nak tengok kau. Kenapa lemah sekarang, hm ?"

Suara lembut Aryain, melemahkannya. Bibir Aryana bergetar mahu menuturkan ayat. Airmatanya semakin mengalir deras.

"Ary... Kekuatan aku hanya ada pada kau..."

Aryain menggeleng. "Kakak. Even aku adalah kekuatan kau, bukan bermakna kau boleh menyerah. Ingat apa yang Adam cakap pada kau waktu di kubur Yana."

"Allah, Al-Quran dan zikirullah right ? Cari kekuatan melalui Allah dan cari ketenangan melalui Al-Quran dan zikirullah. Kalau aku adalah manusia yang boleh buat kau kuat, jadikan Adam sebagai aku untuk kekuatan kau."

"Tapi aku tak boleh... Hanya kau Ary..."

"Ia akan menjadi boleh jika kau menerima kehilangan. Aryana Adela, jadikan Adam sebagai aku untuk kekuatan kau. Andai kau lemah, Adam akan ada untuk bagi kau semangat. Dan maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji kita." Aryain ukir senyum tawar.

Aryana menggeleng lemah. "Tak..."

Bibir Aryain merekah senyuman manis. "Yana. Masa aku dah tamat Yana. Aku kena balik. Terima kasih sebab sayangkan aku dan jaga aku. Aku tak akan dapat jaga kau lagi. Adam akan jagakan kau untuk aku."

"Aku dan ayah, akan tunggu kau dan ibu di sana. Jaga diri dan jaga maruah kau kakak. Jangan sampai di tindas. Aku sayang kau. Selamanya. Aku kena pergi." bibir Aryain mendarat pada dahi kakaknya. Airmatanya jatuh.

Aryana mendiamkan diri. Airmatanya mengalir turun dengan laju apabila perasan tubuh Aryain semakin menghilang.

"Ary... Kau ?"

"Ya kakak. Masa aku dah tamat. Aku tak boleh lama di sini sebab ini bukan tempat aku. Jadikan Adam sebagai aku untuk kekuatan kau. Aku tunggu kau dan ibu di sana. Assalammualaikum, Aryana Adela. Aryain Firdaus, undur diri." serentak itu, bayangan Aryain semakin menghilang dari pandangan.

Aryana kaku sendiri.

"Ar-Ary..."














C | BEBAN √Where stories live. Discover now